Monday, February 20, 2012

keputusan muktamad !!

setelah berbincang dalam-dalam dengan Emi
setelah berfikir dalam-dalam dengan hati dan akal
setelah membaca, mengkaji dalam-dalam melalui Internet, Forum Agama
saya telah memutuskan untuk BERHENTI membuat PELABURAN di dalam ASB !!!!

biarlah saya bergelap mata tak dapat nak enjoy + shopping dengan dividen dan bonus ASB yang hampir 8.80% setahun itu..
saya takut terberi anak kesayangan saya makan makanan, pakai pakaian, main permainan dari hasil dividen dan bonus ASB yang diragui kehalal-an nya..
dan dengan tekad, kami berhenti membuat pelaburan dalam PRUcash (dibawah Prudential) atas sebab yang sama..
semoga Allah memberi rezeki kepada saya dan keluarga dalam cara yang lain..

nota :
1. dividen Tabung Haji 2011 adalah 6.0%.. dijamin BERSIH, siap potong zakat lagi ;)
2. terima kasih cikkakikusukaberjalan

update menu si kecik :
bf - bubur nasi ayam dan kacang peas
lunch - ikan goreng kerisi dan sayur kobis campur cendawan

Thursday, February 16, 2012

dia demam lagi

last saturday Hasya demam,Sunday dah sihat.. dan semalam masa kat Taska, dia demam lagi.. makan ubat jam 6.30 petang, balik rumah, lepas main-main (dia masih aktif walaupun demam, seperti biasa) dan terus tidur jam 10.30 malam.. nampak betul dia tak lena, jam 4.30 pagi (macam sama je dengan Sofia kan) badan dia panas, letak kool fever dan terus jadi tak lena, risaukan Hasya.. kerja kat pejabat tengah melambak-lambak since start 21/2 - 31/3 ada kursus di INTAN, so kena siapkan dokumen tender untuk satu projek di Negeri Sembilan.. now, dah siap 100%, tinggal nak bagi boss review BQ dan drawing dan QS sahaja.. cuma, study online before kursus tu (EPSA) tak mula lagi, fail meja tak sentu lagi, 5S lagi lah elum, baru SUSUN, belum SISIH lagi.. next week nak cucuk Hasya for 18 months, dan lepas ni tunggu umur dia 7 tahun baru ada imunisasi lagi.. dah besar kesayangan saya ni.. terasa amat CINTA kan si kecil ni..

nota : harap-harap, boleh balik awal sikit hari ni, nak peluk si kecil tu rapat-rapat!!!

Sunday, February 12, 2012

entry malam hari

Pagi tadi bangun dari tido, badan hasya panas.. sah demam lagi.. last week demam juga 2 hari, maybe sebab gigi geraham belah bawah tumbuh.. this week? No idea!!! Dah 3 kali mkn ubat, suhu tak turun pun.. last check dah 39 degree, ptg tadi 38 degree je.. tadi masa nak tidokan, punyalah susah.. bf pun kejap kiri, kejap kanan, kejap nak makan, nak main lah.. saya ikut terlelap, dkt 2 jam juga.. terjaga jam 1, check badan hasya panas, terus tak berani nak lelap semula.. kejap-kejap jeram@sponging satu badan.. risaunya, selalu demam tak lah tinggi macam ni suhu nya.. rotavirus tu, kalau anak muntah, sakit perut kan.. hasya tak ada simptom tu semua.. dia demam je.. harap-harap esoj pagi sohat lah hendaknya.. kool fever da habis sekotak pun..jo

Tuesday, January 31, 2012

tak puas hati

kadang-kadang orang tu bercakap, tak pernah fikir apa yang dia cakap tu menyentuh hati sesiapa.. tak pasti apa yang sebenarnya dimaksudkan..

Situasi 1

Orang Itu :  Eh, kenapa sambung belajar tak minta oversea?
Saya :  Saya tak bersedia - mental, kewangan dan tak sempat nak ambil exam IELTS pun.. lagipun memang dah niat, untuk Master, saya nak belajar secara santai tetapi SCORE.. hihihi
Orang Itu :  Ooooo.. Saya dah ambil Master, sekarang tengah otw ambil PhD.. tapi buat part time saja.. tak main la sponsor GOMEN ni..
Saya :  gtg.. nak ke toilet

* apa maksud dia? saya tak cukup duit nak belajar pakai duit sendiri ke? atau, dia dah kaya sangat sampai boleh sambung belajar tak mengharapkan duit orang lain? kat rumah ada maid, suami kerja bawa gaji ribu riban, boleh la kan cakap macam tu
* mode : sakit hati!!!

update Menu Hasya - Nasi ayam.. yummyyyy

Wednesday, January 25, 2012

makin malas

Gambar kat Kuching masih berada dalam kamera Emi.. hari ni cuma update menu Hasya sahaja ye.. makin hari makin simple n3 dalam blog ni.. ye, kena mengakui, kemalasan sedang melanda.. tambahan pula hidung asyik berair sahaja!!

Breakfast - Pasta (kosong sahaja, Hasya tak minat makan dengan sup.. dengan cheese okey tapi kalau ksosng lagi laju dia makan)

Lunch - Sup Ikan Kerisi (dia sedang kemaruk dengan sup ikan!! so, dalam fridge ada ikan ni sahaja, sedap juga kan)

Friday, January 13, 2012

Teaser : Family Holiday

yeayyy!!! hujung minggu nak berjalan-jalan dengan Emi dan si tecik ke...

..

..

..

..


..


..


..


..


..


..

..

..

..


..


..


..


..


..

..

..

..

..


..


..


..


..


..
Kuching, Sarawak !!!
1st time Hasya nak naik flight.. harap-harap semuanya berjalan dengan lancar

update menu Hasya
Breakfast - Nasi Bubur Labu
Lunnch - Ikan Tenggiri Masak Singgang.. saya tambahkan Bayam Merah juga

nota : tiket hasya RM100, kami semua dalam RM90 sahaja pergi dan balik.. budak kecik (0-24 bulan) memang fix harga tiketnya even kita yang dewasa ni tiketnya sentiasa ada diskaun


Thursday, January 12, 2012

Wordless Wednesday #5

Anak ayah !!! 

Update Menu Hasya 
Breakfast - Mashed Potato makan nye separuh je
Lunch - Sup Telur sehingga menjilat pinggan.. well done anak ibu!!!

Wednesday, January 11, 2012

jaga pemakanan kita

hari ini adalah hari "makanan tak berkhasiat"!! sebab? breakfast dengan air manis, lunch makan nasi, ayam goreng tanpa ada ulam/sayuran dan beli buah mangga letak asam!! biasanya makan pagi mesti dengan air suam, lunch kena ada sayuran dan tak ambil lauk bergoreng dan bila beli buah tak letak sebarang asam/kuah rojak pun.. dan disambung dengan Twisties sebagai kudapan.. kalau ini lah makanan kita sepanjang hari, memang cepat lah kita 'pergi' disebabkan penyakit kan.. memang lah kalau ajal dah sampai, tak boleh nak tepis tapi tak salah kita jaga pemakanan kita daripada menanggung sakit sebelum tibanya ajal..

update menu si tecik :

Breakfast : Mihun Goreng 3 Warna (masak bersama ikan bilis ditumbuk, sos tomato, puree bayam dan puree carrot.. jadi lah warna merah, hijau dan oren..hi3) dia tak nak makan!!!! saya baru perasan, kalau ada ikan bilis, memang selera dia lari.. lepas ni nak cuba letak daging ngn ayam la pula..

tu je sebab Emi dan Hasya balik Seremban, bawa Ayah Mertua pergi check-up.. so, Hasya makan kat sana je nanti.. mengantuk pula lepas makan ni.. jom Zzzzzzzz sekejap..

Tuesday, January 10, 2012

tak ada cerita

tak ada cerita, cuma nak update menu si tecik

Breakfast : Mac, Cheese and Pump - pagi lagi si tecik minta mamam.. suapkan Mac, cheese and Pump ni, laju je dia buka mulut, tapi bila kat Taska dia tak nak pula.. alahii sitecik


Bahan-bahan

Segenggam mini makaroni (kecil-kecil je saiznya, so tak payah nak dipotong)
2 potong pumpkin (labu)
1 keping KRAFT ceddar cheese
susu segar
2 ulas bawang putih dipotong dadu
2-3 ketul isi ayam yang telah direbus, dicarik-carik
stok ayam (baru buat malam tadi.. dapatlah 5 kiub)

Cara memasak

  1. Rebus makaroni dan labu
  2. Labu dilenyek-lenyek selepas empuk
  3. Panaskan minyak
  4. Tumis bawang putih hingga naik bau (jangan sampai garing, nanti ada rasa tak sedap)
  5. Masukkan susu segar, cheese dan labu
  6. Kacau biar sebati
  7. Masukkan makaroni
  8. Siap

Lunch : Sup Ayam Vege + Bubur Nasi Puree Seleri cikgu si tecik kata semua licin.. lama anak ibu tak makan bubur ye, sekali dapat, makan bersungguh-sungguh


Bahan-bahan untuk Sup Ayam Vege

Stok ayam
1 cawan air
3 ulas bawang merah - dimayang halus
1 ulas bawang putih
1 batang seleri - dipotong kecil
1/2 batang carrot - dopotong kecil
sedikit brokoli

Cara memasak

  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih
  2. Masukkan stok ayam, dan air
  3. Masukkan sayuran carrot, seleri dan bila kedua-duanya dah lembut baru masukkan brokoli
  4. Sedikit garam (saya masukkan sedikit sahaja, sebagai perisa)
  5. Siap
Bahan-bahan untuk Bubur Nasi Puree Seleri

1/2 cawan beras
puree seleri

Cara memasak

  1. Masak beras dengan air 1/2 periuk
  2. Bila nasi dah mula kembang, masukkan 2 kiub puree seleri
  3. Siap

semalam, masa ambil Hasya kat Taska, cikgu bagitau dia tak nak makan.. asyik minum air dan makan biskut je.. balik tu, saya asakkan bubur nasi dengan puree saleri.. berselera dia makan.. mungkin hilang selera sebab kena chery bery cuti lepas.. sebab tu, hari ni saya bekalkan lagi nasi bubur puree saleri.. harap-harap, berselera lah dia makan

Ya Allah, Kau kuatkan la hati ku, semangatku dan berikan aku kesihatan agar dapat memberi yang terbaik buat amanah-Mu ini.. AMIN

Monday, January 9, 2012

gambar di blog = gambar di fb??

 saya geram budak tecik ini!!!

maaf lah kalau gambar yang dilihat adalah sama dengan gambar dari fb.. sekarang, saya cukup malas nak transfer gambar dari kamera/hp saya ke PC