last saturday Hasya demam,Sunday dah sihat.. dan semalam masa kat Taska, dia demam lagi.. makan ubat jam 6.30 petang, balik rumah, lepas main-main (dia masih aktif walaupun demam, seperti biasa) dan terus tidur jam 10.30 malam.. nampak betul dia tak lena, jam 4.30 pagi (macam sama je dengan Sofia kan) badan dia panas, letak kool fever dan terus jadi tak lena, risaukan Hasya.. kerja kat pejabat tengah melambak-lambak since start 21/2 - 31/3 ada kursus di INTAN, so kena siapkan dokumen tender untuk satu projek di Negeri Sembilan.. now, dah siap 100%, tinggal nak bagi boss review BQ dan drawing dan QS sahaja.. cuma, study online before kursus tu (EPSA) tak mula lagi, fail meja tak sentu lagi, 5S lagi lah elum, baru SUSUN, belum SISIH lagi.. next week nak cucuk Hasya for 18 months, dan lepas ni tunggu umur dia 7 tahun baru ada imunisasi lagi.. dah besar kesayangan saya ni.. terasa amat CINTA kan si kecil ni..
nota : harap-harap, boleh balik awal sikit hari ni, nak peluk si kecil tu rapat-rapat!!!
No comments:
Post a Comment