Tuesday, May 17, 2011

ranap duitku

radiator fan tu mmg selalu lambat stop bila mati enjin..
ingat memang camtu kan, so biar la..
khamis lepas, dia tak off sampai ke pagi.. akibatnya bateri kong..
hari ni g putrajaya dengan hepinya jumpa siet, riza and lily..
balik, singgah popton servis nak tanya la apa problem kan..
rupanya budak foreman tu buat muke gerun sambil cakap..
"kak, akaknye keta ni kena overhaul.. head silynder dah bengkok"
okeh, bp hinggit?
"koman2 rm3 ribu.."
haaaaa?????? aduhai.. slh sape? diri sendiri kut..
so, utk ilangkn rs menyampah kt keta sendiri, mlm ni ajak hubby g mkn nasi arab.. yeeeeehaaaaa

Saturday, May 14, 2011

anak ibu sakit

blogging from room 91, columbia hospital, cheras

Hasaya was admitted last nigth.. huwaaaa... actually dh seminggu hasya demam tak baik2.. antbiiotik da abes tp still tak recover.  Rabu pulak start poo poo cair n kaler kuning nak keputihan plus dengan lendir.. so mlm td terus msk emergency kat columbia.  Doc bgtau hasya dehydrated.. terus bgtau kena tahan kat wad.. ayah hasya setelkan registration while hasya menanges tak hengat bila doc nak msk kan jarum kat tangan plus amek sampel darah utk testing.. sedihnya ibu tgk hasya menangis sampai tertido.. sampai je terus msk air satu botol.. lega hati bila hasya dapat bf dengan baik n tido lena sampai ke pagi.  pagi bila doc dtg bgtau result darah, ibu dah start tak tenu arah.. platlet darah hasya tinggi n doc said may cause arteri block.. huwaaaaaaa.. apsal la pulak jadi camtu kan.. xpe, doc suh stay je kat spital n nak wat blood test semula.. hopefully ada good news..

Thursday, April 28, 2011

kasik bersih

1st time nih beli coupon online.. selalu hubby yang buat.. dah lama nak 'kasik bersih' PGS saya tu.. rasaynyer dgn rm48 leh dapat sume tuh, berbaloi le hendaknyer kan.. kalo nak tau lebih lanjut, refer kat sini

a day before

hari ni second last day di jps kerian.. tetiba rasa sedih pula bila bos tanya dah mula berkemas ke? huhuhuhu.. kerja sume mcm dah ok.. kalo ada lagi yg tinggal, minor n boley ber-emel je nanti.. barang2 kat opis da siap kemas.. esok leh hangkut msk keta.. bila teringatkan hasya pulak, pun sedih sbb nak bawa dia jauh dari opah, tuk n mak tok (pengasuh).. mcm mana la nti hasya dgn pengasuh baru nanti.. seb bos bagi amek cuti seminggu utk prepare kan hasya ke taska baru... alahaiiii.. xpe la asalkan dapat duk ngn ayah hasya kan.. tetibe rasa pelik pulak, camne nak jd fully housewife ye? slm ni PJJ jek, so ada rs nervous lak.. camne la nak manage hal2 rumahtangga nih kan.. debor2 tapi excited juga.. chaiyukkkkkk ibu hasya.. 

Wednesday, April 20, 2011

hasya : 8 month to-day


...selamat hari lahir ke - 8 bulan hasya...

hasya da pandai :-

  • pilih orang  -  apa kata org, da pilih bulu?? of course ibu pilihan no.1, yang lain tgk mood dulu..
  • pilih makan -  buah.. NO!!  kuih manis.. NO!! aiskrim.. YESS!! biskut cap MILNA..NO!! makan yg brand HEINZ jek.. pelik tol, sama je kan rupanya, rasa  pun lebih kurang.. pandai tak budak kecik ni pilih makan? last but not least, cereal cap kedai.. NO!! mau makan masakan ibu sahaja.. xde can ibu nak shopping cereal hasya yang berlambak kat kedai tuh.. ibu shopping sayur, ikan n ayam jek..
  • dah pandai buka almari, laci opah.. sume tempat nak kena ikat..
  • dah pandai 'merayau' sampai ke dapur cari ibu.. tu time rajin.. time ngengada letih, nanges je la.. konpem ibu datang dukun punya..
  • dah pandai hangguk kepala bila dengar nyanyi, atuk baca Al-Quran sume bedal hangguk..
  • dah pandai tepuk bantal/tilam bila orang suruh bo bom.. (suh tido/baring)
  • dah pandai bermanja.. suke lentok kepala atas peha orang tau..
  • dah pandai request nak lepak kat luar.. makan pun kat luar rumah.. xmo makan dalam rumah.. xde feeling ye hasya??!!
  • dah pandai main air.. suke nye dia dapt mandi.. siap jerit2 bila orang bawa keluar dari bilik air
  • dah pandai "give me 5ive'..
  • dah pandai "twinkle-twinkle little star"

alahai anak ibu.. ibu sayang hasya dunia dan akhirat.. (pssttt.. sayang ayah hasya juga..hihihi)

Monday, April 18, 2011

update

morning uolllsss..
lama sangat la tak menulis apa pun dalam blog ni.. macam2 nak cite tau tapi rs mcm malas da tak berapa nak ingat cite apa yg nak dicite kan ni.. haaaa.. ce cite ce cite (rujuk sebutan org kg dalam filem hantu kak limah balik rumah.. kikikikiki).. so, berikut adalah beberapa cite yg perlu diupdate untuk kenang2an dan makluman kenkawan pembaca blog yang setia.. ;p

1. of course pasal bb ibu yg domot2 kan.. hasya 2 hari lagi nak masuk 8 bulan.. so far, sekarang masih menunjukkan skill meniarap yang semakun hari semakin laju.. (belum boleh merangkak lg, montot dah buleh angkat tp bila nak gerak ke depan, dia start meniarap semula)..

Gigi pun sebatang pun belum ada lagi dan masih belum tunjuk kan tanda pun nak kuar tp gusi dia mmg amat keras smpai last week nipple ibu berdarah sbb hasya main tarik2.. owhhh, mmg fav dia main tarik2 tau, serupa mcm makan chewing gum je.. sekarang kalau menyusu, siap buat gaya supergirl.. n, kalau ibu tengah mengepam depan dia, cepat2 hasya datang, panjat peha ibu, tepis botol n replace ngn mulut kecik dia tu.. so, ms tu, kena la tukar mengepam yg sebelah lagi, sebelah lagi hasya menyusu sambil melutut.. gelak je tengok perangai dia ni tau..

2.  kerjaya.. awal mei depan, start bekerja di Putrajaya.. join program attachment dengan consultant (ZHL Engineers)..  ni sebagai permulaan utk dapatkan PE... debor2 juga kan, tp hubby very supportive.. ye la, happy betul dia bila dpt dok sama2 nanti.. alhamdulillah.. setakat ni, urusan kerja kat opis 70% da siap utk hand over kepada pengganti baru.. Taska hasya pun da dapat.. harap2 hasya dapatla sesuaikan diri dgn environment baru..

3.  ????.. errrrr... cukup la dulu kan.. nanti2 kita sambung lagi, nak selesaikan kerja untuk hari ini... daaa

Tuesday, March 22, 2011

"Contest Photo Anakku Ceria"

erinsh ada tag utk join contest ni

"Contest Photo Anakku Ceria"

jadinye dengan semangat menempek gambar hasya yg paling ceria di abad ini
..


..


..

..

..

..

..

..

jeng..jeng..jeng..




Nama Ibu : Nur Hareza binti Redzuan
Nama Ayah : Mohd. Hailmi bin A. Rahman
Nama Anak : Nur Asyifa Hasya binti Mohd. Hailmi
Umur : 7 bulan


"sorong papan tarik papan,
buah keranji dalam perahu,
suruh makan, hasya pun makan,
bila tang sengih, hasya memang tak tau malu.."


kih..kih..kih



so, orang yg saya nak ajak join contest ni :


1. awe
2. nozie
3. yanie



alahai anak ibu

sibuknye ibu hasya minggu ni
sampai tak sempat nak cite ttg hasya lagi
so, ahad lepas hasya genap 7 bulan
(happy birthday ke 7 bulan ye)
alahai anak ibu, sayang nye ibu kat hasya tau
sekarang hasya makin pandai merajuk, kalau xikut kemahuan dia, rajuk panjang sgt
bila da merajuk tu, ibu nak bg bf pun xmo, main pun xmo, mkn pun xmo
mengongoi je la
apa ibu boleh buat, vcuba sedaya upaya juga pujuk hasya
tp ibu tau, hasya nak manja2 ngn ibu je kan syg..
lepas tu, hasya dah boleh gelak2, main ngn ibu
bila hasya dah mau bf tu, tandanya rajuk hasya da abes
alahai la anak ibu.. sape punya perangai la hasya folllow ni ye

Tuesday, March 15, 2011

info bahan


dalam kehidupan seharian, kita terdedah dengan pelbagai jenis bahan yang entah kan baik, entahkan yang memudaratkan.. so, sedikit info untuk perkongsian bersama..


#1. PETE atau PET (polyethylene terephthalate) biasa dipakai untuk
botol plastik yang jernih/transparan/ tembus pandang seperti botol air
mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman lainnya. Boto-botol
dengan bahan #1 dan #2 direkomendasikan hanya untuk sekali pakai.
Jangan pakai untuk air hangat apalagi panas. Buang botol yang sudah
lama atau terlihat baret-baret.

#2. HDPE (high density polyethylene) biasa dipakai untuk botol susu
yang berwarna putih susu. Sama seperti #1 PET, #2 juga direkomendasikan
hanya untuk sekali pemakaian.

#3. V atau PVC (polyvinyl chloride) adalah plastik yang paling sulit di
daur ulang. Plastik ini bisa ditemukan pada plastik pembungkus (cling
wrap), dan botol-botol. Kandungan dari PVC yaitu DEHA yang terdapat
pada plastik pembungkus dapat bocor dan masuk ke makanan berminyak bila
dipanaskan. PVC berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan.

#4. LDPE (low density polyethylene) biasa dipakai untuk tempat makanan
dan botol-botol yang lembek. Barang-barang dengan kode #4 dapat di daur
ulang dan baik untuk barang-barang yang memerlukan fleksibilitas tetapi
kuat. Barang dengan #4 bisa dibilang tidak dapat di hancurkan tetapi
tetap baik untuk tempat makanan.

5. PP (polypropylene) adalah pilihan terbaik untuk bahan plastik
terutama untuk yang berhubungan dengan makanan dan minuman seperti
tempat menyimpan makanan, botol minum dan terpenting botol minum untuk
bayi. Karakteristik adalah biasa botol transparan yang tidak jernih
atau berawan. Cari simbol ini bila membeli barang berbahan plastik.

6. PS (polystyrene) biasa dipakai sebagai bahan tempat makan styrofoam,
tempat minum sekali pakai, dll. Bahan Polystyrene bisa membocorkan
bahan styrine ke dalam makanan ketika makanan tersebut bersentuhan.
Bahan Styrine berbahaya untuk otak dan sistem syaraf. Selain tempat
makanan, styrine juga bisa didapatkan dari asap rokok, asap kendaraan
dan bahan konstruksi gedung. Bahan ini harus dihindari dan banyak
negara bagian di Amerika sudah melarang pemakaian tempat makanan
berbahan styrofoam termasuk negara China.

#7. Other (biasanya polycarbonate) bisa didapatkan di tempat makanan
dan minuman seperti botol minum olahraga. Polycarbonate bisa
mengeluarkan bahan utamanya yaitu Bisphenol-A ke dalam makanan dan
minuman yang berpotensi merusak sistem hormon. Hindari bahan plastik
Polycarbonate.

BPA Free Please

semalam dalam berita jam 8, ada paparan tentang isu pengharaman botol susu yang mengandungi bahan Bisphenol A (BPA) pada tahun 2012. Persoalannya, kenapa 2012? bukan 2011? bukan Mac 2011? rata-rata dah tau tentang keburukan botol plastik yang mengandungi BPA ni. kalau xtau, meh kite review sket sal menda nih...

Apa itu BPA?
BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat melarut resap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan.
Janin dalam kandungan (ibu hamil jaga pemakanan anda) dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi.
Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.
Faktor Pengaruhi Larut Resap BPA ke dalam Makanan

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan larut resap ini berlaku dengan lebih banyak. Antaranya, kepanasan (api dan matahari), calar dan pendedahan terhadap sesetengah bahan kimia (termasuk sabun pencuci).
Pengkaji dari University of Cincinnati melaporkan, pendedahan terhadap air menggelegak menyebabkan botol polikarbonat melepaskan bisfenol A (BPA) sehingga 55 kali ganda lebih cepat berbanding ia terdedah kepada air sejuk atau air suam (air kosong).
Tip Mengelakkan BPA
Anda mungkin sukar untuk mengelakkan secara mutlak penggunaan produk yang mengandungi BPA ini, tetapi anda dapat mengurangkannya dengan mengamalkan langkah-langkah berikut:
  1. Jangan panaskan makanan atau minuman dalam plastik polikarbonat sama ada menggunakan ketuhar gelombang mikro atau pun direbus.
  2. Kurangkan pengambilan makanan dalam tin, pilih yang segar atau sejuk beku. Jika mahu yang segera, pilih dalam botol kaca.
  3. Seboleh mungkin, gunakan bekas makanan daripada porselin, kaca atau keluli tahan karat terutamanya untuk makanan atau minuman panas.
  4. Berikan permainan yang selamat untuk anak anda. Lihat kod plastik di bawah permainan. Kod 7 adalah polikarbonat (elakkan juga kod 3 kerana ia mengandungi toksin).
  5. Jika mahu membungkus sup atau air panas dari penjual makanan, bawa bekas makanan atau minuman anda sendiri.
  6. Jangan membiarkan air di dalam botol air mineral terjemur di dalam kereta, dan kemudian meminumnya.

Tip Elak BPA ke Botol Susu Polikarbonat
  1. Gunakan botol susu daripada gelas atau plastik yang bebas BPA. Elakkan polikarbonat. Sebaliknya pilih polietilena, polipropilena atau poliamida.
  2. Jika anda menggunakan juga botol polikarbonat, pastikan ia tidak dijemur, tidak dipanaskan dan tidak dimasukkan air panas menggelegak ke dalamnya.
  3. Elakkan calar dengan menggunakan berus yang lembut daripada plastik dan span, bukan berus daripada dawai untuk membasuh botol susu bayi.
  4. Gunakan sabun yang sesuai untuk mencuci botol bayi.
masa tengok berita tu, mak saya bercakap la, org dulu2 tak de apa pun minum pakai botol yg ada BPA ni, kite2 pun mesti minum pakai botol yg ada BPA ni gak kan.. pastu saya jawab balik, sebab tu kalau mak perasan, ramai anak2 seusia saya ni (dalam 25-35) dah ada penyakit kanser la, itu la.. entah2 menda2 camni la puncanya.. nak tau apa mak saya cakap.. speechless!! mak-mak kite memang suke compare kan kaedah penjagaan anak dulu dan sekarang.. dan saya selalu balas kat mak, "yang lama kite ikut mana yang baik, yang baru kite praktikkan untuk masa depan yang lebih baik.."

(errrr.. camne la saya nanti bila tengok anak saya membela anak dia kan..)

p/s: tak mahal mana pun botol yg BPA free nih.. da banyak brand kat luar tu keluarkan botol yg selamat ni.. kalo dulu mungkkin brand avent, NUK atau first year je yang ada. tapi sekarang brand anakku, pureen, fiffy pun dah ada tau. tak boleh tidak mestila lebih sikit reganye dari botol biasa (kalau nak compare botol anakku ada 2 jenis yg ada BPA ngn BPA free.. utk saiz 4oz, kalo yg ada BPA RM 4.50 sebotol, kalau BPA free lak RM 8.50 sebotol... see, tambah sikit je kan..)