semalam dalam berita jam 8, ada paparan tentang isu pengharaman botol susu yang mengandungi bahan Bisphenol A (BPA) pada tahun 2012. Persoalannya, kenapa 2012? bukan 2011? bukan Mac 2011? rata-rata dah tau tentang keburukan botol plastik yang mengandungi BPA ni. kalau xtau, meh kite review sket sal menda nih...
Apa itu BPA?
BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat melarut resap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan.
Janin dalam kandungan (ibu hamil jaga pemakanan anda) dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi.
Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.
Faktor Pengaruhi Larut Resap BPA ke dalam Makanan
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan larut resap ini berlaku dengan lebih banyak. Antaranya, kepanasan (api dan matahari), calar dan pendedahan terhadap sesetengah bahan kimia (termasuk sabun pencuci).
Pengkaji dari University of Cincinnati melaporkan, pendedahan terhadap air menggelegak menyebabkan botol polikarbonat melepaskan bisfenol A (BPA) sehingga 55 kali ganda lebih cepat berbanding ia terdedah kepada air sejuk atau air suam (air kosong).
Tip Mengelakkan BPA
Anda mungkin sukar untuk mengelakkan secara mutlak penggunaan produk yang mengandungi BPA ini, tetapi anda dapat mengurangkannya dengan mengamalkan langkah-langkah berikut:
- Jangan panaskan makanan atau minuman dalam plastik polikarbonat sama ada menggunakan ketuhar gelombang mikro atau pun direbus.
- Kurangkan pengambilan makanan dalam tin, pilih yang segar atau sejuk beku. Jika mahu yang segera, pilih dalam botol kaca.
- Seboleh mungkin, gunakan bekas makanan daripada porselin, kaca atau keluli tahan karat terutamanya untuk makanan atau minuman panas.
- Berikan permainan yang selamat untuk anak anda. Lihat kod plastik di bawah permainan. Kod 7 adalah polikarbonat (elakkan juga kod 3 kerana ia mengandungi toksin).
- Jika mahu membungkus sup atau air panas dari penjual makanan, bawa bekas makanan atau minuman anda sendiri.
- Jangan membiarkan air di dalam botol air mineral terjemur di dalam kereta, dan kemudian meminumnya.
Tip Elak BPA ke Botol Susu Polikarbonat
- Gunakan botol susu daripada gelas atau plastik yang bebas BPA. Elakkan polikarbonat. Sebaliknya pilih polietilena, polipropilena atau poliamida.
- Jika anda menggunakan juga botol polikarbonat, pastikan ia tidak dijemur, tidak dipanaskan dan tidak dimasukkan air panas menggelegak ke dalamnya.
- Elakkan calar dengan menggunakan berus yang lembut daripada plastik dan span, bukan berus daripada dawai untuk membasuh botol susu bayi.
- Gunakan sabun yang sesuai untuk mencuci botol bayi.
masa tengok berita tu, mak saya bercakap la, org dulu2 tak de apa pun minum pakai botol yg ada BPA ni, kite2 pun mesti minum pakai botol yg ada BPA ni gak kan.. pastu saya jawab balik, sebab tu kalau mak perasan, ramai anak2 seusia saya ni (dalam 25-35) dah ada penyakit kanser la, itu la.. entah2 menda2 camni la puncanya.. nak tau apa mak saya cakap.. speechless!! mak-mak kite memang suke compare kan kaedah penjagaan anak dulu dan sekarang.. dan saya selalu balas kat mak, "yang lama kite ikut mana yang baik, yang baru kite praktikkan untuk masa depan yang lebih baik.."
(errrr.. camne la saya nanti bila tengok anak saya membela anak dia kan..)
p/s: tak mahal mana pun botol yg BPA free nih.. da banyak brand kat luar tu keluarkan botol yg selamat ni.. kalo dulu mungkkin brand avent, NUK atau first year je yang ada. tapi sekarang brand anakku, pureen, fiffy pun dah ada tau. tak boleh tidak mestila lebih sikit reganye dari botol biasa (kalau nak compare botol anakku ada 2 jenis yg ada BPA ngn BPA free.. utk saiz 4oz, kalo yg ada BPA RM 4.50 sebotol, kalau BPA free lak RM 8.50 sebotol... see, tambah sikit je kan..)
1 comment:
tq, sharing is caring
aku leh tambah ilmu yang sejengkal ini aje :)
Post a Comment