Monday, June 17, 2013

Nak kurus

Kalau nak cerita tentang perihal menguruskan badan, boleh lap air peluh cerita tak habis-habis juga.  Rasanya, setiap kita berbeza-beza penerimaan badan bagi yang berniat nak mengecilkan ukuran badan tu.  Saya pula dah cuba bermacam-macam, dari yang murah kepada yang mahal.  Yang hairannya, kenapa satu pun tak berkesan?  Saya bukan jenis, berdiet 5 hari, makan 'lebih' sikit atau dikatakan cheat dat untuk satu hari, tapi berat tak naik banyak.  Senang cerita, kena istiqamah.  Kalau nak kurus, kena buat 5-6 bulan contohnya, kalau tak nak makan malam, kena la buat 5-6 bulan, kalau antara tempoh masa tu tersalah langkah, memang buruk la akibatnya.  Sama lah kalau pakai krim kurus, kalau ada 2-3 malam tak pakai memang tak nampak lah kesannya.  Macam dasyat je bunyi nya kan.  Apa pun, azam kena kuat.  Susah sangat, nak mengandung je lah.  Nanti boleh buat azam baru lepas bersalin.  Mengandung is seronok, bersalin is TAKUT.  Tak ada modal nak buat entry, tapi nak buat juga.  Bye.

Tuesday, June 11, 2013

happy life with love

Lama yang amat tak update blog ni.  Sejak jadi student, tak banyak masa dihabiskan depan laptop/desktop.  Hanya layan guna tab, dan blogging menggunakan tab amat tidak merangsang untuk menulis dengan panjang lebar.  Sekarang dah Jun, hampir 6 bulan kami tinggal di Kajang, Saya suka persekitaran di sini.  Kedai runcit, dobi, kedai kek, dan sekolah Hasya amat dekat.  Jalan kaki tak sampai 2 minit boleh sampai.  Taman permainan pun dekat.  Sesekali, bawa Hasya ke sana.  Seronok dia.

Cerita tentang Hasya, dah hampir 4 bulan dia ke sekolah.  Perkembangan masih tak nampak sangat tapi confident tu dah ada, dah boleh main kat playground dengan budak-budak yang dia tak kenal.  Sebelum ni kalau ada budak lain, memang dia tunggu lah sampai tak ada orang, baru dia main.  Sekarang dia dah 2 tahun 10 bulan.  Masih tak boleh hafal alphabet, tapi ada 4-5 huruf dia boleh sebut dengan tak ikut susunan.  Warna pun dari 7 warna asas, dia dah boleh kenal pink, yellow dan black cuma dia keliru dalam bahasa dan inggeris.  Ini minggu ke tiga toilet training, boleh dikatakan 60% dah berjaya.  Terkucil kat seluar tu dalam 2-3 hari adalah sekali dua.  Malam tadi kami suami isteri keraskan hati suruh dia tidur atas katil sendiri, dalam bilik yang sama.  sesekali dengar dia merengek, tapi kami buat tak dengar sahaja.  Amat suka main masak-masak.  Amat sukakan buku.  Mewarna pun sama.  Perancangan asal nak masukkan ke baking class, tapi bila tengok yuran RM150 untuk sekali dua join class, baik la buat aktiviti tu bersama-sama dan selepas 2 kali mem-baking, dia dah tau papa nak masuk kat dalam mangkuk adunan tu.  Sampai boleh la dia yang ajarkan Auntie dia, step by step. Lengkap.  Art class pun ada terlintas kat dalam fikiran sebab apa yang saya baca, kanak-kanak yang kreatif lebih gembira dan baik pembelajarannya. Semalam ke sekolah dan ambil semua kerja yang Hasya buat sepanjang 4 bulan ni, dan rupanya banyak juga yang berkaitan art yang dibuat bersama-sama gurunya.  Topeng, pembungkus gula-gula, mini topi.  So, part art class boleh diketepikan buat masa ni.  Sekarang nak hantar dia ke swimming class kat UKM.  Next year nak masukkan Hasya ke Tadika ABIM.  Bukan sekolah sekarang tak bagus, cuma saya lebih suka Hasya balik dengan membawa doa, lagu nasyid.  Setakat ni dia dah hafal doa makan dan doa tidur.  Al-Fatihah dah boleh sambung bila kita bacakan permulaan ayat.  Kuat merajuk sekarang.  Pantang saya larang dia, mesti ayat yang keluar dari mulutnya "tak nak kawan dengan ibu". 

Cerita tentang rumah baru pula, sampai sekarang pejabat masih tak buat pemotongan gaji. Aduh, sakit juga kalau nak membayarnya semua.  Kena buat rayuan kalau macam ni.  Kami masih berdikit-dikit nak jadikan rumah ni selesa, cantik pada pandangan kami.  Lanskap dah selesai 90% minggu sudah dan semalam saya dan Hasya bermain, berlari di laman.  Seronok dan kami berpeluh.  Itu yang menarik.  Mungkin lepas ni, perlu letak kerusi dan meja supaya saya boleh bersantai membaca blog sambil Hasya bermain dengan mainannya, duduk di atas rumput, berbaring dan menunggu Emi pulang dari kerja.

Progress study tak mengikut perancangan.  Proposal Defense agak baik keputusannya cuma untuk mendapatkan data hujan maksima bagi 1-day, 3-day dan 7-day dari 6 stesen hujan yang datanya bermula dari tahun 1930-an amat membosankan.  Rasa nak upah orang je.  Kena siap cepat supaya saya boleh mulakan menggunaka software, pada masa itu baru semabgat tu meluap-luap.


 Hari pertama ke Taska.. in February

 Her assessment at school

 Red velvet, Hasya and Ibu

Good job Hubby!!!

Nota kaki :  Semalam makan durian udang merah, licin 2 biji kitirang berdua makan.  Ya Allah, sedapnya.. lagi sedap dari musang king

Saturday, April 6, 2013

Malaysia kecil




Ibu beritahu Hasya, negara kita nama Malaysia, sambil tunjuk kat map.  Tau apa jawapan dia?
Kecil nya Malaysia !!

Basuh bekas dan Bumbu desa

Asik ipar  nak nikah 20 April 2013.  Bekas nak bagi orang datang ada 1200 biji tapi baru siap basuh baru 420 biji.. adeh, sempat ke ni.  14 hb dah nak start masukkan kacang.   Ni kena basuh 400 biji sehari  baru siap cepat.

Proposal defense untuk research dah settle last week, lega sangat rasanya.  Emi siap tunggu dalam kereta sampai habis present, lepas tu jalan.jalan kat klcc dan lunch kat Bumbu Desa.  Okeylah makan 2 orang sekali air (air yang mahal, rm20 untuk 2 orang, tak sedap cendol dia) semua sekali rm60.  Recommended hanya Ayam Ijo.  Sayur kailan, tempe kicap dengan ayam bakar so so saja.

Baru 1/3 yang si p basuh

Friday, April 5, 2013

Plan untuk 120 hari lagi

Ada lebih kurang 120 hari lagi Birthday Hasya ke-3.  Amboi, belum sempat nak puasa, dah cerita hal birthday.  Niat di hati nak buat Jamuan Raya, House Warming, ngn Birthday sekali harung.  Siap buat tabung lagi tu sebab semua nak order saja.  Tak nak dapur berkecah.

Perkara perlu settle sebelum puasa:
Cat - pagar, skirting parquet kat tangga dan bilik atas, pintu untuk bilik atas (kerja berdikit.dikit sebab tak larat nak buat semya sekali)
Simen car porch (dah banyak pecah, buat berpasir je)
Landskap

List to do untuk events tersebut:
Order makan - saya plan untuk buat Hi-Tea, so makanan semua yang ringan.ringan, yang sweet dan semestinya akan ada banyak pastry, kek, tart
Candy Buffet - no gula.gula, no marshmalow, no keropok jajan.. sebenarnya saya nak lebih kepada food yang healthy for kids.. sedang me-research
Personalized mineral water
Gift untuk budak.budak
Sewa slide, swing dari rentatoys.com - Mesti awesome sebab kat atas rumput nanti penuh dengan budak main macam kat playground
Cari konsep atau tema
Invitation kad - Ngade kan

Over tak Ibu Hasya? Ayah dia senyum saja...

Saturday, March 9, 2013

Klinik Wangsa - Dr. Nadir Khan

Lama kan tak membuat apa-apa penambahan dalam blog ni.  Start dengan bila nak up entry baru guna blogger-droid, taip panjang-panjang dengan penuh semangat, tapi ada error. Mati semangat kat situ juga.  Laptop tak beli lagi walaupun dah 5 bulan terima elaun belajar.  Jangan ditanya mana duit tu pergi.  Jadi, dari cerita masuk rumah, renovate rumah, dapat anak sedara, Hasya ke sekolah semua simpan sendiri-sendiri saja.  Lagipun bukan ramai sangat pun yang menjengah ke blog ni.  Cuma sometimes rasa nak share info je.  Tak payah naip panjang-panjang.  Sebab, pada saya blog ni banyak sangat membantu time saya nak renovate rumah, cari klinik untuk Hasya dan juga sekolah Hasya.  Tu tak masuk cari resepi kerabu kacang botol, telur bistik dan nak buat ikan bakar.  Jadinya, mulai sekarang, kena rajinkan diri update info berguna.  Semoga memberi manfaat pada yang lain.

Selasa lepas, Hasya start batuk setelah hampir 5 bulan tinggal dengan saya sebab dah tak ke taska.  Itupun lepas 3 minggu saya hantar dia ke sekolah.  Baru 2 minggu kat sekolah, demam 2 hari.  Ehmmm, tak berapa jelas, saya buatkan kronologi ye.

5 bulan tinggal bersama saya (stop ke taska sejak Okt 2012 - Feb 2013)
..
Pertengahan Feb 2013 ke Sekolah (8 - 11.30 am)
..
Minggu ke-2 sekolah, demam 2 hari
..
Minggu ke-3 sekolah, batuk 4 hari

Dan, selepas 4 hari, baru saya terfikir nak bawa ke klinik atau beli ubat batuk saja.  Hari pertama batuk dan kedua, batuknya tak berkahak.  Saya beri Jus Kurma keluaran Tuk Guru sebelum tido dan pagi. tapi hari ke tiga dah mula berkahak sebeah pagi.  T.hari ke malam dia ok.  Hari ke empat, saya mula cari info tentang batuk.  Ramai ibu yang bawa anak mereka ke Klinik Wangsa untuk berjumpa dengan Dr. Nadir Khan.  Terus siap-siap pagi tu juga.  Cubalah google tentang klinik ni, dan hampir kesemua tulisan dalam blog menceritakan perkara yang sama tentang kaedah rawatan Dr. Nadir Khan.  Nasihat saya, cari info dan tetapkan pendirian serta buat keputusan yang cepat bila Dr. Nadir bertanyakan kaedah rawatan mana yang kita nak sebab patient dia ramai lagi yang menunggu.  Hari ni masuk hari ke-6 Hasya batuk dan hari ke dua selepas terima rawatan Dr. Nadir dan makan 3 jenis ubat (antibiotik, batuk dan kahak) tapi Hasya masih batuk.  Kahaknya juga masih ada.  Pagi dan petang saya cuba stimkan uka dan tepuk guna kaedah tepukan yang Dr. Nadir ajar untuk longgarkan kahak.  Mungkin kena sabar sebab ikut kata Dr. Nadir, batuk ni elok sebab dia sedang mencuba untuk keluarkan kahak.  Harap-harap cepatlah sembuh.  Tapi memang berbeza dengan keadaan sebelum ni.  Dulu, kalau dah ambil ubat batuk kat klinik lain, 2-3 hari batuk Hasya dah reda tapi masa tu tak pernah sedut keluarkan kahak.  Tapi saya yakin saya mengambil langkah yang betul dengan membawa Hasya ke Dr. Nadir cuma mungkin saya kena bersabar dulu.


Berhampiran Balai Polis dan Jusco Wangsa Maju.  Betul-betul depan kedai Shaklee


UPDATE :

Kitorang 1st time g klinik ni 7hb Mac (Khamis).  Memang tak culas bagi ubat.  Hasya pun telan je sbb agaknya dia takut kalau tak makan ubat, nanti kena pergi sedut lagi.  Hari ke 6, semua ubat dengan antibiotik habis, dan buat stim dan tepuk tu hari ke-2 dan ke-3 je.  Maknya pemalas.  Lepas tu still batuk tapi memang nampak berkurangan.  Tak bagi pun ubat lepas tu.   Tak tau nak pergi balik ke klinik tu ke sebab Dr. Nadir tak ada suruh datang balik (atau dia terlupa).  Hari ke 12, Hasya betul-betul dah tak batuk.  Beza dengan klinik biasa, ubat tak sempat habis, dalam hari ke-3,4 batuk dah hilang. Kata Dr. Nadir, batuk tu elok sebab itu cara nak keluarkan virus dalam paru-paru.   Itu tanda rawatan cara Dr. Nadir bagus ke? Sepanjang tu, memang tak ada letak Vicks (untuk kanak-kanak, yang tutup botol pink sebab Vicks yang tutup botol hijau tak boleh bagi untuk budak bawah 2 tahun), Siap makan ais krim lagi (Dr. Nadir kata dia tak pantangkan makan aiskrim, tapi dia pantang budak makan ubat batuk sebelum buat treatment keluarkan kahak).   Entah lah, nanti kita tengok macam mana keadaan Hasya.

Sunday, January 13, 2013

entry pertama 2013



Dapat kunci pada Disember 2012. Start tambah-baik-setakat-mampu sekarang dengan harapan awal Februari dah boleh pindah masuk. Amin.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, December 19, 2012

Mana Ayah Hasya?

Masuk malam ni, dah 2 hari kat rumah MIL, Emi tetap kerja. Dah jam 11 malam, Emi belum balik. Overtime katanya. Hasya dah tido. Sebelum tido, dia monyok macam ada tak kena. Dah 2 kali Hasya tejaga dari tidu. Menangis cari ayah dia. Kesian. Asyik ulang je "mana ayah Hasya?". Sanar ye sayang. Nanti ayah balik ye.

Tuesday, December 11, 2012

Part 4 Last cerita tentang rumah.. letih!

Selesai hal rumah. Hari ini 11 Dis 2012 dapat cek dari lawyer sebab loan yang saya mohon lebih sikit dari harga beli. Ada lah lebih sikit nak baiki rumah tu. Rumah dah 12 tahun, ada lah yang nak kena touch up. Cat semula luar dan dalam, polish lantai, wiring, plaster siling. Itu pun entah berapa lah kosnya. Sekarang proses nak dapatkan quotation dari kontraktor. Harapnya awal Februari tahun depan dah boleh masuk rumah. 

Ni tengah tengok Putera Rayyan, menyampah kat semua watak dalam drama ni. Arisa yang lemah semangat, Rayyan yang tak bijak sebab tak tau apa boda dia buat kat isteri dia, Bonda yang gilerkan darah raja nya tu, Suraya yang hampeh tak pamdai berlakon macam geli je tengok dia. Harapnya Anisa yang gedik tulah penyelamat Arisa. Now semua drama ada perempuan dan lelaki jahat dan saiko, dengan heroin dan hero yang lembik tak pandai nak protect diri sendiri. Termasuklah Cinta Itu Milikku, dan Terlanjur Cinta.

Monday, November 19, 2012

Part 3 : Beli Rumah Sub Sale

Panggilan saya ke Unit Baucer untuk kalo ke berapa pun tak hingay sejak 3 minggu lepas, selepas sistem BPB bagitau fail saya dah sampai ke situ selepas lawyer hantar dokumen dari pejabat tanah. iaitu dokumen pendaftaran, pemyaksian dan GERAN.

Saya : Kenapa fail saya tak sampai ke Unit Cek lagi? Dah 3 minggu saya follow up masih di Unit Baucer..
Unit Baucer : Owh, dalam sistem bagitau fail Puan masuk ke Bilik Fail semula
Saya : Kenapa? Apa maknanya?
Unit Baucer : Ada kuiri
Saya : Kuiri apa?
Unit Baucer : Nanti saya pass pada officer y ng in charge
Officer Unot Baucer : Ye Puan, dalam fail Puan tak ada geran, jadi kami tak boleh proses payment. Lawyer Puan tak hantar. Lawyer kena tau semua ni. Pihak kami tak akan call Puan atau lawyer maklumkan dokumen tak lengkap.
Saya : Habis tu, bila nak bagitau ada kuiri?
Officer Unit Baucer : Lepas sebulan, baru kami buat surat mengatakan ada kuiri. Ini prosedur
Saya : Rasa nak amuk je orang kat BPP yang buat prosedur macam ni. Manalah lawyer atau saya tau apa yg tak lengkap. Bila follow up, just semak guna sistem dan pada sistem tak detailkan tindakan yang sedang diambil. Hanya rekod fail saya ada di mana. Esok nak call lawyer, kalau betul lah ko tak hantar geran tu, memang ko patut resign! Benda paling penting pun ko boleh tak tau nak hantar.

Nota kepada Bahagian Pinjaman Perumahan : Tak akan lah nak tunggu sebulan baru nak maklum ada kuiri. Pastu tolong tambah ruang dalam sistem tu untuk 'Catatan'!!!