Tuesday, June 11, 2013

happy life with love

Lama yang amat tak update blog ni.  Sejak jadi student, tak banyak masa dihabiskan depan laptop/desktop.  Hanya layan guna tab, dan blogging menggunakan tab amat tidak merangsang untuk menulis dengan panjang lebar.  Sekarang dah Jun, hampir 6 bulan kami tinggal di Kajang, Saya suka persekitaran di sini.  Kedai runcit, dobi, kedai kek, dan sekolah Hasya amat dekat.  Jalan kaki tak sampai 2 minit boleh sampai.  Taman permainan pun dekat.  Sesekali, bawa Hasya ke sana.  Seronok dia.

Cerita tentang Hasya, dah hampir 4 bulan dia ke sekolah.  Perkembangan masih tak nampak sangat tapi confident tu dah ada, dah boleh main kat playground dengan budak-budak yang dia tak kenal.  Sebelum ni kalau ada budak lain, memang dia tunggu lah sampai tak ada orang, baru dia main.  Sekarang dia dah 2 tahun 10 bulan.  Masih tak boleh hafal alphabet, tapi ada 4-5 huruf dia boleh sebut dengan tak ikut susunan.  Warna pun dari 7 warna asas, dia dah boleh kenal pink, yellow dan black cuma dia keliru dalam bahasa dan inggeris.  Ini minggu ke tiga toilet training, boleh dikatakan 60% dah berjaya.  Terkucil kat seluar tu dalam 2-3 hari adalah sekali dua.  Malam tadi kami suami isteri keraskan hati suruh dia tidur atas katil sendiri, dalam bilik yang sama.  sesekali dengar dia merengek, tapi kami buat tak dengar sahaja.  Amat suka main masak-masak.  Amat sukakan buku.  Mewarna pun sama.  Perancangan asal nak masukkan ke baking class, tapi bila tengok yuran RM150 untuk sekali dua join class, baik la buat aktiviti tu bersama-sama dan selepas 2 kali mem-baking, dia dah tau papa nak masuk kat dalam mangkuk adunan tu.  Sampai boleh la dia yang ajarkan Auntie dia, step by step. Lengkap.  Art class pun ada terlintas kat dalam fikiran sebab apa yang saya baca, kanak-kanak yang kreatif lebih gembira dan baik pembelajarannya. Semalam ke sekolah dan ambil semua kerja yang Hasya buat sepanjang 4 bulan ni, dan rupanya banyak juga yang berkaitan art yang dibuat bersama-sama gurunya.  Topeng, pembungkus gula-gula, mini topi.  So, part art class boleh diketepikan buat masa ni.  Sekarang nak hantar dia ke swimming class kat UKM.  Next year nak masukkan Hasya ke Tadika ABIM.  Bukan sekolah sekarang tak bagus, cuma saya lebih suka Hasya balik dengan membawa doa, lagu nasyid.  Setakat ni dia dah hafal doa makan dan doa tidur.  Al-Fatihah dah boleh sambung bila kita bacakan permulaan ayat.  Kuat merajuk sekarang.  Pantang saya larang dia, mesti ayat yang keluar dari mulutnya "tak nak kawan dengan ibu". 

Cerita tentang rumah baru pula, sampai sekarang pejabat masih tak buat pemotongan gaji. Aduh, sakit juga kalau nak membayarnya semua.  Kena buat rayuan kalau macam ni.  Kami masih berdikit-dikit nak jadikan rumah ni selesa, cantik pada pandangan kami.  Lanskap dah selesai 90% minggu sudah dan semalam saya dan Hasya bermain, berlari di laman.  Seronok dan kami berpeluh.  Itu yang menarik.  Mungkin lepas ni, perlu letak kerusi dan meja supaya saya boleh bersantai membaca blog sambil Hasya bermain dengan mainannya, duduk di atas rumput, berbaring dan menunggu Emi pulang dari kerja.

Progress study tak mengikut perancangan.  Proposal Defense agak baik keputusannya cuma untuk mendapatkan data hujan maksima bagi 1-day, 3-day dan 7-day dari 6 stesen hujan yang datanya bermula dari tahun 1930-an amat membosankan.  Rasa nak upah orang je.  Kena siap cepat supaya saya boleh mulakan menggunaka software, pada masa itu baru semabgat tu meluap-luap.


 Hari pertama ke Taska.. in February

 Her assessment at school

 Red velvet, Hasya and Ibu

Good job Hubby!!!

Nota kaki :  Semalam makan durian udang merah, licin 2 biji kitirang berdua makan.  Ya Allah, sedapnya.. lagi sedap dari musang king

No comments: