Thursday, August 11, 2011

memasak di bulan puasa

setakat ni, bersahur dan berbuka hingga 10 Ramadhan, kami sekeluarga belum lagi berbuka atau membeli di luar utk makan masa berbuka.. kebanyakan nya masak sendiri atau diberi oleh keluarga.. menu yang dah di makan bihun sup (1st berbuka kat rumah anak buah), tomyam campur (mak mertua bagi), ayam masak halia, kacang botol goreng ikan bilis, tempe goreng rempah, sambal udang, kailan goreng telur (resepi mak mertua.. saya memang tak suka makan kailan tapi bila masak macam ni, memang rs sedap sangat), masak lemak telur masin, mi bandung, mi hailam (hubbby memang suka makan mi berkuah ni.. tak de nasi pun tak pe), ayam masak kicap, nasi ayam (ateh bagi) dan stew daging (adik bawa masa berbuka hari ke-7).. perghhh.. tiba-tiba rasa hebat pulak memasak utk berbuka dan sahur.. walaupun dah berkahwin 2 tahun, dan ini merupakan kali pertama saya dan suami tinggal serumah, berbuka dan bersahur bersama.. sebelum ni kan duduk dengan mak, so masa berbuka tunggu mak panggil makan je la, tak pun beli je kat PARAM tu.. sahur lagi la.. tunggu dah siap hidang atas meja baru nak bangun.. masa saya habis dengan melayan hasya sorang je..

tapi, sekarang ni memang saya suka masak.. pernah la sekali beli nasi ambang kat PARAM Taman Impian Ehsan ni, tapi tak sedap pun.. tak macam nasi ambang pun.. ada nasi, ayam masak merah, sayur kacang ngn kubis, tempe sejemput, ikan masin dan telur masin dibelah 8.. RM 6 ditambah dengan nasi yang agak mentah membuatkan saya rasa amat tak berbaloi.. nasib masa tu makan sorang sebab hubby berbuka di Seremban (bawa hasya balik kejap main ngn atuk & nenek dia... best tu, terus dapat baju raya) dan saya tak puasa sebab p****d.. so, tak de la rasa sedih sangat... cuba bayangkan kita dah lapar2, tak sabar nak makan masa berbuka, tetiba nasinya tak boleh masuk ke perut.. kesian kan, dan akan bertambah kesian kalau hubby saya akan terus habiskan nasi tu sebab dia memang jenis yang tak kisah.. jadinya, memang la saya akan terus memasak samapi la penghujung Ramadhan.. kecuali la kalau hubby nak belanja makan bufet kat mana-mana.. kalau nak makan kat kedai yang nak kena order2 tu, memang saya tolak sebab dah la nak kena datang awal kan nak book tempat.. let say jam 6 petang dah tercongok dalam kedai.. tak ke buang masa.. baik duduk rumah, main dengan hasya ke, tengok Jejak Rasul ke.. lagi best..
.
so, tekak ni teringin sangat nak makan nasi goreng belacan.. nasi goreng tomyam pun ada terbayang-bayang juga.. bahan2 semua dah siap sebelum tidur malam tadi.. tinggal nak campak dalam kuali jek.. goreng telur mata kerbau sorang satu pastu goreng cucur manis Adabi (instant) cicah susu pekat.. alahai, yang simple tu yang sedap kan.. cittt, padahal tak puasa pun.. dah 8 hari nih.. sob..sob..sob.. mau dekat 10 hari ni mengganti..

p/s: kaedah nak memasak untuk makan berbuka dan sahur dengan ada budak kecik yang sibuk minta dukung masa kita memasak dan hubby yang sampai rumahnya dah nak masuk waktu berbuka - siapkan semua bahan, siap potong semua sekali (termasuk ayam ke, sotong ke, sayur, bawang) sebelum masuk tidur malam sebelum nya, simpan dalam fridge.. so, balik dari kerja, terus masak nasi (dengan keadaan mendukung hasya) dan campakkan semua bahan2 yang kita nak masak tadi, kacau sampai hidang (masih dengan mendukung hasya).. tapi masa part nak menumis, memang akan dipaksa hasya duduk dalam walker.. confirm dia melalak, tapi dari terkena minyak panas, baik biar dia macam tu.. kejap je, bila sume bahan dah masuk kuali, tinggal nak tunggu masak kita angkatlah dia.. silap2 hasya belum sekolah lagi dah pandai masak kan..;)


Wednesday, August 10, 2011

wordless wednesday #1

...priceless...

annyversary dan pindah ke tempat baru

cerita tertangguh...
Jumaat 29 Julai we all (hubby and hasya) ke MV untuk celebrate annyversary yang ke-2.. awal2 hubbby dah booking kat Cititel.. saje nak merasa makan hotel setahun sekali dan ia akan jadi rutin sepanjang perkahwinan kami.. InsyaAllah.. lagipun, kitorang akan mencari harga bufet yang tak mahal dan sedang2 je reganya.. malam tu ada Seafood Bufet, seorang RM50++.. bila membayar, sorang kena RM 62 termasuk dgn tax.. bagi saya, kira ok la jg sbb kalu nak g makan kat Chilli's ke, TGI ke, Tommy Romas (betuk ke sy eja ni) lebih kurang sama je kan.. lepas dapat mencari barang yang dihajati di MV, jam 8 malam trs ke cititel (ala, sebelah je kan).. niat ati nak duduk 2-3 jam tapi jam 9 kitorang dah balik.. hasya punya perangai kalau makan, dia suka bagi terabur keliling kerusi dia dan dia praktikkan kat situ.. tak tenang sy nak makan.. risau pelayan kat situ mengomel ttg anak kecil saya tu.. jadinya, setelah 2-3 round mengangkut makanan ke meja, kitorang pun balik.. perut pun dah kenyang, tapi kalo tgu lagi, boleh telan sepinggan dua.. food dia tak berapa ummphh.. best lagi ms makan kat penang tahun lepas.. sebab kat sini tak de udang besar a.k.a lobster bakar.. thn lepas, memang puas la makan udang besar tu.. nyum3..

gambar ada la ambil tapi kat dalam tu agak gelap, so gambar tak berapa menjadi.. balik tu tidur dengan kekenyangan dan kepuasan.. eh, annyversary 1 ogos tapi celebrate awal sebab 1 ogos kan puasa.. tak kuasa nak meredah jem semata2 nak makan kat luar..

Isnin 1 Ogos saya secara rasminya telah bertukar kerja di putrajaya.. memula rasa best sebab masa memula putrajaya dibina, memang simpan cita-cita satu hari saya akan bekerja di salah sebuah bangunan kat sini.. kiranya dreams come true la kan.. tapi, mengenangkan jalan yang amat jem masa nak balik (saya pilih WP2), memang buat saya agak ilang sabar.. may be bulan pose sebab sume nak blk awal.. tapi, kalo pas pose mcm ni jg, memang sy kena siapkan bekal roti ke, biskut ke, coklat ke sbb ms nak balik ni sy akan rasa lapar yang amat2.. jadi utk elakkan stress berpanjangan dalam kereta, itu adalah cara terbaik.. so, sampai rumah, perut tak de la lapar sgt kan.. boleh la gomol2 ngn si kecik tu puas2..

ceriti terkini...
sekarang hasya pagi2 saya bekalkan dia roti goreng.. ada sekali bekalkan 2 keping roti gardenia goreng dgn sedikit olive oil, dan dia memang suka.. xsempat sampai taska da abes sekeping.. semalam goreng dgn cheese (saya ada baca cheese bagus utk naik kan berat badan bayi, tapi dlm seminggu boleh la bagi sekali dua.. hasya berat tak sampai 8 kg pun even dia da nak masuk setahun.. ms timbang 11 bulan, berat dia 7.6 kg.. sekarang ada la jg rasa berat dia bertambah).. hari ni bw roti telur pula.. setakat ni hasya mcm ok je mkn telur.. tak ada alah pun.. pun dia suka.. esok2 tak tau nak goreng dgn apa lagi.. pusing balik la menu hari mula-mula.. ehmmm, nak buat pancake lar.. mcm senang je kan.. bancuh malam, esok tuang atas kuali je kan.. alahai, teringin nya nak pancake.. tetiba terfikir nak beli waflle maker.. leh letak mcm2 atas wafffle tu kan.. ;)

Tuesday, August 9, 2011

hati tidak keruan

saya ada buat satu entry.. tapi masih dalam draft.. biar la, satu hari saya akan publish kan juga.. satu hari yang mana saya pasti dan yakin, saya bangga untuk netry itu di baca

Thursday, July 28, 2011

early celebration..

yippieeee.. booking dah buat.. tak sabar nak tunggu petang esok.. 
shhhhyyyy.. memang terpaksa celebrate awal sebab da bulan puasa plus hubby cuti esok.. weekend dia kerja..
tahun lepas berdua, tahu ni bertiga
will update later 
(kalau sempat la sebab next week start kerja opis baru @BPSP,Putrajaya)

Tuesday, July 26, 2011

countdown.. 5 hari lagi

lagi 5 hari our annyversary yang ke-2
both dah tau nak beli presnt apa utk special day tu.. cuma celebration nye msh tercari-cari.. da bulan puasa kan, mungkin bertarawikh bersama.. tapi hasya? jemaah dirumah je la kut..

Thursday, July 21, 2011

dia dah besar

semalam hasya dah sukup 11 bulan..
dan semalam juga hasya ada perangai baru..
sebelum tido nak kena pasang lagu kat hp ibu..
tido siang camtu, tido malam pun mcm tu..
dah mula memanjat.. 2 kali terlentang sebab eksen pegang sofa ibu sebelah tangan.. nasib baik ada bantal cover kepala.. masa jatuh tu, terkebil-kebil dia pandang ibu.. ibu buat dunno je..
tak jadi nak menangis..
berat 7.7 kg.. shomell je kan anak ibu sekarang..
tak sampai sebulan je nak masuk setahun.. 
will miss every moment masa dia baby.. lepas ni dah tak panggil infant dah kan.. toddler pulak la..


budak botak ni la yg ibu akan rindu selalu.. ;)

Friday, July 8, 2011

anak ibu demam panas

ptg tadi selamat sampai rumah.. dari mana? 
hasya masuk hospital.. sekali lagi..
kali ni sebab suhu badan dia dah 2 hari naik trn (dari 4 Julai lagi).. plg tgi 40.7 deg.. dah masuk ubat kat montot, lepas 12 jam, naik semula.. makan ubat demam, ok.. lepas 6 jam, naik 39 deg.. apa lagi, takut tgh2 malam(6 Julai) naik tinggi, terus bawa ke hospital columbia asia, taiping.. (ye, saya bertugas sementara di pejabat lama)
doktor suspect ILI, H1N1.. terus buat test dan result malam tu juga dapat dan Alhamdulillah.. NEGATIF..
tapi kena tahan sebab doktor nak monitor suhu badan hasya.. 1st night. badan hasya still tak trn w/pun da msk ubat montot.. sampai jam 6 pagi, masih 38.8 deg.. pagi 7 Julai, doktor ambil darah hasya utk buat blood test dan tukar ubat.. 
baru la nampak ada perubahan.. selepas 24 jam, suhu hasya maintain 36 deg (dengan makan ubat demam 4 jam sekali).. doktor stop ubat jam 10 pagi 8 Julai.. sampai jam 3 petang,.  Alhamdulillah, hasya da SIHAT.. terus doktor bagitau boleh keluar wad.. lega sangat.. so, before balik, selesaikan bil wad selama 2 hari setengah (sebab discaj pas kol 12 t/hari) RM 582.. baki RM 800 ++ Prudential selesaikan.. (tapi ada tak puas ati certain bil yg kena caj dibayar sendiri tu, bukan patutnya spital bayar.. kecuali screen test H1N1 tu fahamla mmg kena bayar.. tapi MO consultation, pharmacy kenapa kena bayar sendiri pulak kan..)
balik, singgah The Store Kamunting, beli Hasya 3 helai baju baru.. semua kaler pink.. hi3.. reward untuk anak ibu sebab da sihat ye sayang..

note : result darah hasya tak ada masalah.. lega nya hati ibu

Saturday, July 2, 2011

apa yang saya minum?

saya pernah mengalami saat2 kerunduman susu sampai terpaksa bagi hasya susu formula.. tapi, hasya refuse untuk minum FM, dan bila dia minum FM hasya start demam, batuk tak elok2 sampai seminggu lebih.. saya memang tak cuba bagi susu soya sebab bagi saya, susu soya adalah pilihan terakhir, so saya bagi FM (lembu) laktosa free.. tapi dalam seminggu je, sebab sy telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengembalikan semula susu ibu dan alhamdulillah, saya berjaya.. walaupun hasilnya tak semewah mana, cukup lah untuk bekalan hasya di taska..
.
hasya jenis bayi yang reverse cycle, minum susu pada waktu malam sebab dia hanya direct bf sahaja..  saya telah mencuba organic soy, dan hasilnya memang best, dan rasanya pun best.. (sebenarnya, memang kalau boleh nak elak minum teh, nescafe, coffee dan yang berais sebab tau akan memberi kesan sampingan kepada production susu, tapi kenapa lah saya ni degil sangat kan..)


 galacta capsules.. RM65 rasanya.. hubby yang tolong belikan kat wangsa maju.. budak kedai tu kata, kesannya dlm masa 24 jam..tak berapa berkesan.. biasa-biasa je


1st time beli kat kedai lunatots, putrajaya.. RM 25.90 utk 15 sachet (30 gm/sachet).. sedap dan memang ada kesan (saya minum bersama set bf shaklee).. bila jumpa brand yang sama, cuma tak de gambar pengasas lunatots tu kat farmasi bawah opis sekarang ni, RM 14.90 je..terus tak beli kat lunatots tu dah.. beli kat farmasi jek.. kat tesco pun ada rasanya.. pun sama ngn harga kat farmasi tu..


1st beli kat jusco cheras selatan.. pun sedap.. 500 gm RM 15.90.. tapi, leceh sikit sebab dia dlm bentuk loose powder..

Friday, July 1, 2011

tapau yang berhemah

teringin la sangat nak ada set lunch box brand Tupperware nih.. sama ada bawa bekal dr rumah atau take away lauk kat kedai makan.. tapi masih tak ada keberanian segan sebenarnya nak hulur bekas untuk tapau.. padahal, dah dapat bantu alam sekitar kita kan dengan mengurangkan penggunaan polisteren (and so, bahaya utk kita juga kan..) dan beg plastik..

atau pun, nak kena beli dulu, pastu baru semangat nak guna kan..

lawa nya kaler pepel

ni pun lawa juga.. nanti hasya dah besar sikit, harus bawa nih ke taska ye.. cute je anak ibu nanti..