Thursday, September 15, 2011

ke-bahagia-an saya

saya bahagia sekarang.. (dulu pun bahagia juga.. hi3) sejak dapat bertukar ke Putrajaya, banyak manfaat yang saya dapat.. pergi-balik kerja jalan memang konpem la tak jammed kan.. keluar opis jam 5.15 pm, sampai Taska Hasya jam 5.45 pm.. best!!
.
saya amat rileks sekarang.. kerja saya hanya menguruskan 1 sebutharga (itu pun masih belum mula lagi), 1 bayaran Arkitek yang sangkut paymentnya sebab Kementerian tak cukup duit dan satu rekabentuk Reban Itik Tertutup (ni yg leceh sikit.. merangkak2 kau buka BS 8110:1997 balik.. errr, sapa ada BS 6399:Part 1:1984 tolong bagitau ye.. saya ak pinjam).. tu je la.. tapi tetap terasa hebat kan.. bak kata KSU semalam, kena berasa hebat untuk setiap perkara yang kita lakukan.. and YESSS!! saya suka kerja di MOA..
 .
saya tak kisah bila orang lain jaga projek juta2, sibuk ke sana ke sini masuk meeting dengan KSU, pergi site seharian pakai kereta Projek tapi saya hanya duduk menempek kat tempat sendiri dari jam 8 am - 5 pm.. balik pun on time.. memang saya amat BAHAGIA dengan kerja saaya yang sebegini.. sebab nya, pada sesiapa yang pernah menguruskan satu daerah yang mana kawasan pertaniannya seluas 24,000 hektar, kakitangan sejumlah 250 orang dengan ada musim banjir, musim kemarau.. duit penyelenggaraan dan pembangunan yang perlu digunakan dengan sebaiknya dalam tempoh satu tahun sejumlah RM10 juta (boleh bayangkan berapa banyak Inden yang saya kena sign? berapa banyak site yang perlu saya jengah setiap hari?)..

tu belum lagi dengan ISO (saya bangga sebab setahun saya di Kerian, saya berjaya dapatkan Sijil ISO di sana.. penat? sekali lagi, siapa yang termasuk dalam J/K yang bertungkus lumus nak dapatkan ISO boleh faham dan maklum macam mana payah dan jerihnya.. tapi bila sijil tu di'kurnia'kan semasa Hari Inovasi JPS, hilang segalanya.. so, time to maintain all the procedure pulak.. tu laaaagi jerih kan?), 5S, Five Star Rating.. alahaiii.. serius saya dah cukup penat puas dengan semua tu.. jadinya, bilamana saya dapat bersenamg-lenang projek kecil (sebutharga pulak tu), terasa lega sangat.. saya dapat mengepam dengan tenang, tak perlu nak berlawan dengan masa mesyuarat sana sini, saya dapat makan dengan tenang juga.. cukup masa, balik rumah dengan kepala yang ringan.. tak de pun tido malma termimpi kerja menimbun kat pejabat.. jadinya, memang patut saya merasa BAHAGIA kan???

nota :
bukan salah saya jika orang tanya , "ko sibuk?" dan saya menjawab, "TAK!!".. itu namanye dah rezeki saya.. ngeh ngeh ngeh

1 comment:

@nozieyusof said...

setuju sgt reza..kdg2 aku marah dgn org yg suke2 je nk kata org. aku sng je, kalu dia skang xbz, mungkin sebelum nie dia bz mcm nak gila..bukan dpt ape pon kan
biarkan la dia tak bz sgt, tanggungjawab dia byk tue je..