Tuesday, August 5, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014


Dah hampir seminggu raya, baru nak ucap selamat.  Sesungguhnya raya kali ni amatlah sibuk dengan aktiviti memasak dari Ramadhan ke 28 dan 29 sampailah Syawal ke 2.  Kambing bakar, Shepherd Pie, Makaroni Bakar jadi menu pilihan selain dari rendang, kuah kacang yang mak masak.  Balik ke rumah MIL baru dapat rehat dari memasak, tolong sikit-sikit je kat dapur.  Anak-anak memang Emi yang jagakan.  Hari ni, Emi dah mula bekerja.  Tahun ni terasa nak pergi beraya ke rumah kawan-kawan.  Lama sangat tak bersembang, berborak panjang.  Pada sesiapa yang nak datang beraya, jemputlah datang.  Tahun ni tak ada konsep rumah terbuka.  Sapa nak datang, datang je lah.  InsyaAllah akan dilayan dan dijamu sebaik mungkin.  Blog ni sekarang ayatnya skema yang amat.  Nanti nak tune semula ke cara yang lama.

Ambil gambar raya guna monopod.  Kes bateri kamera tak caj.  
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI KAMI!!!
~ hareza, hailmi, hasya dan atif ~

No comments: