Sunday, August 31, 2014

Ucapa Selamat kepada Malaysia Tercinta


Selamat Hari Merdeka!!!
Happy Independence Day!!!

...di sini lahirnya sebuah CINTA..

p.s : saya anak Malaysia

Wednesday, August 20, 2014

Selamat Hari Lahir Hasya - The 4th




kau anak istimewa
istimewanya tak ada yang sama
sikap, pemikiran, keletahnya
tawa, tangis, merajuk mahu dipujuk
manja yang kadang kala tidak mendapat balas
kasar ketika kemahuan tidak diturut
tiga janin pernah berada di dalam rahim
tapi kau tetap mendapat tempat dihati
jangan pergi jauh anak
tetaplah kembali ke pangkuan kami
sayang, cinta, rindu padamu tak pernah kurang

terima kasih sayang
hadir dalam kehidupan kami
semoga Allah menjagamu selalu
selamat hari lahir
empat tahun yang penuh warna warni
terima kasih sayang...

Tuesday, August 19, 2014

Post Entry Pagi-Pagi

Bangun awal pagi ni.  Anak-anak mula tak sihat.  Si kakak batuk dan demam.  Si adik pula baru mula batuk.  Hari ni tak boleh bertangguh.  Kena cepat dan konsisten buat tepuk percusion (eh, betul ke ejaannya) dan bagi si kakak makan ubat.  Tak lama lagi Birthday Hasya ke empat tahun.  Dah 4 tahun umur anak ibu.  Itu saje.  Bye.

Milestone Atif :  2 bulan satu minggu dah boleh meniarap.  2 bulan 3 minggu dah boleh meniarap dengan kepala dah boleh angkat tinggi.

Tuesday, August 5, 2014

Sayang Anak Ibu







Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014


Dah hampir seminggu raya, baru nak ucap selamat.  Sesungguhnya raya kali ni amatlah sibuk dengan aktiviti memasak dari Ramadhan ke 28 dan 29 sampailah Syawal ke 2.  Kambing bakar, Shepherd Pie, Makaroni Bakar jadi menu pilihan selain dari rendang, kuah kacang yang mak masak.  Balik ke rumah MIL baru dapat rehat dari memasak, tolong sikit-sikit je kat dapur.  Anak-anak memang Emi yang jagakan.  Hari ni, Emi dah mula bekerja.  Tahun ni terasa nak pergi beraya ke rumah kawan-kawan.  Lama sangat tak bersembang, berborak panjang.  Pada sesiapa yang nak datang beraya, jemputlah datang.  Tahun ni tak ada konsep rumah terbuka.  Sapa nak datang, datang je lah.  InsyaAllah akan dilayan dan dijamu sebaik mungkin.  Blog ni sekarang ayatnya skema yang amat.  Nanti nak tune semula ke cara yang lama.

Ambil gambar raya guna monopod.  Kes bateri kamera tak caj.  
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI KAMI!!!
~ hareza, hailmi, hasya dan atif ~