Semalam bersembang dengan Emi (my suami), dia prefer saya pakai tudung macam mana?
- Shawl
- Tudung Ariani - lycra selapis
- Tudung Fareeda - sifon berlapis dan warna warni
- Bawal
Dia kata tak kisah pun, ok je. Lepas tu saya tanya, pakai tudung mana nampak saya tua matang? Ingat dia nak kata tudung Ariani atau Fareeda rupanya dia kata bila saya pakai tudung BAWAL. What????!!! Selama ni ingat bila pakai tudung bawal nampak macam student-student ke, paling tidak macam kita tengah bercouple, dating dengan dia. ni komen tambahan Emi :-
- Shawl - OK je
- Tudung Ariani - lebih kemas dan terletak
- Tudung Fareeda - nampak TRENDY. Baca sekali lagi, TRENDY tuuuuuuu...
- Bawal - nampak matang
Ceh, baru niat nak stop shopping Fareeda yang mahal tapi perasaan bila pakai tu extravaganza rasanya. Ariani pun dah lama tak jenguk butiknya. Plan nak pakai Bawal sebab murah je, tapi kena cancel lah. Kan menjaga penampilan di hadapan suami tu keutamaan kan.
#kepala dah berangan tudung fareeda untuk raya
Susah nak cari gambar pakai bawal.
Ni je satu masa sebelum ada anak.
Sejak ada anak sorang ni, memang tak sempat sangat nak ber-bawal
Sempat ada dua helai je tudung syiria ni.
Inner dia suka ke belakang, rasa tak best pula.
Masa ni tak tau ada teknik tetas inner tu
Pakai shwal dengan inner.
Saya surrender pakai shawl tanpa inner.
Memang muka tak sesuai.
Paling banyak koleksi tudung awning dari Ariani.
Plain dan bercorak.
Jatuh cinta dengan tudung sifon dari Fareeda.
Tapi mahal sampai sehelai RM100++.
Kualiti memang terjamin, tapi since Yuran Tadika dah mula nak naik, Ibu berkorban lah.
Last but not least...
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
Budak ni je berani pakai tudung Hana Tajima belit atas kepala.
Maknya memang tak nak.
Buat kena gelak dengan suami je.