Friday, June 21, 2013

Confession of ME!!!

Rutin seharian seorang pelajar merangkap ibu, isteri dan suri rumah :-

  • Bangun pagi, lepas solat siapkan breakfast suami dan anak
  • Siapkan anak ke sekolah
  • Kemas dapur, sidai kain dan kemas apa yang patut
  • Study sampai dah menguap
  • Masak sebelum Hasya balik sekolah
  • Lepas ambil Hasya, layan dia buat macam-macam
  • Jam 2, tidur dengan anak
  • Jam 3/4 bangun dan Solat Zuhur
  • Siapkan Hasya mandi petang, main, angkat kain
  • Jam 7 tengok Teduhan Kasih - time ni memang kalau boleh tak nak gerak-gerak dari depan TV.  Hal Hasya di 'take over' oleh ayahnya
  • Makan malam
  • Jam 9 malam dah siap-siap tidur sebab ada budak kecik yang kalau tidur lambat nanti esok pagi mengamuk tak nak bangun - anak dah tidur layan FB, BeautifulNara

Seronok ke? 
Jawapannya tengok hari, ada yang seronok ada yang rasa letih nak pengsan!!!


Wednesday, June 19, 2013

Kenapa yuran Taska tinggi sangat?

Saya kalau nak buat kuih, tak suka ikut sukatan.  Tapi memang 'elok' sangat lah hasilnya.  Selalu resepi bagi portion yang banyak, kalau karipap tu untuk makan sampai 5-6 orang padahal kat rumah ni yang makan pun saya dengan Hasya.  Emi tak berapa suka nak makan kudap-kudap like kuih, desert, kek.  Jadinya memang saya ubah resepi supaya bila terhasil, cukuplah dapat dalam 10 ketul macam tu.  Tapi tu la, kadang-kadang menjadi, kadang-kadang ang yang tak jadi tu rupanya, rasa boleh tahan.  Ada rancangan nak jual puding roti dan kraker lapis cheese.  Dua-dua ni amat sedap.  Tapi kalori hampir 300 kcal untuk berat lebih kurang 30g, Cuma saya provide meal plan untuk satu hari, bila dicampurkan breakfast, snek, lunch dan dinner termasuk makan desert, kita masih boleh maintain jumlah kalori.  Cuma, semua sedia maklum, memang fat yang ada dalam desrt tidak baik, tapi tak salah kalau nak makan sesekali kan.  Tengoklah, maybe after raya baru nak launch produk.  Hamboi, bunyi kena gempak kan, baru ada orang berminat nak beli.  Kena buat perancangan betul-betul sekarang nak cari duit lebih.  Dengar-dengar Taska kat KL dah mula nak naik yuran sampai RM450. Kalau nanti dah start kerja, dan ada rezeki masa tu ada 2 anak, tak ke 1/3 duit gaji hanya untuk bayar Taska fee?  Sebelum mula masuk kerja, kena ada RM12k sebagai persediaan satu tahun bayar yuran anak.  Tak lena tidur fikir hal ni.  Kalau macam ni, kena susun balik kewangan keluarga.  Kereta dari dua rasanya kena jadikan satu buat sementara waktu.  Herbalife memang tak mampu dah nak ambil.  Pandai-pandailah kawal makan tu, sambil buat excercise sikit-sikit.  Tudung pun pakai lah shawl (sebab murah) dan tudung bawal.  Mana yang ada tu pakai je lah.  Ariani ke Fareeda kena lupakan sementara.  Nasib tak kerja, duit minyak, tol dengan makan boleh lah kawal.  Baju pun tak payah beli selalu.  Bulan ni dah mula kawal penggunaan air-cond dan makan luar.  Tapi rasa tak boleh nak elak makan kat Wong Solo. Ayam penyet dia memang sedap sangat.  Boleh la 1-2 kali sebulan.  Muak juga makan sendiri masak.  Lagi apa nak kurang/jimatkan?   You all semua macam mana ye? How you manage and control your salary? your family financial? Seriously, kalau nak call AKPK boleh tak?  Happy Wednesday.

 Antara kuih yang pernah cuba.  Donut kentang.  Sedap, rasa dan bau macam donut.  Dah tinggal beberapa jam pun masih lembut.  Tapi rupa memang buruk kan.  Doh tak nak naik.  Agaknya Yis tak nak hidup kot

 Tapi tak apa, Hasya kata sedap.  Dia bukan faham pun tentang rupa donut yang cantik ni

Apa pasal nak upload gambar ni.  Ni anatara tudung Fareeda yang dah jual.  Sekarang ada lagi 4-5 helai.  Sayang lah, nak simpan.  Nak beli lagi memang tak mampu dah.


Monday, June 17, 2013

Nak kurus

Kalau nak cerita tentang perihal menguruskan badan, boleh lap air peluh cerita tak habis-habis juga.  Rasanya, setiap kita berbeza-beza penerimaan badan bagi yang berniat nak mengecilkan ukuran badan tu.  Saya pula dah cuba bermacam-macam, dari yang murah kepada yang mahal.  Yang hairannya, kenapa satu pun tak berkesan?  Saya bukan jenis, berdiet 5 hari, makan 'lebih' sikit atau dikatakan cheat dat untuk satu hari, tapi berat tak naik banyak.  Senang cerita, kena istiqamah.  Kalau nak kurus, kena buat 5-6 bulan contohnya, kalau tak nak makan malam, kena la buat 5-6 bulan, kalau antara tempoh masa tu tersalah langkah, memang buruk la akibatnya.  Sama lah kalau pakai krim kurus, kalau ada 2-3 malam tak pakai memang tak nampak lah kesannya.  Macam dasyat je bunyi nya kan.  Apa pun, azam kena kuat.  Susah sangat, nak mengandung je lah.  Nanti boleh buat azam baru lepas bersalin.  Mengandung is seronok, bersalin is TAKUT.  Tak ada modal nak buat entry, tapi nak buat juga.  Bye.

Tuesday, June 11, 2013

happy life with love

Lama yang amat tak update blog ni.  Sejak jadi student, tak banyak masa dihabiskan depan laptop/desktop.  Hanya layan guna tab, dan blogging menggunakan tab amat tidak merangsang untuk menulis dengan panjang lebar.  Sekarang dah Jun, hampir 6 bulan kami tinggal di Kajang, Saya suka persekitaran di sini.  Kedai runcit, dobi, kedai kek, dan sekolah Hasya amat dekat.  Jalan kaki tak sampai 2 minit boleh sampai.  Taman permainan pun dekat.  Sesekali, bawa Hasya ke sana.  Seronok dia.

Cerita tentang Hasya, dah hampir 4 bulan dia ke sekolah.  Perkembangan masih tak nampak sangat tapi confident tu dah ada, dah boleh main kat playground dengan budak-budak yang dia tak kenal.  Sebelum ni kalau ada budak lain, memang dia tunggu lah sampai tak ada orang, baru dia main.  Sekarang dia dah 2 tahun 10 bulan.  Masih tak boleh hafal alphabet, tapi ada 4-5 huruf dia boleh sebut dengan tak ikut susunan.  Warna pun dari 7 warna asas, dia dah boleh kenal pink, yellow dan black cuma dia keliru dalam bahasa dan inggeris.  Ini minggu ke tiga toilet training, boleh dikatakan 60% dah berjaya.  Terkucil kat seluar tu dalam 2-3 hari adalah sekali dua.  Malam tadi kami suami isteri keraskan hati suruh dia tidur atas katil sendiri, dalam bilik yang sama.  sesekali dengar dia merengek, tapi kami buat tak dengar sahaja.  Amat suka main masak-masak.  Amat sukakan buku.  Mewarna pun sama.  Perancangan asal nak masukkan ke baking class, tapi bila tengok yuran RM150 untuk sekali dua join class, baik la buat aktiviti tu bersama-sama dan selepas 2 kali mem-baking, dia dah tau papa nak masuk kat dalam mangkuk adunan tu.  Sampai boleh la dia yang ajarkan Auntie dia, step by step. Lengkap.  Art class pun ada terlintas kat dalam fikiran sebab apa yang saya baca, kanak-kanak yang kreatif lebih gembira dan baik pembelajarannya. Semalam ke sekolah dan ambil semua kerja yang Hasya buat sepanjang 4 bulan ni, dan rupanya banyak juga yang berkaitan art yang dibuat bersama-sama gurunya.  Topeng, pembungkus gula-gula, mini topi.  So, part art class boleh diketepikan buat masa ni.  Sekarang nak hantar dia ke swimming class kat UKM.  Next year nak masukkan Hasya ke Tadika ABIM.  Bukan sekolah sekarang tak bagus, cuma saya lebih suka Hasya balik dengan membawa doa, lagu nasyid.  Setakat ni dia dah hafal doa makan dan doa tidur.  Al-Fatihah dah boleh sambung bila kita bacakan permulaan ayat.  Kuat merajuk sekarang.  Pantang saya larang dia, mesti ayat yang keluar dari mulutnya "tak nak kawan dengan ibu". 

Cerita tentang rumah baru pula, sampai sekarang pejabat masih tak buat pemotongan gaji. Aduh, sakit juga kalau nak membayarnya semua.  Kena buat rayuan kalau macam ni.  Kami masih berdikit-dikit nak jadikan rumah ni selesa, cantik pada pandangan kami.  Lanskap dah selesai 90% minggu sudah dan semalam saya dan Hasya bermain, berlari di laman.  Seronok dan kami berpeluh.  Itu yang menarik.  Mungkin lepas ni, perlu letak kerusi dan meja supaya saya boleh bersantai membaca blog sambil Hasya bermain dengan mainannya, duduk di atas rumput, berbaring dan menunggu Emi pulang dari kerja.

Progress study tak mengikut perancangan.  Proposal Defense agak baik keputusannya cuma untuk mendapatkan data hujan maksima bagi 1-day, 3-day dan 7-day dari 6 stesen hujan yang datanya bermula dari tahun 1930-an amat membosankan.  Rasa nak upah orang je.  Kena siap cepat supaya saya boleh mulakan menggunaka software, pada masa itu baru semabgat tu meluap-luap.


 Hari pertama ke Taska.. in February

 Her assessment at school

 Red velvet, Hasya and Ibu

Good job Hubby!!!

Nota kaki :  Semalam makan durian udang merah, licin 2 biji kitirang berdua makan.  Ya Allah, sedapnya.. lagi sedap dari musang king