wink-wink-wink
Wednesday, August 29, 2012
Friday, August 24, 2012
Thursday, August 16, 2012
selamat hari raya
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
** maaf zahir dan batin **
perkataan ikut tema baju raya :)
Wednesday, August 15, 2012
Beli Rumah Sub-Sale : Part 2
nak cerita pendek-pendek sahaja
- selepas sign S&P, dah matikan setem, lawyer akan bagi salinan. so, saya dapat salinan S&P tu 1.08.2012. masa ni bagi sekali check list BPP dan borang yang lawyer nak kn buat atas letterhead dia
- ambil semua surat dan dokumen dari pejabat lawyer 7.08.2012
- isi semua borang (our part), surat iringan dari majikan.
- hantar borang penilaian rumah dan salinan S&P tu ke Bahagian Penilaian di Bangi pada 9.08.2012 - saya suka penilai di sini. saya letak jumlah pinjaman ikut baki harga jualan (dah tolak deposit) tapi dia advice minta full, iku harga jualan selagi tak melebihi kelayakan. katanya manalah tau dia nilai rumah tu tinggi, rugi nanti. terima kasih En Hairudin atas info tersebut
- hantar borang lengkap yang lain dan wang pos untuk proses ke Bahagian Pinjaman Perumahan 13.08.2012 - saya suka sistem di sini. kat kaunter lagi dah semak borang kita
- Pegawai penilai tengok rumah 14.08.2012 - tengok luar je sebab rumah tu tak ada renovation
- call Pegawai Penilai lepas semak dalam website yang nyatakan kes kita telah siap. dah tau harga nilaian rumah. rasa nak melompat lebih tinggi!!!
- tunggu step seterusnya... urusan sign perjanjian, proses tukar nama. BPP kata dalam tempoh 5 hari lepas kita hantar borang dah boleh tau.
wordless wedneday #8
ujian kendiri
setelah bekerja selama hampir 6 tahun, masih ada yang saya belum capai seperti yang Jabatan jangkakan
Tuesday, August 14, 2012
Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort : ntah hapa-hapa!!!
malam tadi jam 11.30 malam, tengah goreng ikan patin untuk makan bersahur, api padam. aik, ingat angin sekali tu gas habis lah. pindah masuk dlam oven. nasib baik masak lemak Hasya pagi semalam elok lagi. tambah cili api tumbuk, tambah garam sikit. kalau tak haruslah makan sahur dengan oat saja lah. itu maknanya, berbuka semestinya makan diluar atau beli tapau saja. 1st plan nak beli kat Param saja. sambil tunggu org gas datang hantar. bila dah ber-blog walking terbaca pula review tentang Bufet Ramadhan di Bangi Golf Resort. kalau booking dan ambil baucer sebelum jam 4 petang, harga per head RM48 nett. kalau walk in RM62 kut. banayak blogger review food kat sini sedap-sedap belaka. rating 5/5 pula tu. dah la dekat. call Emi, confirm terus booking. boleh lah sekali sekala kan. sepanjang Ramadhan ni pun tak pernah makan luar. beli lauk kat Param pun sekali itu pun masa Emi out station minggu lepas. Weekend balik rumah mak mertua. so, nanti kita tengok sama ada betul ke tak orang review kata sedap. saya tak kisah sangat part lauk nya, asalkan desert nya banyak itu dah menggembirakan hati dan lemak-lemak sekalian. tak pe, lepas makan WAJIB skipping 100 kali. berangan lah!!!!
p/s: tukar terus tajuk entry!!!
UPDATE!!!
dah la parking penuh. kena jalan dalam 5 minit siap naik tangga lagi. letak tempat saya jauh sejauhnya dari tempat buffet. tak ada aircond. kipas tak rasa. berpeluh makan. NOT RECOMMENDED!! apsal dorang boleh dapat tempat makan best, saya dapat tempat super tak best? sama je kan bayar? Bangi Golf Resort, sila jawab!!!!
p/s: tukar terus tajuk entry!!!
Monday, August 13, 2012
penat tau
Pejabat Pos-Pejabat Hasil-JPA-BPP-Pejabat Pos-JPA-BPP
Sudah lah, saya dah tak larat nak menapak berulang kali ke tempat tu semua. rasa nak parking betul-betul depan pintu. boleh tak?
Thursday, August 2, 2012
tak lama lagi
dah lama tak update tentang cerita Hasya. lagi 2 minggu, anak ibu cukup 2 tahun. kadang-kadang tengok dia, rasa macam baby lagi. tapi, bila tengok dia main, bercakap rasa wowww dah besar rupanya anak aku!! sekarang dia sangat suka main kat tab. tengok upin ipin : bila besar nanti. dia paling suka part ehsan buat kek dan fizi kutip sampah. dialog pun dah boleh hafal sikit-sikit. teletubies pun dia suka. salah satu perkara yang saya rasa seronok jadi ibu dia, masa saya main-main dengan dia permainan kita masa kecil-kecil dulu. macam main sep sep sep, tom tom tom lepas tu nyanyi lagu air pasang dalam dan dia suka bila sampai part "cik baba jatuh dalam air, cik aminah ketawa jerit-jerit" lepas tu saya akan geletek dia dan dia ketawa mengekek-ngekek. saya juga main enjit-enjit semut dengan dia dan bila part dia cubit kita tu, memang boleh rasa la sakit dia. baru-baru ni Emi belikan dia buku lagu kanak-kanak. nasib kebanyakan lagu dalam buku tu saya tau nak nyanyikan. dia suka lagu rasa sayang. dan saya ajak dia main tom tom bak. seronok sangat. game dekat tab tak boleh buat anak kita gelak, ketawa, geletik-geletik dia. dan saya rasa bila Hasya main game kat tab tu, dia macam stress je. sekarang dia suka membebel sorang-sorang. kadang dengar dia menyanyi tapi tak faham apa yang dia sebut. kadang-kadang count 1-10. ada satu masa tu, dia main susun-susun botol ubat atas meja, dan dengan jelas saya dengar dia count penuh, lengkap 1-10. terus capai phone nak record, tapi masa tu dia tau, terus malu-malu nak menyebut.
tu tentang masa bermain dengan dia. kalau saya batuk, cepat-cepat dia urut dada saya. tiba-tiba je, dia datang cium, rangkul leher saya. dah boleh harap ambil pampers sendiri kat dalam bilik. dah boleh pakai seluar baju sendiri walaupun selalunya tak betul. amat suka tengok saya buat kerja di dapur. sambil kita basuh pinggan, dia berdiri atas kerusi main air sabun, letak kat muka. ayat dia yang tak boleh tahan "ibu, kena Hasya" sambil tunjuk air sabun yang 'terkena' pipi dia padahal dia yang letak sendiri. malam-malam, dah boleh dipujuk bila bangun minta susu, saya suruh minum air kosong. katakan, dia bangun 3 kali satu malam, sekali saya inta dia minum air kosong sebab nampak dia dahaga. lagi dua kali baru saya susukan dia. saya sentiasa rindukan Hasya. dan saya pasti dia pun rindukan saya. bersambung...
hidup se-ada-nya
Sekarang macam dah trend yang mana sana sini semua dah beli/pakai/gunakan :-
- Tudung Fareeda
- Produk kecantikan kolagen - El Merino/Everlyn
- Korset Premium Beautiful
Yang nyata, saya memang tak mampu nak beli semua tu. Hati rasa sedih. Tapi Emi tenangkan dengan pujukan dan nasihat. Ya, saya sudah mempunyai 2 buah rumah bersama suami yang mana lebih separuh dari wang gaji kami digunakan untuk keperluan kedua-dua rumah ini. Seorang anak perempuan yang comel. Kerja yang baik. Sambung belajar ditaja. Tambahan pula, muka tak ada jerawat, badanya je 'gemok' sikit tapi masih mampu nak beli Lechitin Shaklee sebagai usaha nak kurus. Masih mampu nak beri belanja kepada orang tua. Masih mampu nak makan kat luar. Jadi, nak apa lagi? Bersyukur lah ...
Wednesday, August 1, 2012
Annyversary
1.08.2012 adalah tahun ketiga saya bersama suami. Ambil cuti rehat satu hari. saya je, Emi tak cuti pun. Ambil Cheesecake yang sedap tu dari Yatt di Muzium Islam di Taman Tasik Perdana, ambil Emi di pejabat dan terus ke Hartamas untuk mengambil salinan S&P. lepas tu shopping baju raya Hasya lagi!!! Balik rumah, rehat dan terus bakar ayam yang dah diperap pagi tadi. Lepas selesai masak, tunggu Emi dan hasya balik. Berbuka puasa dengan rasa yang amat puas hati sebab saya sempat sediakan makanan di hari istimewa kami. Solat Maghrib. Solat Isya'. Aikk, titik? Ya, tak solat Terawikh pun. Dua-dua, eh tiga-tiga pakat tidur depan TV. Apakah?? Penat puasa atau penat makan? bangun jam 12.30 pagi, tengok sinki penuh dengan pinggan tak basuh, hasya pula terjaga dari tidur menangis nak ibu. ayah pujuk memang tak makan. tiba-tiba je jadi stress. Dah la batuk tak elok-elok. Boleh tak kalau nak cakap, nak makan ubat pun tak sempat. Merajuk. Membebel di jam 1.30 pagi. Tidur dalam ketidakpuasan hati.
Tiba-tiba terbau asam pedas sedang dipanaskan kat dapur. Emi tak ada kat sebelah. Rupanya dia yang sediakan makanan nak sahur. Suka. Sambil makan, buat-buat macam tak ada apa je malam tadi. Suami layankan saja. Lepas mandi, ternampak sekeping kad besar, sekuntum ros (bukan bunga sebenar) dan keychain ada nama sendiri. Bila tanya emi bila dia letak, rupanya dari malam tadi lagi. Entah, salah sapa kejadian malam tadi. Kalau nak tau, itulah kehidupan saya. Saya marah malam, esok Emi boleh acting macam saya ni isteri-paling mithali-tak pernah marah langsug kat dia. Sebab tu saya sayangkan Emi. Bukan bermakna saya pijak kepala dia. Dialah manusia yang paling faham perangai saya. Mak dan Abah pun belum tentu boleh faham saya. Saya orangnya macam mana? Errrr, disimpulkan seperti kuat bebel-pendam perasaan lepas tu mengamuk tapi hati baik sangat. Boleh lah macam tu ye ;p
Happy Annyversary Abang.
Hanya Abang yang tau sejauh mana kasih sayang kita.
Tak perlu diucapkan disini.
I Love You
Subscribe to:
Posts (Atom)