Friday, June 29, 2012

Jalepeno Cheese dari Mazira, Presint 2

dah lama dengar tentang Jalepeno Cheese ni.. alah, yang makan dengan wedges macam jual di KFC tu.. semalam baru lah beli weges tu masa kat Mydyn Presint 15, teringat kalau makan dengan Jalepeno Cheese tu mesti sedap kan.. cepat-cepat cari kat Google mana-mana person yang boleh hantar terus ke Wisma Tani ni.. jumpa di mudah.my, boleh COD di sekitar Putrajaya/Kajang/Bangi.. RM10 sahaja.. Nama tokey ni Mazira, dia di Presint 2 saja.. kita order sebungkus dulu.. kalau sedap, boleh order lagi.. 

Minggu depan Emi out station mungkin 3 minggu.. so, semalam dah beli siap-siap ikan, bahan masak lain untuk tempoh tu.. malas rasanya nak keluar kalau-kalau ter-lapar malam-malam nanti.. tu yang siap beli sosej, chicken fries, wedges.. boring la nanti.. tak ada kawan nak gaduh!! ngeh ngeh ngeh

Thursday, June 28, 2012

masak di rumah jimat? saya ada kiraannya


 Jom kita main kira-kira berapa kos makan di rumah dengan makan di luar..

Spageti Bolognese

  1. Tomato 1 biji
  2. Bawang Holland 1 biji
  3. Bawang putih 5 ulas
  4. Cili kering mesin 5 sudu 
  5.  Carrot 1 biji
... (jumlah 5 bahan ni RM1-2 je)

Tomato Puree 1 tin RM5
Spagheti 1/2 paket RM2.50
Cendawan butang 1 tin RM4
Daging cincang 1/2 paket RM2.50


... JUMLAH RM 16.00 +++ (sebab pakai minyak masak, garam, lada hitam)

dengan RM16 tu, dah dapat mengenyangkan kami untuk :-
  1. Breakfast saya dan Emi hari Ahad lepas
  2. Dinner Emi Isnin lepas (saya ke Ipoh)
  3. Breakfast saya dan Emi hari ini
  4. Lunch saya hari ini

if kami makan di luar, paling busuk kami akan habiskan :-
  1. Breakfast saya dan Emi hari Ahad lepas - RM12 (makan di kedai mamak)
  2. Dinner Emi Isnin lepas (saya ke Ipoh) - RM5 (nasi bungkus)
  3. Breakfast saya dan Emi hari ini - RM8
  4. Lunch saya hari ini - RM5
.. JUMLAH RM30!!!

terbukti masak di rumah menjimatkan!!!

nota : saya memang masak lebih hari ahad tu sebab ingat sepupu Emi nak datang rumah, rupanya tak jadi.. maka simpan buat stok saja lah dalam fridge tu..

Pengalaman dengan Shaklee : Part 2

Mari kita bersambung lagi ye.. so, lepas bersalin saya memang tak ambil jamu atau apa-apa supplement pun.. gila kentang kan.. so, masa tu tinggal dengan mak (saya PJJ dengan Emi) sampai lah umur Hasya dekat 9 bulan, baru dapat bertukar ke KL.. maka, bermula rutin saya menjaga Hasya, Emi dan rumah kami.. serius rasa nak menangis!!! dan memang menangis pun.. baju tak lipat saya menangis, anak menangis pun boleh buat saya menangis.. masa ni, baru tau Shaklee ada supplement untuk set BF sebab susu saya semakin merudum.. ye lah, walaupun makan memang saya jaga, terlebih apatah lagi tapi emosi saya tak keruan.. sentiasa stress.. dalam set BF tu, ada B-Complex dan ia amat membantu saya.. kalau tak makan, saya akan jadi cepat penat, bila penat ada je lah yang tak kena di mata, dihati.. jom tengok apa yang saya makan sepanjang tempoh penyusuan saya dengan Hasya.. walaupun saya tak consume dengan full set, ini dah dapat membantu saya.. 


 bila saya makan vit ni betul-betul ikut masanya, saya perasan Hasya jarang kena selesema.. tapi ia nampak tak berkesan pada saya sebab saya sering kena selesema.. tak tau lah kenapa.. tapi kulit cantik.. jerawat pun jarang tumbuh..

 mula-mula, saya tak beli pun Vita-Lea ni.. tapi, bila Hasya sering sakit saya ada baca yang kemungkinan dia kekurangan zat besi/iron.. dan bila saya ambil supplement ni, nampak dia jarang sakit.. tapi, masa tu umur dia dah setahun 2 bulan dan dah cucuk vaksin pneumococus tu.. jadi, persoalannya adakah Vita-Lea ini membantu? saya pun tak ada jawapannya.. ini semua ketentuan Allah.. hanya Dia yang mengetahui.. saya cuma dapat besyukur dan meneruskan sahaja..


terbaik!!! susu jadi pekat dan Hasya akan lena kalau saya ambil supplement ini (susu saya memang dari azali tak ada lah banyak mana, tapi bila susu pekat, ia membantu juga mengenyangkan si kecil tu).. 10 biji sehari.. apa nak cakap lagi.. telan saja!!!


terbaik juga!!! bila saya stop set BF, ini antara supplement yang akan saya teruskan.. tadi dah order kat Emi, minta belikan ESP dan Meal Shake (bahagi dua dengan adik - dia pun tengah mengandung, tak lalu makan.. jadi saya cadangkan ambil kedua-dua ini.. harganya boleh tahan.. ESP RM121 dan Milk Shake RM98).. sekarang memang tak ada rasa nak makan pagi pun.. malam nak diet tak nak makan apa.. harap-harap minum ESP dan Meal Shake boleh la membantu rasa kenyang tu.. elok juga beli, dah nak bulan puasa pun.. so, sahur boleh minum Meal Shake.. oh, tahun lepas ada juga beli Perfomanca Drink.. bagus, susu maintain je dan tak rasa penat..

Alhamdulillah, setakat ni saya masih dapat menyusukan Hasya.. seronok tengok dia kekenyangan bila bf waktu malam.. siang dia dah minum fresh milk.. sebab? saya dah tak mengepam waktu siang.. dan stok semua dah habis.. kenapa saya tak mengepam waktu siang? saya dalam proses nak berhentikan Hasya dari bf sebab sekarang saya dah tak tahan dengan 'gigitan' nya pada B saya.. sakit sangat.. luka sekeliling B tu.. bila saya mengepam, ia membuatkan luka-luka tu makin teruk.. dan saya dalam proses nak kuruskan badan.. sepanjang 10 bulan mengandung dan 1 tahun 10 bulan saya hanya tumpukn kepada Hasya, sampai badan saya semakin kembang.. sekarang adalah masanya saya menjaga penampilan di mata suami.. walaupun Emi tak kisah, saya tau jauh di lubuk hati seorang suami, inginkan isterinya cantik, langsing.. hahahahaha.. semacam je statement kan.. 

Saya juga bercadang nak mengandung kali kedua.. dah mencuba hampir 3 bulan, tapi belum ada rezeki.. mungkin sebab berat saya berlebihan siapa tahu kan.. saya memang nak sangat dapat mengandung sekarang.. pertama adalah bila saya berkira-kira, saya kena bersalin sebelum bulan 6 bagi memungkinkan saya untuk berpuasa penuh pada tahun hadapan... tak larat rasanya ganti puasa hampir 30 hari semasa bersalinkan Hasya.. kedua sebab saya dah nak sambung belajar September ini.. mungkin ambil masa 2 tahun.. dan saya target nak besarkan baby baru tu sampai umur dia setahun lebih baru hantar ke Taska.. Tuhan je tau betapa saya risau dan susah hati bila anak kecil yang tak tau apa-apa dihantar ke Taska.. dan untuk mengelakkan kes saya beri anak minum susu lembu awal dari 2 tahun, saya akan mula buat stok banyak-banyak.. jadi, bila saya mula nak stop mengepam awal, stok masih lagi ada.. masa tu, boleh la fikir nak ramping semula.. ye, ramping itu perlu dan saya memang tak gemar bertubuh besar!!!

tudung murah

tudung ni RM10 sahaja, beli di bazar jualan bawah MOA, dipadankan inner dari butik Arzu 3 helai RM50.. selesa sangat, tak panas.. makanya, yang murah tu kalau tak dicuba tak akan tau ia juga setanding tudung mahal.. cuma tak dapat dinafikan tudung Ariani memang terbaik untuk saya.. cuma, harganya itu membuatkan poket jadi kering! 

Tuesday, June 26, 2012

nak balik kl

selesai sesi audit!
nak balik kl, nak peluk cium anak kecil saya



samseng kg. dusun

tengah layan Bujang Lapok di tv2.. ada si Sarip Dol, Samseng Kg Dusun...
hahahaha.. teringat satu mamat yang tak patut dijadikan kawan pun, yang saya kenal semasa program mengenai water, melibatkan deligasi dari Asia Tenggara in 2007  yang mana kami as young engineer dilantik menjadi Liason Officer bersama bodyguard dari Bukit Aman.. haishhhhh, macam-macam cerita.. Farihah ingat lagi?

p/s: saya membantu Timbalan Menteri (berkaitan air)  dari Combodia.. sebelum pulang that very nice and soft spoken man beri saya 100 usd sebagai tanda terima kasih kerana membantu selama 3 hari beliau berada di Malaysia..

Monday, June 25, 2012

lapar seorang diri

menyesal tak ingat beli mi segera dalam cup tu..malas nak keluar sebab parking kat tingkat 2, lif kat situ sunyi dengan parking full, nanti keluar bila balik tak ada parking ksong.. kalau Emi ada, dah lama ajak pergi makan Mi Kicap Mat Jasak kat area Gerbang Malam tu.. nasib bawa biskut Jacobs Weethameal tu.. boleh la buat alas perut.. tahan je, kata nak diet tak makan malam kan.. esok bf, kaw-kaw kite melantak hokey.. apa pasal ntah,ntak selesa pula bantal hotel ni.. tadi Emi call, bagitau Hasya tak menangis pun, bila dia sebut ibu, Emi bagitau yang ibu work.. rupanya anak saya dah besar... saya yang tak sedar! dan dia berjaya tidur tanpa susahkan ayahnya.. anak ini buat saya bangga, nampak kecil tapi bagi saya, ini permulaannya!

rindu pada mereka

malam ni sorang-sorang lepak kat Tower Regency Hotel, Ipoh.. ada sesi audit di JPS Perak.. esok baru balik.. terasa rindu dalam hati.. pada Emi, pada Hasya.. 


Friday, June 22, 2012

Rain Water Harvesting di rumah anda

terjumpa satu kawasan yang baru dibangunkan, iaitu KEN Rimba berdekatan Seksyen 15, Shah Alam yang terdapat beberapa rekabentuk dan salah satu yang menarik, setiap unit rumah di KEN Rimba ini dilengkapi satu tangki yang berfungsi sebagai Rain Water Harvesting!!! MSMA sangat kan.. saya pun teringin nak buat macam ni.. :)

Anda keliru?

Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan - ramai yang keliru berkaitan kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan. Terdapat 2 perkara yang sering digunakan untuk menentukan kelayakan :
  1. Peraturan BPP : kelayakan pinjaman adalah berdasarkan kepada gaji pokok mengikut jadual seperti di dalam pekeliling dengan syarat potongan gaji tidak melebihi 60% daripada gaji pokok (tidak termasuk potongan lain) - yeay!!!! kalau masuk potongan kereta, pinjamna peribadi tak pasti boleh lulus!!
  2. Peraturan Jabatan : sesetengah jabatan mempunyai peraturan pentadbiran bagi menyokong sesuatu permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan. Peraturan yang sering digunapakai adalah jumlah potongan tidak boleh melebihi 60% daripada jumlah pendapatan (gaji pokok+elaun-elaun) termasuk potongan lain yang berada di dalam slip gaji. Oleh itu, pastikan dahulu sama ada jabatan saudara ada mengunapakai peraturan ini sebelum membeli rumah - Ketua Jabatan saya, saya mohon anda tidak strict seperti ini..!!

Thursday, June 21, 2012

sudah confirm!!

Macam-macam hal bila nak beli rumah ni.. masa ni mak, abah dan mertua banyak membantu dari segi kewangan.. bukan pinjam selamanya, bila duit dah release kat owner, boleh la bayar balik.. akhirnya, Allah perkenankan juga niat kami nak beli rumah.. hari ini, 21/6/2012 confirm kami beli rumah di Impian Murni, Saujana Impian, Kajang!! harga pun tak tinggi sangat.. reasonable dengan harga yang Bahagian Penialaian beri.. doa saya :-
  1. Agen tak tipu duit saya!!!
  2. Lawyer buat kerja cepat untuk uruskan S&P!!
Amin...

Wednesday, June 20, 2012

Wordless Wednesday #7



Dah lama tuan tanah tak letak muka sendiri!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, June 19, 2012

Nasi Arab Mr. Kabab, Presint 15


Lebih murah jika nak dibandingkan dengan HadraMawt, Saba, AlRawsya dan Sahara Tent!

Rasanya? Tetap tak kalah.. Untuk apa yang kami order,  Mehdi Rice with Grilled Chicken 2 set, Naan Cheese (kuahnya pakai kacang kuda.. sedap), Mango (super pekat) dan Orange Juice  semuanya RM40 (tak termasuk tax)!

Published with Blogger-droid v2.0.4

manja


nak atuk suap!

Published with Blogger-droid v2.0.4

dua pupu



macam terpaksa je kan rupanya

Published with Blogger-droid v2.0.4

cocoa collagen power plus

saya dah cuba minum untuk 9 sachet.. amat berkesan untuk pecah-pecah di tumit kaki!! sebelum ni, pakai lah apa pun, krim mahal, krim murah tak ada kesan pun.. 
cuma nak dapatkan feed back dari kawan-kawan semua.. ok ke teruskan? pernah ke dengar produk ni memberi kesan buruk untuk jangka masa panjang?
kalau nak tahu kelebihan produk ni, sila google sahaja.. ;)

Monday, June 18, 2012

harga rumah di Kajang dan Bangi (basic unit)

Harga rumah sekitar Saujana Impian dan Bandar Baru Bangi bagi rumah jenis sub-sale, basic unit dengan saiz 20 x 70

Penilain dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (di PKNS, Bangi) = RM250k - 270k
Penilaian dari bank (Maybank) = RM280k

Harga rumah dijual = RM300k - 320k !!

Agak melampau.. rumah yang dibina tahun 2000 dengan harga lebih kurang RM130k, melambung sehingga lebih RM200k hanya disebabkan permintaan yang tinggi!!!

p/s : adik-adik ku, semasa muda, beli lah rumah seawal mungkin..

Friday, June 15, 2012

Audit

25 & 26 ada Audit di JPS Perak
Agak-agak, sempat tak nak kurus "sikit" sebelum minggu depan tu ye?
tak best bila orang bagitau kita makin 'sihat' sejak tinggal di KL!!!

Emi ke Miri selama 3 minggu mula 25 Jun tu.. memang confirm lepak Perak seminggu lepas Audit..
lagi 2 minggu? huwaaaaa....

Tuesday, June 12, 2012

perancangan raya

letih fikir tentang rumah.. kita cerita tentang RAYA!!!

sejak ada keluarga dan lebih tepat sejak ada Hasya, saya memang shopping untuk raya sebelum Ramadhan.. okey juga sebab masa ni, Jun-Julai ada MegaSALE.. tak kuasa nak redah SOGO, Jusco semata-mata nak cari baju raya.. kebiasaannya, saya akan beli sehelai baju/kemeja/kasut untuk Abah, Ayah Mertua, Amad (adik lelaki saya), Mak dan Mak Mertua.. lepas tu cari juga baju untuk diri sendiri (selalunya ni yang paling last), Emi dan Hasya.. nak kena buat list lah.. semua ni nak kena beli masa gaji bulan Jun sebab nak tunggu gaji Julai, dah bulan puasa.. dan saya tak sanggup nak shopping masa tu.. nak beli makanan berbuka kat Bazar Ramadhan pun dah malas.. tambahan untuk tahun ini, nak beli barang buat kuih/kek raya!!! so, tahun ni saya cuma akan beli kerepek.kacang sahaja.. yang lain nak buat sendiri.. target nak buat kuih raya 4 jenis.. apa jenis kuih raya yang senang, dan konpem sedap ye.. kek pula nak buat sebiji (rainbow cake/carrot cake.. kalau malas, buat kek coklat kukus je lah) sebelum balik ke Pt Buntar.. nak bagi kat Mak Mertua.. tahun ni giliran saya balik ke rumah mak saya untuk raya pertama.. tapi pagi raya ketiga dah kena gerak balik ke Seremban.. saya sebenarnya lebih tak sabar nak tunggu Hari Raya Korban.. dah niat nak buat korban tahun ni.. kalau ada rezeki lebih, nak buat 2 bahagian.. kalau tak pun, satu bahagian pun memadai..

Friday, June 8, 2012

Pengalaman dengan Shaklee : Part 1

~ Nak cerita pengalaman diri sendiri sebagai pengguna Shaklee (on dan off) sejak tahun 2007) ~


 pertama kali saya mula makan supplement Shaklee, adalah untuk melancarkan sistem pelawasan saya (saya memang ada masalah untuk membuang air besar, sebab tu sebelum ni ambil Teh Orang Kampung, boleh kururs sekali).. masa tu Emi (agen Shaklee) cadangkan ambil Herb-Lax.. 

Tekstur : bila makan, ada rasa herba, rasa daun inai pun ada.. Emi bagitau memang salah satu bahan dalam ni adalah inai.. yerkkk, memang kembang tekak nak telan
Kesan : superb!!!! selesa betul bila membuang.. katanya menyah-toksin (detox) juga.. itu tak tau, yang pasti perut rasa ringan je lepas makan.. kesannya, makan malam, esok pagi jam 4-5 pagi akan rasa nak ke tandas.. pernah beli sebotol je masa tahun 2007..
Harga  : dalam RM 50 je kot.. tapi boleh tahan 3 bulan la juga.. saya makan bukan ikut arahan sangat pun sebab Emi selalu kata, ni adalah supplement, bukan ubat.. tapi, itu pun dah berkesan sangat kat saya..


ni Emi bagi free kat saya.. saya pun tak ingat kenapa dia bagi saya benda ni.. sebab saya kata nak kulit cantik kot.. bagus sebab non-GMO (saya pun tak tau GMO tu apa.. orang kata bagus minum soya yang tak ada GMO ni, saya pun ikut lah)

Tekstur : tak sedap!! saya bancuh macam tu je, tak campur apa-apa.. ada orang dia campur dengan fresh milk perisa strawberi/coklat
Kesan : boleh la.. masa tu nak bertunang/kawen.. rasa juga la muka tu cerah sikit, tak ada jerawat
Harga : dalam RM 100++ kot.. saya minum tak habis pun.. siap expired lagi, dalam tong tu ada 1/3 lagi.. memang rugi.. sekarang tak rasa nak beli pun sebab rasa dia memang tak boleh diterima tekak!!!



saya suka supplement ni!!! memang berkesan.. tak sampai satu botol, saya dah tak ada jerawat.. parut pun makin hilang.. tak perlu nak beli SKII (tak mampu) pun.. suka sangat-sangat!!!

Tekstur : tak ada rasa apa pun.. tapi katanya, kalau terpecah dalam mulut, pelik juga rasanya.. 
Kesan : superb!!!  saya makan masa nak kawen, pastu stop bila dah habis sebotol.. sepanjang mengandung, dan lepas bersalin memang tak ada jerawat pun kat muka.. kalau ada pun, yang kecil-kecil je itupun sebab tak cuci mekap sebelum tido.. sekarang ni dah mula naik semula jerawat, saya dah start makan semula sejak tahun lepas.. so, total saya dah pernah beli 2 botol
Harga : RM150 kot.. tapi, boleh tahan 4 bulan sebab sebotol ada 120 kapsul, sehari makan sebiji je



 ini botol kedua saya beli.. boleh lah.. nak kata berkesan sagat tu, tengok lah pada 'hasil'  masa membuang air besar.. Lecithin ni menghalang lemak-lemak dari makanan melekat kat sistem usus/perut kita.. so, lemak-lemak lama tu memang tak boleh buat apa lah kan..

Tekstur : sama macam Vit E.. tak ada rasa apa.. 
Kesan : tak boleh nak cakap banyak.. sebab kesan dia kita tak nampak sangat.. tapi, saya percaya kat produk ni untuk menghalang dari lemak-lemak baru bergabung dengan lemak-lemak lama dalam bbadan saya tu.. sehari makan 6 biji.. 3 biji lepas lunch, 3 biji lepas dinner
Harga : dalam RM70 kot.. saya lupa lah harga sebenar.. maybe boleh tanya pada agen Shaklee..



ini adalah pengalaman sebenar saya.. saya bukan pakar, keberkesanan mungkin dipengaruhi oleh faktor diri seseorang dan ke-konsitenan untuk makan semua supplement ni.. kalau buat betul-betul, satu hari jumlah yang saya kena makan termasuk Set BF (akan diceritakan pada next entry)  adalah 25 biji!!!banyak giler!!!

Thursday, June 7, 2012

idea memasak tenggelam-timbul!!

Saya ni kadang-kadang bila nak memasak untuk Hasya, idea bertimbun-timbun, kadang-kadang terus zero sampai kena juga buka blog mommies yang lain.. macam hari ni, dah plan nak masak apa untuk Hasya esok.. plan nak buat ikan masak kurma, tapi bila terbaca entry satu mummy ni buat daging masak singgang, mcm berkenan pula kan.. disebabkan menu utama esok adalah Nasi Butter, maka tak match pula nak makan dengan daging masak singang kan.. sekarang lagi lah, saya dah niat nak bawakan Hasya makanan untuk minum petang.. ye lah, lama dia nak tunggu saya datang ambil petang tu sebab sekarang keluar pejabat jam 5.30 petang, dalam 6.30 petang baru sampai.. nanti lapar pula dia.. so, start awal bulan lepas saya dah mula bekalkan muntuk minum petang.. (nanti-nanti saya upload gambar macam mana saya prepare untuk bekal Hasya ke Taska).. saya pernah bekalkan roti, muffin, dan karipap - yang ini semua beli ya.. jadi, rasa nak jadi ibu yang lebih bertanggungjawab, saya pun mula mencari resepi untuk dibekalkan.. semalam first day saya buat Kek Coklat Kukus untuk saya bekalkan kepada Hasya.. hari ni pula bekalkan Butter Puff.. senang rasa hati.. esok ingat nak bekalkan Donut Labu.. bahan semua dah ada.. tinggal nak buat je.. antara resipi minum petang yang saya rasa saya sanggup nak buat sendiri ialah mash potato, chicken pie, makaroni bakar, dan makanan berasaskan roti macam roti telur, roti sapu jem/kaya.. saya masih belum mampu nak buat roti sendiri, jem/kaya sendiri.. nanti lah, bila dah cukup ilmu dan kerajinan saya berkali ganda nanti boleh lah saya buat semua tu.. harap-harap kesedaran yang saya pupuk sedari awal ini akan memberi kesihatan yang baik kepada anak saya, InsyaAllah

keluarga Abah saya

 Dari kiri : Ateh, Pakcik, Pak Ngah Pahang, Pak su (Abah saya) Angah 
bersama pasangan pengantin (anak buah mereka)
*mereka enam beradik, ini anak buah dari abang yang sulung (Pak  Long) dah meninggal dunia

Dari kiri : Makcik (isteri Pakcik), Mak Su (Mak saya) dan Mak Ngah Pahang (isteri Pak Ngah Pahang)
* Ateh dan Angah sudah kematian suami

Monday, June 4, 2012

Pendapatan Rakyat Malaysia Mesti RM12,000 Sebulan Untuk Beli Rumah Teres Pada Tahun 2020!!


tak percaya?? cuba baca ini..Klik SINI..

saya marah, tapi tetap disayangi

peminat setia blog saya ni tentulah suami saya yang saya sayang sangat-sangat tu.. setiap kali saya cuba berazam dengan mencatitkan sesuatu pada blog, tak pernah dia nak cuba perlekehkan niat saya tu.. atau kalau saya 'gagal' nak buat apa yang saya azamkan tu, tak pernah dia nak ungkit balik.. baru hari ni saya perasan yang suami saya tu adalah seorang yang amat baik.. selalu dia kena marah dengan saya.. sidai kain lambat pun boleh jadi topik saya muncungkan muka.. 2 malam sudah, Hasya asyik terbangun je, actualy dah lebih seminggu dia macam tu.. agaknya dia tak puas menyusu kot sebab susu saya makin berkurangan.. jadinya, malam tu maksima sudah kesabaran saya tambahan nipple saya amat sakit, sebab dah luka jadinya saya refuse untuk bagi Hasya menyusu dan sudahnya dia merengek-rengek.. dalam pada saya marah-marah tu, saya suruh dia tidur je.. terus dia tidur atas badan saya!!! tengok, walaupun saya marah, membebel dua orang ni tak pernah marahkan saya semula!! entah lah, mungkin saya stress, penat menguruskan mereka dan rumah dan diri sendiri.. tapi, tidaklah hari-hari saya begini.. dalam satu bulan tu, adalah satu-dua hari.. maybe sebab nak datang bulan, mood jadi tak menentu.. kesabaran tak boleh nak kawal.. otak dah tak boleh berfikir waras..

pemilihan rumah buat kepala jadi pening


cakap dengan Emi.. nak beli rumah!! ewahhh, macam nak beli baju kat AEON tu je kan.. tapi, tak kira.. jadi, 1st step kira dulu duit nak bayar bulan-bulan.. takut tak mampu pula kan.. bila dah setel, start cari rumah.. ada pilihan :-
  • rumah baru / sub sale
  • single storey / double storey (2.5 atau 3 storey memang tak nak!!! saya adalah seorang yang pemalas, konpem tingkat yang banyak buat saya tak sempat nak berkemas)
  • corner / end / intermediate lot
lokasi memang dah tetap, nak beli sama ada di Balakong / Bangi / Kajang.. dalam pada tu, tengok juga di Semenyih dan semalam lepas round di sana, memang rasa tak nak lah beli rumah kawasan Semenyih.. tak familiar.. harga rumah pun lebih kurang sama dengan kat Kajang.. rumah single storey semi-d kat sana pun dah RM400k!! memang merapik betul harga rumah sekarang.. hati berkenan nak tinggal di Bangi tapi faham-faham saja lah kan, mana ada rumah di Bangi bawah RM400k pun, ini kan nak cari yang bawah RM300k..

maka, setelah seharian membuat tinjauan di mudah.my, iproperty.com, HomeGuru.com dan propwall.com.. adalah dalam 5-6 rumah yang menarik perhatian.. cadangan awal pilihan rumah kami single storey corner lot tapi memang susah nak cari area Kajang rumah macam ni.. saya nak kawasan rumah baru, at least yang dah develope 5-6 tahun sebab pada pandangan saya, kalau kawasan tu lama sangat, kawasan sekitarnya tidak menyenangkan.. saya mungkin boleh terima tapi Emi, dan keluarga kami tidak.. kita hidup berkeluarga, jadi yang mana boleh kita ikutkan sahaja.. ada juga baiknya ikut pandangan orang sebab pandangan kita ni tak sentiasanya betul.. jadi, berkemungkinan kami mengambil rumah sub sale (yang baru harganya tak mampu nak beli kat kawasan ini), double storey.. dan amat bersyukur kalau dapat corner lot atau end lot.. berbincang dengan Emi, kita jadikan rumah ni investment, 10-15 tahun lagi kita jual dan beli rumah idaman!!!