Tuesday, January 31, 2012

tak puas hati

kadang-kadang orang tu bercakap, tak pernah fikir apa yang dia cakap tu menyentuh hati sesiapa.. tak pasti apa yang sebenarnya dimaksudkan..

Situasi 1

Orang Itu :  Eh, kenapa sambung belajar tak minta oversea?
Saya :  Saya tak bersedia - mental, kewangan dan tak sempat nak ambil exam IELTS pun.. lagipun memang dah niat, untuk Master, saya nak belajar secara santai tetapi SCORE.. hihihi
Orang Itu :  Ooooo.. Saya dah ambil Master, sekarang tengah otw ambil PhD.. tapi buat part time saja.. tak main la sponsor GOMEN ni..
Saya :  gtg.. nak ke toilet

* apa maksud dia? saya tak cukup duit nak belajar pakai duit sendiri ke? atau, dia dah kaya sangat sampai boleh sambung belajar tak mengharapkan duit orang lain? kat rumah ada maid, suami kerja bawa gaji ribu riban, boleh la kan cakap macam tu
* mode : sakit hati!!!

update Menu Hasya - Nasi ayam.. yummyyyy

Wednesday, January 25, 2012

makin malas

Gambar kat Kuching masih berada dalam kamera Emi.. hari ni cuma update menu Hasya sahaja ye.. makin hari makin simple n3 dalam blog ni.. ye, kena mengakui, kemalasan sedang melanda.. tambahan pula hidung asyik berair sahaja!!

Breakfast - Pasta (kosong sahaja, Hasya tak minat makan dengan sup.. dengan cheese okey tapi kalau ksosng lagi laju dia makan)

Lunch - Sup Ikan Kerisi (dia sedang kemaruk dengan sup ikan!! so, dalam fridge ada ikan ni sahaja, sedap juga kan)

Friday, January 13, 2012

Teaser : Family Holiday

yeayyy!!! hujung minggu nak berjalan-jalan dengan Emi dan si tecik ke...

..

..

..

..


..


..


..


..


..


..

..

..

..


..


..


..


..


..

..

..

..

..


..


..


..


..


..
Kuching, Sarawak !!!
1st time Hasya nak naik flight.. harap-harap semuanya berjalan dengan lancar

update menu Hasya
Breakfast - Nasi Bubur Labu
Lunnch - Ikan Tenggiri Masak Singgang.. saya tambahkan Bayam Merah juga

nota : tiket hasya RM100, kami semua dalam RM90 sahaja pergi dan balik.. budak kecik (0-24 bulan) memang fix harga tiketnya even kita yang dewasa ni tiketnya sentiasa ada diskaun


Thursday, January 12, 2012

Wordless Wednesday #5

Anak ayah !!! 

Update Menu Hasya 
Breakfast - Mashed Potato makan nye separuh je
Lunch - Sup Telur sehingga menjilat pinggan.. well done anak ibu!!!

Wednesday, January 11, 2012

jaga pemakanan kita

hari ini adalah hari "makanan tak berkhasiat"!! sebab? breakfast dengan air manis, lunch makan nasi, ayam goreng tanpa ada ulam/sayuran dan beli buah mangga letak asam!! biasanya makan pagi mesti dengan air suam, lunch kena ada sayuran dan tak ambil lauk bergoreng dan bila beli buah tak letak sebarang asam/kuah rojak pun.. dan disambung dengan Twisties sebagai kudapan.. kalau ini lah makanan kita sepanjang hari, memang cepat lah kita 'pergi' disebabkan penyakit kan.. memang lah kalau ajal dah sampai, tak boleh nak tepis tapi tak salah kita jaga pemakanan kita daripada menanggung sakit sebelum tibanya ajal..

update menu si tecik :

Breakfast : Mihun Goreng 3 Warna (masak bersama ikan bilis ditumbuk, sos tomato, puree bayam dan puree carrot.. jadi lah warna merah, hijau dan oren..hi3) dia tak nak makan!!!! saya baru perasan, kalau ada ikan bilis, memang selera dia lari.. lepas ni nak cuba letak daging ngn ayam la pula..

tu je sebab Emi dan Hasya balik Seremban, bawa Ayah Mertua pergi check-up.. so, Hasya makan kat sana je nanti.. mengantuk pula lepas makan ni.. jom Zzzzzzzz sekejap..

Tuesday, January 10, 2012

tak ada cerita

tak ada cerita, cuma nak update menu si tecik

Breakfast : Mac, Cheese and Pump - pagi lagi si tecik minta mamam.. suapkan Mac, cheese and Pump ni, laju je dia buka mulut, tapi bila kat Taska dia tak nak pula.. alahii sitecik


Bahan-bahan

Segenggam mini makaroni (kecil-kecil je saiznya, so tak payah nak dipotong)
2 potong pumpkin (labu)
1 keping KRAFT ceddar cheese
susu segar
2 ulas bawang putih dipotong dadu
2-3 ketul isi ayam yang telah direbus, dicarik-carik
stok ayam (baru buat malam tadi.. dapatlah 5 kiub)

Cara memasak

  1. Rebus makaroni dan labu
  2. Labu dilenyek-lenyek selepas empuk
  3. Panaskan minyak
  4. Tumis bawang putih hingga naik bau (jangan sampai garing, nanti ada rasa tak sedap)
  5. Masukkan susu segar, cheese dan labu
  6. Kacau biar sebati
  7. Masukkan makaroni
  8. Siap

Lunch : Sup Ayam Vege + Bubur Nasi Puree Seleri cikgu si tecik kata semua licin.. lama anak ibu tak makan bubur ye, sekali dapat, makan bersungguh-sungguh


Bahan-bahan untuk Sup Ayam Vege

Stok ayam
1 cawan air
3 ulas bawang merah - dimayang halus
1 ulas bawang putih
1 batang seleri - dipotong kecil
1/2 batang carrot - dopotong kecil
sedikit brokoli

Cara memasak

  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih
  2. Masukkan stok ayam, dan air
  3. Masukkan sayuran carrot, seleri dan bila kedua-duanya dah lembut baru masukkan brokoli
  4. Sedikit garam (saya masukkan sedikit sahaja, sebagai perisa)
  5. Siap
Bahan-bahan untuk Bubur Nasi Puree Seleri

1/2 cawan beras
puree seleri

Cara memasak

  1. Masak beras dengan air 1/2 periuk
  2. Bila nasi dah mula kembang, masukkan 2 kiub puree seleri
  3. Siap

semalam, masa ambil Hasya kat Taska, cikgu bagitau dia tak nak makan.. asyik minum air dan makan biskut je.. balik tu, saya asakkan bubur nasi dengan puree saleri.. berselera dia makan.. mungkin hilang selera sebab kena chery bery cuti lepas.. sebab tu, hari ni saya bekalkan lagi nasi bubur puree saleri.. harap-harap, berselera lah dia makan

Ya Allah, Kau kuatkan la hati ku, semangatku dan berikan aku kesihatan agar dapat memberi yang terbaik buat amanah-Mu ini.. AMIN

Monday, January 9, 2012

gambar di blog = gambar di fb??

 saya geram budak tecik ini!!!

maaf lah kalau gambar yang dilihat adalah sama dengan gambar dari fb.. sekarang, saya cukup malas nak transfer gambar dari kamera/hp saya ke PC

dia cery bery pula

update laju-laju.. nak siapkan semua kerja sebelum bercuti hujung minggu ke bumi kenyalang!!!

hari ni masakkan si tecik untuk breakfast Nasi Goreng Ikan Bilis Kicap, lunch Ikan Tenggiri Goreng Mentega dan bayam Merah Masak Air - nama masakan semakin hari semakin sempoi.. resepi?? tak payah lah kan, pejam mata pun ibu-ibu kat luar tu mesti boleh buat.. si tecik kena cery berry ms cuti lepas.. agaknya sebab saya yang sengal ni selamba bagi dia minum Air Sirap Limau + Ice Lemon Tea!!!! hamik ko!!! sikit punya jaga lah makanan budak tu.. bila ke rumah orang je, hancur semua.. leceh kan, dah dihidangkan, dah dia nampak, memang harus meraung lah kalau tak bagi kan.. part ke rumah orang agak payah sikit nak control makan si tecik.. mana yang boleh di tepis, tepis lah siki-sikit.. yang terlepas tu, redha je lah.. bila dah sakit, pun kena redha lah juga kan.. bawa jumpa doktor, doktor suruh monitor sebab Hasya aktif, dan cery bery hanya 3 kali sehari.. kalau nampak lemah, atau lebih 5 kali baru bawa ke hospital.. dah pesan kat Taska, kalau Hasya cery bery / muntah bagi dia minum ORS yang saya bekalkan tu.. tak sabar nak balik rumah, peluk si tecik tu.. sekarang dah pandai sebut "akit" (sakit).. sikit-sikit "akit", kejap-kejap "akit".. dan sekarang, minat main dengan screw driver!!! pandai pula pergi cari lubang skru kat mana-mana barang yang ada skru tu.. tengah fikir, aci tak belikan dia set toolbox ek???

Thursday, January 5, 2012

kami telah diserang di Bukit Pelanduk !!

Pagi tadi terjaga jam 6.05 am.. ni semua gara-gara layan Dil To Pagal Hai di TV2.. 1.30 baru masuk bilik, tapi ntah jam berapa baru nak lelap.. bila dah langkau waktu tidur jam 12.00 malam, memang macam ni lah jadinya.. terkoch-kocoh siapkan bekal Hasya.. since nasi Hasya makan yang Taska punya, saya masak kan lauk nya sahaja.. lepas tu si tecik tu bangun tengok ibu nya tak ada depan mata, menangis kuat-kuat.. Emi pujuk memang tak jalan.. akhirnya, si tecik teman ibu kat dapur memasak.. dah besar, perangai melalak tu kalau saya tak ada depan mata tetap tak boleh nak ubah.. kalau kat ayahnya memang tak nak.. time nak berjalan keluar baru dicarinya ayah dia.. 

Pergi tengok projek PFA (Pig Farm Area) bersama group Veteriner di Bukit Pelanduk pagi tadi.. satu pengalaman baru.. tapi harapnya saya tak involve dalam projek ini (pembinaan brick walll sepanjang 8 km) sebab rasa tak selesa.. cuma tolong gantikan kawan (non-muslim) yang tak sihat.. Kerajaan Negeri dah develope satu area lebih kurang 300 ekar utk ternakan b*b* secara berkelompok dan usahasama dengan Pemaju.. means, Kerajaan Negeri Sembilan sediakan tapak, Pemaju sediakan facilities, dan jual lot-lot/kandang kepada orang awam yang berminat.. lebih tersusun, lebih mudah dipantau dengan cara begini.. kawasan ternakan b*b* di tempat bersebelahan yang telah lama ditutup sejak wabak JE satu masa dulu juga dilawat sebab ada permohonna untuk dimajukan bersama tapi perlu dikaji disebabkan kemungkinan tiada ruang untuk buffer zone (100 kaki) dan agak sukar untuk dimajukan secara tersusun.. beberapa penduduk cina disitu amat marah bila kami (7 kereta semuanya yang ada logo Jabatan Kerajaan) masuk ke kawasan mereka.. siap masa nak keluar, meraka berhentikan salah satu kereta sambil pegang kayu.. lepas diterangkan tujuan kami masuk hanya untuk menijau tapak ternakan lama, baru keadaan menjadi reda.. rupanya, pegawai Veterinar N9 maklumkan, ada penduduk yang menjalankan aktiviti penyembelihan b*b* secara haram.. ini yang susah untuk dipantau, kebersihan dan keselamatan penduduk sekiranya berlaku wabak JE sekali akan terjejas dan terancam.. pendapat saya, ada sebab mengapa pihak kerajaan BANYAK menetapkan syarat-syarat kepada apa jua jenis pembangunna/aktiviti.. bukan hak kita untuk melakukam apa saja walaupun di atas tanah persendirian..

penat tapi mendapat ilmu dan kenalan baru.. rasa best!!!

jom, tengok menu si tecik hari ini

Breakfast - Roti  Mentega - menjadi!!!

Bahan-bahan :

2 keping roti gardenia
Mentega.. saya pakai jenis Planta

Cara memasak :
  1. Sapu Planta atas roti
  2. Panaskan non-stick pan
  3. Letakkan roti atas pan dan masak sehingga garin dikedua-dua belah
  4. Angkat dan ptong 4
  5. Siap
Lunch - Ikan Bawal Masak Sweet Sour - menjadi!!!

Bahan-bahan :

1/2 ekor bawal putih (saya tak tau mana yang sedap, hitam atau yang putih.. tapi tengok yang bawal hitam macam scary je nak siang, saya ambil bawal putih saja)
3ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang celeri
sos tomato
sos tiram
kicap manis
sedikit gula

Cara memasak :
  1. Goreng ikan bawal sehingga garin, dah masak ketepikan
  2. Gunakan kuali lain, tumis bawang merah dan bawang putih
  3. Dah layu, masukkan air (supaya tak hangit)
  4. Masukkan sos tomato, sedikit sos tiram dan kicap manis serta sedikit gula
  5. Masak sebentar
  6. Masukkan celeri yang telah dipotong
  7. Bila celeri dah lembut, angkat dan tuang ke atas ikan bawal yang telah digoreng
  8. Siap
Kudapan - Biskut Cream Cracker dan cereal (cornflakes)

1st time bagi Hasya makan ikan bawal.. harap-harap dia suka.. petang ni ada appointment dengan dermatologist Klinik  An-Nur, Bangi..  Kat kulit paha dan perut Hasya macam ada fungus infection.. makin lama, makn besar dan nasib baik tak gatal cuma klit jadi tak cantik sebab ada tompok-tompok hitam.. susah nak dapat appointment dengan pakar ni.. kejap cuti, kejap lagi cuti lagi.. waktu operasi pun 6 petang - 8 malam sahaja.. Sabtu dan Ahad tutup..



Wednesday, January 4, 2012

sedap tak Hasya tomyam tu?

Menu breakfast Hasya :
Spagheti Goreng Ayam Vege - 1 budak makan ye.. dia makan sampai licin


Bahan-bahan :
10 helai spagheti dipatah 3 - direbus hingga lembut
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
3-4 ketul isi ayam
bronkoli
lobak merah dipotong dadu
* boleh tambah sayuran lain, ni je yang ada dalam peti sejuk

Cara memasak :
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau
  2. Masukkan ayam, masak hingga separuh masak
  3. Masukkan sedikit stok ayam/air
  4. Masukkan sayuran
  5. Akhir sekali, masukkan spagheti 
  6. Taburkan sedikit oregano dan lada hitam untuk menambahkan rasa
  7. Siap

Menu lunch Hasya :
Tomyam Putih Ikan Tenggiri - 1 budak makan  ikan dan kuah dimakan, sayurnya tak nak.. nampaknya lain kali saya nak kena blend juga sayuran ni


Bahan-bahan :
2-3 ulas bawang merah
1/4 bawang besar
1 cm halia - diketuk
1 cm lengkuas - diketuk
2 batang serai - diketuk/titik
2 helai daun limau purut
sayuran - lobak merah, celeri, kobis bunga
sedikit serbuk Tomyam Putih Adabi
1 potong ikan tenggiri dibuang tulang

Cara memasak :
  1. Masukkan semua bahan dalam periuk
  2. Masukan air separuh periuk
  3. Tunggu hingga mendidih
  4. Masukan ikan tenggiri
  5. Rebus sehingga ikan benar-benar masak
  6. Siap
Kudapan :
Biskut Cream Cracker
Kellogs Pop Choc (cereal)
1/2 biji pisang

nota : memang tak sempat lah kalau nak ada gambar memasak ye.. tomyam tu 1st time buat, harap licin lah Hasya makan sebab saya yang memasak pun tergoda dengan baunya pagi tadi

Tuesday, January 3, 2012

2 azam untuk 2012


yeeehaaaa... dah masuk tahun 2012 bagi hari ke-3.. mood macam sama je cuma dalam kepala ni tengah fikir apa azam nak buat utk 2012 ni.. jom try list, relevan ke tidak nanti kita re-check :
  1. nak lebih jaga diri - tak nak culas makan supplement, nak try makan jamu w/pun still bf Hasya.. try dulu tengok ada effect apa-apa tak kat si tecik tu.. nak lebih rajin jaga kecantikan diri, walau pun tak cantik mana diri ni, tapi yang penting kulit kena mulus-mulus je dari kepala sampai ke kaki.. nak buat treatment rambut dan make sure rambut dah tak ada putus-putus/rambut nipis
  2. nak lebih komited dengan kerja - no more Alamanda dan sewaktu dengan nya before waktu break dan balik awal ke pejabat waktu break Jumaat.. lebih kan datang kerja dari ambil EL.. 
cukup lah dua ni.. yang lain seperti biasa untuk sepanjang hidup ialah nak hormat suami, tak nak marah anak, tak nak hasad dengki, dan lebih berjimat-cermat

menu hasya untuk hari ini :
  • breakfast - mee hun goreng kedai-made (ibu tak sempat nak buat)
  • lunch - nasi putih + sup ikan tenggiri dengan lobak merah (Hasya dah ada satu gigi geraham sebelah kanan.. dah seminggu lebih kot ada tapi baru perasan semalam)
  • kudapan - biskut cream cracker

outdoor photoshoot at Jonker Walk, Melaka
Azie & Nirwan wedding 
1 Januari 2012