tak kira.. Wordless Wednesday tapi nak juga ber-Wordssssssss juga.. (apa punya bahasa lah)
zaman sekarang zaman Facebook, selain dari menghubungkan yang jauh, menyambung semula yang terputus hubungan FB juga tempat kita berkongsi ilmu, informasi dan juga pandangan dengan rakan-rakan.. tapi, akhir-akhir ini terlalu banyak perkongsian yang tidak dinilai dan ditapis terlebih dahulu sebelum menekan butang FORWARD atau SHARE sedangkan rata-rata sahabat saya di dalam FB adalah 'keluaran' Universiti malahan ada yang telah melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di mana seharusnya bacaan yang dibaca, dianalisa dengan hati, dengan minda yang tenang, yang telus, dan yang LOGIK sebelum membuat keputusan untuk mengajak rakan-rakan yang lain bersama-sama untuk membaca sekaligus berkemungkinan besar akan menjadi pedoman, pegangan dalam menjalani kehidupan seharian..
mungkin sikap kita yang terlalu ingin berkongsi segala-galanya sehingga mengambil jalan mudah menyebarkan semuanya sehingga sering kali kita baca ia adalah berita yang telah LAPUK (zaman friendster dulu dah forward, sekarang dalam fb pun nak forward juga??) dan kemungkinan ia adalah agenda parti politik (parti politik ni semuanya sama, strategi yang sama kalau kita perasan) meracun fikiran sehingga walau apa yang ditulis itu tidak dapat diterima akal sama sekali.
sebagai contoh, status HALAL pada sesetengah makanan.. ya, memang bagus dan terima kasih atas kesudian berkongsi maklumat penting tapi, adakah kita pasti yang berita tersebut di tahun 2010? 2011? atau berita tersebut pada tahun 2002?? sedangkan syarikat tersebut bersungguh-sungguh berusaha untuk mendapatkan kelulusan HALAL dari JAKIM selepas 2002 itu.. nasihat saya, selidik lah dahulu sebelum menyebarkan berita-berita sebegini.. ia lebih membuatkan ramai berasa was-was..
tambahan cerita-cerita yang menghentam kerajaan, tak kira lah kerajaan di Selangor atau di Perak.. di Negeri Sembilan ataupun di Pulau Pinang.. sekiranya marah sangat pun dengan kumpulan kerajaan yang tidak digemari tersebut, jangan lah sampai mengeluarkan kata-kata kurang enak, kata-kata yang mencerminkan kedangkalan kita.. ibu bapa kita sedaya upaya membentuk kita supaya menjadi insan yang berbudi bahasa.. bukan setakat dengan orang tua, tetapi dengan masyarakat.. FB adalah ruang masyarakat yang berteknologi tinggi, jagalah tatasusila 'pertuturan' apabila menggunakan FB.. saya cukup tak gemar rakan-rakan saya (of course yang menjadi friend saya di dalam fb adalah rakan-rakan saya) mencaci, mengeluarkan kata-kata kesat (walaupun bukan ditujukan untuk saya) menghentam antara satu sama lain di dalam fb.. mungkin ada yang berkata, itu adalah hak semua orang untuk luahkan apa yang dirasa tapi lakukan lah dengan cara yang lebih baik, lebih santun dan lebih berTANGGUNG JAWAB..
nota : sekiranya ada yang tersinggung, atau memang dah sifat semulajadi mereka begitu, sila lah un-friend kan saya.. saya rela dan redha.. sebab saya memang tak minat nak baca status anda yang sungguh tak sedap dibaca itu!!!
No comments:
Post a Comment