Kembali ke Pejabat seperti biasa.. Alhamdulillah, selesai sudah Technical Attachment di ZHL Engineers selama 6 bulan.. sekarang, masa untuk menyiapkan Lapoaran untuk dihantar ke BPMI, JPS Malaysia.. kalau saya tak bertukar ke MOA, sekarang ni saya dah kembali semula ke JPS Kerian, tinggalkan semula Emi di sini.. Alhamdulillah sekali lagi.. kepada kawan-kawan yang sedang melalui hidup suami isteri secara PJJ ni, tabah lah.. menangis, sedih, pilu, RINDU, rasa kesorangan adalah WAJIB dirasai dan dilalui.. SABAR dan TABAH.. itu sahaja kunci nya..
Masa Hari Raya Aidiladha lepas, saya komited menyiapkan kek yang sedap2.. saya buat Non-Bake Orea Cheese Cake, Carrot Cake dan Chocolate Triffle.. memang sedap, memang lazat.. menjerit keriangan lah lemak-lemak dalam badan ni bila semua resepi kek tu menggunakan Cream Cheese dan Whippping Cream..
Rasa macam nak share resepi Chocolate Triffle lah kat sini.. cubalah, especially part choc pudding tu.. makan macam tu saja pun sedap, bagi anak2 makan confirm licin..
Chocolate Triffle
Layer 1 - saya gunakan coklat kek.. hancurkan kek tu, lepas tu, padatkan kat dalam bekas.. (nak senang, beli je kek span, tapi saya gunakan Resepi kat sini untuk buat kek tu..
Layer 2 - Choc Pudding
Bahan-bahannya :-
- 1/4 cawan gula
- 1/4 cawan serbuk coklat
- 2 sudu kecil tepung jagung
- sedikit garam
- 2 cawan susu segar (saya guna susu coklat, lagi sedap)
- 1 biji telur
- 4 oz coklat cip
- Pukul gula, koko serbuk, tepung jagung dan garam.
- Pukul bersama susu segar
- Masak atas api perlahan (kena pastikan betul-betul tepung jagung sebati, sebab nanti bila panaskan akan jadi berketul-ketul.. dan jangan tinggalkan, kena selalu kacau) - Adunan A
- Pada masa yang sama, pukul telur dalam bekas lain
- Bila Adunan A dah pekat, tutup api dan masukkan dalam bekas yang dah dipukul telur
- Siap
lihat link ni kalau nak lebih jelas cara buat Choc Pudding ni..
Layer 3 - Whipping Cream
Pukul whipping cream sampai naik kembang.. lepas tumasukkan dalam piping bag, dan pipe kan sesuka hati.. lagi tebal, lagi sedap.. yummyyyy.. tabur coklat cip untuk menambah kelazatan..
Masukkan dalam fridge dulu, dalam sejam, keluarkan baru makan..
sedap sangat tau..
nota :
Triffle ni anak buah Emi buat untuk bagi kat tetamu masa Majlis Bertunang.. whipping cream tu sangat lah tahan, tak cair pun.. guna brand VIVO (sangat sedap, tak perlu nak tambah bahan lain), sekotak RM11.. tapi kalu cari kat kedai yang jual bahan buat kek, rasanya RM10 je..
5 comments:
Sedapnye... Nak.....
Abesla ko Reza, mak buyung request ni...... huhu
wah mcm sedap jer.. harus cuba..
alahai.. aku nih peralatan membakingnye tak de.. ms ni wat kat kg.. nti aku pk baek punya mn nak carik menda tu sume
farihah - sedap sgt
reza, apa makna ipoh chicken hor fun tu?
cer akak tgk first n3 sy in 2008.. hi3
dapat tak jawapannya??
Post a Comment