Tuesday, November 29, 2011

sayang anak tinggal-tinggalkan, sayang suami pun tinggal-tinggalkan

setelah bercuti hampir semingggu (MC + tak sihat; malas nak ke klinik + cuti Awal Muharam) dan bersama si kecik tu, hari ni ke tempat kerja dengan hati yang sayu sangat.. Hasya langsung tak menangis bila dihantar ke Taska.. macam dah faham je memang ibu dan ayah kena pergi kerja hari ni.. padahal, kalau kat rumah mana boleh saya bergerak sikit jauh dari dia.. memang meraung.. sekarang lagi pandai.. dah mula pegang kaki kita, nak berjalan pun susah.. dah besar rasanya dia ni.. nasi pun dah tak nak yang lembik-lembik sangat.. dah pandai sebut nak minum, nak mamam, bila poo poo dah pandai tepuk montot dan terus ke bilik air tunggu ibu datang bersihkan.. minum pun dah pandai guna botol.. main togok je sekarang.. tidur pun dah 2-3 malam tak nak ber-nenen.. tidur sendiri je.. tengok memang kesian masa dia nak cari mood tido.. menonggeng lah, ke kanan, ke kiri.. tapi akhirnya tidur juga..

hari Khamis ni nak balik Perak.. rasa rindu pula kat mak dan abah.. Emi tak ikut sebab dia kerja.. saya balik berdua dengan Hasya naik keretapi.. ambil tempat tidur.. Isnin malam Selasa baru balik KL.. hajat hati memang nak berlama-lama kat kampung sebab cuti pun banyak lagi tapi kesian pula kat Emi sorang-sorang.. cukup lah 4 hari kat sana.. bulan depan boleh balik lagi..

Sakit kali ni memang perit.. batuk dan diikuti dengan demam, perut meloya, sakit tekak dan lidah + lelangit memang tak rasa apa pun bila makan.. Emi belikan popcorn Garrett pun tak terasa kesedapannya macam yang semua orang dok kata.. rasa rugi betul.. simpan separuh dalam bekas dengan harapan bila dah sihat nak menikmati tapi dah tak fresh, ada yang lemau tapi msih sedap, atau boleh lah.. errr, saya masih tak tau kat mana sedapnya popcorn yang agak mahal dari biasa ni.. sama seperti saya tak tau nak nilai kesedapan macaroon dan red velvet cake juga pavlova.. hahahahahaha.. tekak melayu kot.. atau tak beli kat tempat yang jual semua tu yang betul-betul sedap ;)

si kecik ni yang lebih-lebih makan.. macam banyak gigi.. bila tak bagi, menangis sampai berjurai air mata..
tikar Evamatik saya beli masa jualan di MOA.. hanya RM50 sahaja.. kalau area Putrajaya dia boleh hantarkan free aja.. lagi murah dari beli kat online.. rasanya pernah survey kalau beli online RM55 tak termasuk pos penghantaran.. ni nombor adik ni Shuhaifah 0192811941.. baik sangat dia ni..

Wednesday, November 23, 2011

Sunday, November 20, 2011

cuti hujung minggui perlu ditambah.. mengada ngada kan

terasa tak cukup masa dua hari cuti dihujung minggu bagi seorang perempuan yang ada seorang suami, seorang anak perempuan.. macam macam nak dibuat.. basuh kain, lipat kain, vacuum rumah, mop, vacuum semula dan mop semula sebab si kecil kecah kan lantai dengan puding coklat, memasak bf, lunch dan mohon tak msk mlm sbb rasa tak larat punca  senggugut tap masih di dapur siapkan bekalan anak sepanjang minggu.. dan msk tido jam satu pagi.. alahaiiii, tu tak masuk nak window shopping, tido siang.. nak mulakan projek kain felt pun ntah bila.. 

Thursday, November 17, 2011

nak hantar servis, tapi rupanya tak ada masalah pun

Selasa lepas saya ke Subang Jaya, nak hantar Spectra 3 ke Histopoint untuk diservis sebab lately agak perit sakit di 'b' lepas mengepam.. tapi, bila staf Histopoint yang baik dan ramah tu check pump pressure, dia bagitau tak ada masalah dengan suction pam tu.. berkemungkinan rasa sakit saya tu disebabkan 'b' saya, dan bukan pam.. dia advice jumpa Pakar Laktasi.. (sekarang tengah mengepam, tak ada pula rs sakit)
so, antara cara nak detect yang pam kita ada masalah :-
  1. air masuk dalam pam - akan berbunyi bising, tapi tak menjejaskan suction
  2. suction tak kuat - sepatutnya, bila mengepam, ada bunyi angin keluar dari pam, berhampiran dengan tiub pam.. so, kalau tak bunyi langsung, ada kemungkinan dan perlu bawa ke pusat servis.. 
Syarikat ni hanya servis pam jenis Spectra dan uniMOM sahaja ye..

Wednesday, November 16, 2011

mungkin ini masanya

perasaan sekarang adalah dalam pertanyaan "aku mengandung ke"
bendera merah dah lewat 5 hari.. 
mungkin kalau betul, bersedia dah.. (tapi minggu depan lah wat UPT.. buat apa nak rushing2 kan)
Emi dah pandai menguruskan Hasya, packing beg makan dan susu Hasya pagi-pagi.. sebelum tido, pakaikan Hasya Minyak Kelapa Dara kat satu badan.. sebelum ke Taska, Emi dah pandai uruskan masa (walaupun kadang-kadang terkejar-kejar.. adat lah kan) untuk uruskan Hasya.. kalau saya tak sempat, nasi Hasya pun dia dah boleh masakkan..
mungkin ini masanya..

senget pula gambar ni ;)

Wordless Wednesday #2

kemain.. makan aiskrim potong cap king's selesema seminggu
kalo Magnum ni, apa pun tak da!!!

Monday, November 14, 2011

banyaknya plan untuk esok

Saya nak umumkan, esok saya akan bercuti.. rasa macam baki cuti rehat masih ada 20++ hari lagi.. kejap lagi nak ke bawah, jumpa kerani nak tanya berapa hari lagi saya boleh bercuti sesuka hati? dan nak tanya juga sebab tahun depan, Septrember 2012 InsyaAllah akan bercuti belajar, jadi, saya simpan cita-cita nak simpan cuti rehat untuk GCR semaksima mungkin (15 hari??) dan yang lain kena plan untuk dihabiskan sebab dengar cerita, saya tak boleh nak carry forward cuti ke tahun 2013 dan kesemua cuti rehat saya pada tahun 2013 juga tak akan ada.. makanya, tiadalah cuti rehat untuk GCR pada tahun 2013... alahaiii, sayang nye lah kan..


Agenda utama 
  1. nak ke bank negara untuk semakan "sesuatu" >> sambil bf kat cafe dia yang sedap2 makanannya
  2. sambil tu nak hantar kain ke linda, nak pakai hujung Disember ni.. ada majlis kahwin anak buah Emi.. dan saya sekali lagi akan sedondon dengan si kecik.. suka!!!! >> ni kalau sempat, terigin nak ke pasar tani depan JKR, beli ice blended dan mengimbau kenangan beli makanan super banyak masa kat HQ dulu
  3. ke Subang Airport, jumpa adik nak ambil vacuum cleaner yang dia pinjam sebab dah tak tahan tengok rambut bersepah-sepah atas carpet rumah tu.. dan pinjam kasut 'comel' >> serius, semua kasut saya style yang kalau sambil dukung anak pun boleh pecut 50 km/jam.. jadi, kena lah meminjam dari adik yang masih vogue de vagas nih..
  4. sesi family photography di Petaling Jaya.. buy from milkadeal.. lepas ni nak hantar gambar-gambar masa photoshoot tu untuk dijadikan wall frame (12" x 18") dan celendar fridge magnet.. also bought from milkadeal (tobat untuk 2011 ni untuk shopping online.. cash dalam CIMBclicks tu pun dah zero).. EXCITED.. our theme tomorrow is purple.. plus second baju is 'caca-marba'.. >> kami dah plan nak angkut semua mainan si kecik, tapi be rasional.. alahaiii, harap2 Hasya tak menangis la

Agenda sampingan
  1. ke Celcom, PJ untuk downgrade kan bil b.band saya dari RM68/month =>> RM48/month dengan speed yang sama.. leceh, tak boleh by call, kena pergi centre juga.. kat blue cube pun tak boleh.. apa raaaa!!! >> saya tak guna pun, tapi biasa lah, kalau tak ada masa tu lah tercari-cari.. bayar je lah.. lagipun Emi memang gile tenet.. ntah apa yang dia godek
  2. hantar Spectra 3 kesayangan untuk servis 

nota :
  • jam 8 kena gerak dari rumah.. harus!!!!!
  • ahakkksss.. borang cuti pun baru nak submit.. dengan confident level yang amat tinggi, saya pasti diluluskan..
  • nak guna HRMIS pula, tak ada dalam rekod bila enter no IC saya.. ello orang bertanggungjawab di MOA, bila lagi awak nak selesaikan masalah saya ni?? dah la nama kat pintu pun masih tak bertukar lagi, name card lagi la tak ada.. printer pula katrij kena curi sebelum saya lapor diri lagi.. alahai, de-motivated rasanya kerja kat sini.. ada sesiapa nak ambil tempat saya tahun hadapan? boleh book-ing sekarang ye
  • update : cuti rehat berbaki 22 hari lagi.. jangan jeles ye kawan-kawan

nak hantar servis Spectra 3 esok


tak tau apa masaalah dengan pam Spectra 3 ni.. bila mengepam, sakitnya sampai rasa senak ulu hati.. biasa tak macam ni pun.. takut ada short circuit (ngeh3) kat dalam tu.. so, esok nak hantar g Histopoint Sdn Bhd., tempat servis Spectra.. tempat nya di SS18/6, Subang Jaya.. tadi call katanya caj below RM100, kalau exceed dia akan inform by call sbb kn tinggalkan pam tu kat sana dalam 2-3 hari.. nasib ada pam Medela Harmony..
harap-harap ok lah lepas ni.. serius sakit sangat, berdenyut-denyut even dah letak kat minimum.. ;(

Friday, November 11, 2011

bertukar header pada 11.11.11 - simple but cute

update at 11:11 am on 11.11.11

sempena tarikh yang hanya muncul setiap 100 tahun, saya merajinkan diri menukar HEADER.. simple but cute kan.. tak ada masa dan malas nak ber-kreatif di saat-saat banyak report nak disiapkan..

itu sahaja untuk hari ini
~ selamat berhujung minggu ~


nota : 
picture profil di fb juga bertukar :)

Thursday, November 10, 2011

Chocolate Triffle

Kembali ke Pejabat seperti biasa.. Alhamdulillah, selesai sudah Technical Attachment di ZHL Engineers selama 6 bulan.. sekarang, masa untuk menyiapkan Lapoaran untuk dihantar ke BPMI, JPS Malaysia.. kalau saya tak bertukar ke MOA, sekarang ni saya dah kembali semula ke JPS Kerian, tinggalkan semula Emi di sini.. Alhamdulillah sekali lagi.. kepada kawan-kawan yang sedang melalui hidup suami isteri secara PJJ ni, tabah lah.. menangis, sedih, pilu, RINDU, rasa kesorangan adalah WAJIB dirasai dan dilalui.. SABAR dan TABAH.. itu sahaja kunci nya..

Masa Hari Raya Aidiladha lepas, saya komited menyiapkan kek yang sedap2.. saya buat Non-Bake Orea Cheese Cake, Carrot Cake dan Chocolate Triffle.. memang sedap, memang lazat.. menjerit keriangan lah lemak-lemak dalam badan ni bila semua resepi kek tu menggunakan Cream Cheese dan Whippping Cream..

Rasa macam nak share resepi Chocolate Triffle lah kat sini.. cubalah, especially part choc pudding tu.. makan macam tu saja pun sedap, bagi anak2 makan confirm licin..

Chocolate Triffle

Layer 1 - saya gunakan coklat kek.. hancurkan kek tu, lepas tu, padatkan kat dalam bekas.. (nak senang, beli je kek span, tapi saya gunakan Resepi kat sini untuk buat kek tu..

Layer 2 - Choc Pudding

Bahan-bahannya :-
  • 1/4 cawan gula
  • 1/4 cawan serbuk coklat
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • sedikit garam
  • 2 cawan susu segar (saya guna susu coklat, lagi sedap)
  • 1 biji telur
  • 4 oz coklat cip

  1. Pukul gula, koko serbuk, tepung jagung dan garam.
  2. Pukul bersama susu segar
  3. Masak atas api perlahan (kena pastikan betul-betul tepung jagung sebati, sebab nanti bila panaskan akan jadi berketul-ketul.. dan jangan tinggalkan, kena selalu kacau) - Adunan A
  4. Pada masa yang sama, pukul telur dalam bekas lain
  5. Bila Adunan A dah pekat, tutup api dan masukkan dalam bekas yang dah dipukul telur 
  6. Siap

lihat link ni kalau nak lebih jelas cara buat Choc Pudding ni..

Layer 3 - Whipping Cream

Pukul whipping cream sampai naik kembang.. lepas tumasukkan dalam piping bag, dan pipe kan sesuka hati.. lagi tebal, lagi sedap.. yummyyyy.. tabur coklat cip untuk menambah kelazatan..

Masukkan dalam fridge dulu, dalam sejam, keluarkan baru makan.. 

sedap sangat tau..


nota :
Triffle ni anak buah Emi buat untuk bagi kat tetamu masa Majlis Bertunang.. whipping cream tu sangat lah tahan, tak cair pun.. guna brand VIVO (sangat sedap, tak perlu nak tambah bahan lain), sekotak RM11.. tapi kalu cari kat kedai yang jual bahan buat kek, rasanya RM10 je..

Saturday, November 5, 2011

best dah sampai rumah sendiri a.k.a rumah mak sendiri

Alhamdulillah.. selamat tiba di rumah mak jam 10.30 pagi tadi.. kami bertolak ke Perak jam 5.30 pagi.. ambil Ida (adik no.3 saya, sekarang sedang praktikal di MAS, Subang) di Kg Melayu Subang, terus menggunakan Hiway Guthrie menuju ke utara.. kami berhenti di R&R Rawang untuk solat Subuh dan masing2 tak ada lagi mood nak makan pagi, perjalanan diteruskan.. berhenti sekejap di Hentian Sebelah Simpang Pulai untuk mandikan Hasya, dan di R&R Sg. Perak untuk makan pagi.,. saya siap masak nasi goreng cina sebelum bertolak.. kami makan tu saja, malas nak masuk gerai makan, confirm ramai orang.. dan lepas tu, terus tak berhenti2... seronoknya balik rumah sendiri.. boleh golek2, boleh makan puas2, boleh buka kabinet makanna sesuka hati, boleh ulang2 makan... sekarang si kecik tu tengah tidur.. plan petang ni nak hantar Abah ke Bagan Serai, ambil Teksi yang dah siap di bengkel.. abah tambah enjin NGV.. murah penggunaannya.. RM12 boleh pergi 220 km.. tapi tak pasti pula macam mana maintenance nya.. lepas tu nak beli telur masin Kuala Kurau yang sedap tu.. satu kotak RM 13 ada 20 biji.. murah ke ek berbanding beli kat KL? tak tau sebab tak pernah beli terlur masin mentah.. tapi sedap, tak masin sangat.. lemak2 je tambahan part kuning tu.. dan nak beli ikan masam.. hi3.. ikan gelama dan belanaak masam memang sedap makan dengan nasi panas.. rasa dia  masin, masam, lemak.. dan lepas tu nak shopping barang-barang buat kek.. malam ni nak buat Carrot Cake dengan topping cream cheese, no bake cheese cake.. ingat nak guna biskut oreo sebagai base dan kek coklat kukus.. saya tak minat buat biskut, tapi kalau kek agak rajin juga...

nota : 
baju raya kami 3 beranak sama warna dengan langsir rumah mak.. lawakkkkk!!!!

Friday, November 4, 2011

cara inner tak penyek kan muka

sekarang memang trend orang pakai inner kaler-kaler pastu match dengan shwal yg bermacam jenis dari segi kainnya, corak dan aksesori pada kain tersebut.. tapi saya, setakat ni dah pernah la beli inner sama ada inner pendek atau inner neck, yang mana beli kat Jusco ada, kat online pun ada, kat pasar malam pun ada.. tapiu semua mendukacitakan.. muka tetap nampak bulat sebab inner tu terpenyek je kat dahi.. dah tetas jahitan belakang, dah letak lilin kat muncung depan, still bila pakai, cakap sikit terpenyek la balik.. jadinya, kalau dah teringin nak pakai shwal belit-belit panaskan tengkuk, saya pakai yang jenis ada awning.. tapi, macam tak cantik, rasa macam muka orang umur 29 tahun sedangkan saya nak berwajah macam adik-adik kita kat luar tu.. ;)

dan rabu lepas saya jalan-jalan kat bazar di bawah bangunan Wisma Tani (setiap kali gaji keluar, memang ada lah bazar ni).. macam2 jual, ada Tupperware, ada make-up Mary Kay, ada jual nasi beriani, macam-macam jenis tart yang sedap-sedap, asam pelbagai warna dan rasa, baju sutera batik (siap boleh buat ansuran, bayar bulan-bulan RM50 je), kerongsang tak usah cakap lah, punyalah ramai yang jual dan tudung!!! ini sebenarnya klimaks cerita saya.. saya memberanikan diri membeli inner (RM5) dan tudung Syiria jenis cotton (RM10) sebab saya memang tak ada tudung warna hijau lagi.. dan bila balik je rumah, tetas jahitan belakang dan taraaaa.. bestnya lah tudung ni.. muncungnye jadi sangat... tapi bila bercakap, ada la turun sikit muncung tudung tu tapi, tak ada lah muka nampak tembam dan tembun sangat.. sekali, saya dapat satu idea tak nak bagi tudung tu terpenyek sebab yang saya perasan, yang buat jadi terpenyek sebab inner ngn rambut kita tu, dia jadi licin.. apa yang saya buat, saya pakai dulu cekup (RM5 je).. cekup ni beli kat Nilai 1, nipis je kainnya, so tak panas.. pastu baru pakai inner tadi dan hasilnya, MARVELOUS!!!! memang inner saya tak bergerak langsung.. jadi, lepas ni boleh la bergaya ala adik-adik kita tu kan..


 nampak tak inner tu 'muncung'?
masa ni tengah tunggu servis kereta, orang nak balik kg malam ni, pagi baru pergi servis

ye, saya suka cara pakai inner dan juga inner tu sekali.. bulan depan, nak borong inner banyak-banyak la kat budak tu

*** SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA ***

nota : 
yeaayyy sekali lagi.. baju raya saya dan si kecik dah siap dijahit oleh mak Belinda.. sorry  la Linda, baru bagi kain tu last week, tak sangka boleh siap hari ni.. baju ayah Hasya dah ada.. semestinya kaler Grey la juga..
tema kami pada Hari Raya Aidiladha adalah Grey.. ngengada kan ibu Hasya nak baju sedondon Raya Haji ni ;)

Wednesday, November 2, 2011

usaha menambah susu ibu

  • air longan dan kurma merah 
  • supplement Shaklee Set-B 
  • air soya Organik Melilea
  • air masak 3L sehari
  • pumping session 3x sehari
semua dah cuba
malam ni mari cuba masak sup lobak putih.. semoga susu ibu bertambah dari biasa.. untuk mu anakku Nur asyifa Hasya

haiii lobak putih, apakah rasa ko ye

nota tambahan selepas mencuba : TAK SEDAP LANGSUNG!!!