Tuesday, March 22, 2011

"Contest Photo Anakku Ceria"

erinsh ada tag utk join contest ni

"Contest Photo Anakku Ceria"

jadinye dengan semangat menempek gambar hasya yg paling ceria di abad ini
..


..


..

..

..

..

..

..

jeng..jeng..jeng..




Nama Ibu : Nur Hareza binti Redzuan
Nama Ayah : Mohd. Hailmi bin A. Rahman
Nama Anak : Nur Asyifa Hasya binti Mohd. Hailmi
Umur : 7 bulan


"sorong papan tarik papan,
buah keranji dalam perahu,
suruh makan, hasya pun makan,
bila tang sengih, hasya memang tak tau malu.."


kih..kih..kih



so, orang yg saya nak ajak join contest ni :


1. awe
2. nozie
3. yanie



alahai anak ibu

sibuknye ibu hasya minggu ni
sampai tak sempat nak cite ttg hasya lagi
so, ahad lepas hasya genap 7 bulan
(happy birthday ke 7 bulan ye)
alahai anak ibu, sayang nye ibu kat hasya tau
sekarang hasya makin pandai merajuk, kalau xikut kemahuan dia, rajuk panjang sgt
bila da merajuk tu, ibu nak bg bf pun xmo, main pun xmo, mkn pun xmo
mengongoi je la
apa ibu boleh buat, vcuba sedaya upaya juga pujuk hasya
tp ibu tau, hasya nak manja2 ngn ibu je kan syg..
lepas tu, hasya dah boleh gelak2, main ngn ibu
bila hasya dah mau bf tu, tandanya rajuk hasya da abes
alahai la anak ibu.. sape punya perangai la hasya folllow ni ye

Tuesday, March 15, 2011

info bahan


dalam kehidupan seharian, kita terdedah dengan pelbagai jenis bahan yang entah kan baik, entahkan yang memudaratkan.. so, sedikit info untuk perkongsian bersama..


#1. PETE atau PET (polyethylene terephthalate) biasa dipakai untuk
botol plastik yang jernih/transparan/ tembus pandang seperti botol air
mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman lainnya. Boto-botol
dengan bahan #1 dan #2 direkomendasikan hanya untuk sekali pakai.
Jangan pakai untuk air hangat apalagi panas. Buang botol yang sudah
lama atau terlihat baret-baret.

#2. HDPE (high density polyethylene) biasa dipakai untuk botol susu
yang berwarna putih susu. Sama seperti #1 PET, #2 juga direkomendasikan
hanya untuk sekali pemakaian.

#3. V atau PVC (polyvinyl chloride) adalah plastik yang paling sulit di
daur ulang. Plastik ini bisa ditemukan pada plastik pembungkus (cling
wrap), dan botol-botol. Kandungan dari PVC yaitu DEHA yang terdapat
pada plastik pembungkus dapat bocor dan masuk ke makanan berminyak bila
dipanaskan. PVC berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan.

#4. LDPE (low density polyethylene) biasa dipakai untuk tempat makanan
dan botol-botol yang lembek. Barang-barang dengan kode #4 dapat di daur
ulang dan baik untuk barang-barang yang memerlukan fleksibilitas tetapi
kuat. Barang dengan #4 bisa dibilang tidak dapat di hancurkan tetapi
tetap baik untuk tempat makanan.

5. PP (polypropylene) adalah pilihan terbaik untuk bahan plastik
terutama untuk yang berhubungan dengan makanan dan minuman seperti
tempat menyimpan makanan, botol minum dan terpenting botol minum untuk
bayi. Karakteristik adalah biasa botol transparan yang tidak jernih
atau berawan. Cari simbol ini bila membeli barang berbahan plastik.

6. PS (polystyrene) biasa dipakai sebagai bahan tempat makan styrofoam,
tempat minum sekali pakai, dll. Bahan Polystyrene bisa membocorkan
bahan styrine ke dalam makanan ketika makanan tersebut bersentuhan.
Bahan Styrine berbahaya untuk otak dan sistem syaraf. Selain tempat
makanan, styrine juga bisa didapatkan dari asap rokok, asap kendaraan
dan bahan konstruksi gedung. Bahan ini harus dihindari dan banyak
negara bagian di Amerika sudah melarang pemakaian tempat makanan
berbahan styrofoam termasuk negara China.

#7. Other (biasanya polycarbonate) bisa didapatkan di tempat makanan
dan minuman seperti botol minum olahraga. Polycarbonate bisa
mengeluarkan bahan utamanya yaitu Bisphenol-A ke dalam makanan dan
minuman yang berpotensi merusak sistem hormon. Hindari bahan plastik
Polycarbonate.

BPA Free Please

semalam dalam berita jam 8, ada paparan tentang isu pengharaman botol susu yang mengandungi bahan Bisphenol A (BPA) pada tahun 2012. Persoalannya, kenapa 2012? bukan 2011? bukan Mac 2011? rata-rata dah tau tentang keburukan botol plastik yang mengandungi BPA ni. kalau xtau, meh kite review sket sal menda nih...

Apa itu BPA?
BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat melarut resap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan.
Janin dalam kandungan (ibu hamil jaga pemakanan anda) dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi.
Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.
Faktor Pengaruhi Larut Resap BPA ke dalam Makanan

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan larut resap ini berlaku dengan lebih banyak. Antaranya, kepanasan (api dan matahari), calar dan pendedahan terhadap sesetengah bahan kimia (termasuk sabun pencuci).
Pengkaji dari University of Cincinnati melaporkan, pendedahan terhadap air menggelegak menyebabkan botol polikarbonat melepaskan bisfenol A (BPA) sehingga 55 kali ganda lebih cepat berbanding ia terdedah kepada air sejuk atau air suam (air kosong).
Tip Mengelakkan BPA
Anda mungkin sukar untuk mengelakkan secara mutlak penggunaan produk yang mengandungi BPA ini, tetapi anda dapat mengurangkannya dengan mengamalkan langkah-langkah berikut:
  1. Jangan panaskan makanan atau minuman dalam plastik polikarbonat sama ada menggunakan ketuhar gelombang mikro atau pun direbus.
  2. Kurangkan pengambilan makanan dalam tin, pilih yang segar atau sejuk beku. Jika mahu yang segera, pilih dalam botol kaca.
  3. Seboleh mungkin, gunakan bekas makanan daripada porselin, kaca atau keluli tahan karat terutamanya untuk makanan atau minuman panas.
  4. Berikan permainan yang selamat untuk anak anda. Lihat kod plastik di bawah permainan. Kod 7 adalah polikarbonat (elakkan juga kod 3 kerana ia mengandungi toksin).
  5. Jika mahu membungkus sup atau air panas dari penjual makanan, bawa bekas makanan atau minuman anda sendiri.
  6. Jangan membiarkan air di dalam botol air mineral terjemur di dalam kereta, dan kemudian meminumnya.

Tip Elak BPA ke Botol Susu Polikarbonat
  1. Gunakan botol susu daripada gelas atau plastik yang bebas BPA. Elakkan polikarbonat. Sebaliknya pilih polietilena, polipropilena atau poliamida.
  2. Jika anda menggunakan juga botol polikarbonat, pastikan ia tidak dijemur, tidak dipanaskan dan tidak dimasukkan air panas menggelegak ke dalamnya.
  3. Elakkan calar dengan menggunakan berus yang lembut daripada plastik dan span, bukan berus daripada dawai untuk membasuh botol susu bayi.
  4. Gunakan sabun yang sesuai untuk mencuci botol bayi.
masa tengok berita tu, mak saya bercakap la, org dulu2 tak de apa pun minum pakai botol yg ada BPA ni, kite2 pun mesti minum pakai botol yg ada BPA ni gak kan.. pastu saya jawab balik, sebab tu kalau mak perasan, ramai anak2 seusia saya ni (dalam 25-35) dah ada penyakit kanser la, itu la.. entah2 menda2 camni la puncanya.. nak tau apa mak saya cakap.. speechless!! mak-mak kite memang suke compare kan kaedah penjagaan anak dulu dan sekarang.. dan saya selalu balas kat mak, "yang lama kite ikut mana yang baik, yang baru kite praktikkan untuk masa depan yang lebih baik.."

(errrr.. camne la saya nanti bila tengok anak saya membela anak dia kan..)

p/s: tak mahal mana pun botol yg BPA free nih.. da banyak brand kat luar tu keluarkan botol yg selamat ni.. kalo dulu mungkkin brand avent, NUK atau first year je yang ada. tapi sekarang brand anakku, pureen, fiffy pun dah ada tau. tak boleh tidak mestila lebih sikit reganye dari botol biasa (kalau nak compare botol anakku ada 2 jenis yg ada BPA ngn BPA free.. utk saiz 4oz, kalo yg ada BPA RM 4.50 sebotol, kalau BPA free lak RM 8.50 sebotol... see, tambah sikit je kan..)


Monday, March 14, 2011

plan nak beli bumbo seat tapi..


pssttt.. ni bukan hasya, tp setelah di'google' gambar bb girl ni dipinjam utk tatapan umum

pernah tak u olls beli for ur baby menda alah nih? ada terfikir pg nih nak belikan hasya.. sekarang hasya msh xboleh duduk lagi tp nampak belakang dia dah tegap (stilll kena support jg la).. tapi bila di'google', terjumpa plak blog sorang hamba Allah ni.. antara yg ditulis adalah tentang penggunaan bumbo seat :-

1. direka khas bertepatan dengn postur badan baby..membolehkan baby duduk sendri tanpa bantuan seawal usia 6 minggu ok yg ni je saya dah kompius..kalau tau mak2 kita..mampuih..adeke anak br 6 minggu dah didudukkan.. amareka btol! hehehe...

2. boleh digunakan dimana saja, pada permukaan apa pon, dan bila2 masa... yola... nanti kita tgok penjelasan sy yang selanjutnya...


"The US Consumer Product Safety Commission dan the manufacturer Bumbo International, South Africa telah membuat keputusan untuk menarik balik bumbo seat dari pasaran negara mereka. ini berikutan kesalahan design seat yang menyebabkan bayi tidak selamat sekiranya diletakkan di atas meja atau kerusi. dan bayi juga didapati dapat menyelinap keluar dari kerusi yang menyebabkan beberapa kes keretakan tengkorak bayi"

...haaa... yelah sgt baby boleh diletakkan di atas apa2 permukaan kan??

gullppp.. terus tak jadi beli.. selamat duit sy kali ni..hi3.. hasya, ibu tunggu hasya bleh duduk sendiri la ye..

Thursday, March 10, 2011

gambar budak kecik yang besar


cube tgk kat bawah ni.. sape la yg over exposed nih..

..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..

gambar baby ibu yang comel ni la..
.
bila staf atau sesape yg msk bilik sy, mesti akan nampak gambar ni.. sume kata, "hepi je bila masuk bilik cik puan la.. sejuk ati".. ngeh3.. so, memang kena la kan letak gambar tu kat situ.. (staf opis panggil saya cik puan sbb ms mula msk kija kat sini, sy bujang lagi.. dorg panggil la 'cik".. bila dah kawen dorg tak biasa panggil "puan".. so, kata sepakat, panggil la"cik puan"




Wednesday, March 2, 2011

n3 kosong

hati rasa sebak.. sedih.. apakah?