Monday, February 14, 2011

khatan dan solid food


alhamdulillah… jumaat, 11 februari 2011 da bawa hasya pergi khatan di Klinik Bersatu, PB.. menunggu hampir sejam, hasya dah mula xsenang duduk.. kejap dia nak capai kertas (ni feveret dia), kejap nak menyusu, kejap nak main2 dinding.. letih juga la memegangnya.. bila nama hasya kena panggil, ibu pulak yang seram sejuk.. masuk je bilik, doc suh baringkan dan buka seluar n diapers hasya.. doc pun tgk sama ada leh wat ke tak sebab kalau kecik sgt, kena datang masa hasya besar sikit.. seb baik doc kata leh buat hari tu juga.. hasya rilek je.. atas kepala dia mmg da siap2 letak mainan, jadi dia leka pandang mainan tu.. ibu pun main2 dengan hasya.. mula2 ambil gak video, tapi kejap je sbb tak sampai ati.. bila doc kata ok, dah siap.. aikkkk, xde nanges pun.. ibu nye ni mmg da standby kalau2 hasya nanges.. dov kata bgs hasya tak nanges.. doc cite dia kikis2 hasya punya ’tu’ sampai berdarah, dah setel.. errr.. bukan kena potong ke ek.. xpe la sbb doc ni dah berpengalaman hal camni.. kita follow je la kan.. suke anak ibu tau.. xde nanges2 pun tau.. cayangggg dia..
.

hasya pas khatan.. rileks je kan muke dia
.
sabtu, 1st time bgi solid food kat hasya.. 1st try, not bad juga la.. dapat la 10 sudu.. ibu masak moi (bubur nasi/kanji), then blend halus2.. petang ibu tambah kan carrot.. hasya tak berapa nak.. makan pun sambil berdukung.. pagi td elok dok dalam bouncer dia.. xpe la, esok cuba lagi.. 2nd day, pagi ibu bagi moi+carrot juga sbb xnak bg campur2, nanti hasya jadi tak ketentuan rasa… nak dia biasakan dgn satu2 rasa, baru tukar menu lain.. at least 2-3 hari.. habis hasya makan (lbh kurang 1 kiub).. ptg ulang lagi, sama macam semalam, main2 je dia makan.. ehmmmm.. dah dua hari, masa makan petang hasya tak berapa suke nak makan.. its ok, jgn paksa2.. kena jadikan masa makan adalah masa yang menyeronokkan.. lagipun, baby ibu ni baru nak belajar kan..

masa hantar hasya ke rumah pengasuh pagi tadi, da pesan jgn bagi hasya makan selain yang ibu bekal kan.. no garam, no gula.. pengasuh pun tercengang.. dia tanya sedap ke makanan hasya kalau sume tu tak letak.. baby xtau pun kan apa rasanya kalau letak ke, tak letak garam/gula tu.. sekali dah bagi, selama2 nya la kena bagi.. buat masa sekarang, xperlu la pun menda2 tu sume.. bukan elok pun..

esok hasya start menu moi+potato.. planning next menu, xmo bagi moi la.. maybe puree carrot + labu.. harap2 hasya suka.. kalau hasya suke, ibu laaaaagi suka ;)
.
ayah hasya pesan beli feedinng bowl untuk hasya yang comel2.. tp ibu ambil kira keperluan juga.. yang ni brand tommee tippee.. satu set rm19.90.. ada 2 bowl siap ada tutup, ngn sudu.. sudu tu hujung nye kaler merah.. kalau food tu panas sangat, akan tukar kaler kuning.. bagus kan.. so, hantar bekal ke rumah pengasuh, siap2 letak puree dalam tu.. kan senang kija pengasuh hasya kan.. ;)
.
mula2 plan nak asingkan puree moi ngn carrot ni, tapi mcm ok je disekalikan sbb opah hasya masak moi banyak, so ibu campurkan je la
.
ni pula puree moi + potato.. esok baru nak cuba bagi kat hasya.. ayah hasya ada belikan kiub khas utk simpan baby food, so xpayah la ibu nak kena wrap kiub ni.. leceh juga.. alang2 ada jual, beli la kan untuk kesenangan bersama.. beli kat tinytapir.com.. satu rm29.90.. delivery rm7.. nanti dah sampai, kita upload okeh


No comments: