Dah nak menghampiri Syawal, meninggalkan Ramadhan. Terasa-rasa Ramadhan ni agak bermakna. Dari segi ibadahnya, pengisiannya. Seronok sangat. Moga-moga Ramadhan akan datang dapat buat lebih baik.
Cerita BF pula, minggu hadapan Atif genap Atif 2 bulan dan rezeki susu memang melimpah ruah. Ingatkan bila berpuasa, susu tak banyak. Sebelum puasa, minggu ke tiga selepas bersalin dah mula buat stok susu. Sekali mengepam dapat 3-5 oz. Masa tu mengepam dalam sehari dua kali. Bila mula berpuasa, mengepam hanya sekali, sebelum sahur. Masa ni memang dah bengkak, Atif pula dia bangun menyusu sekali je, dalam jam 3 pagi. daripada 6 oz, meningkat 9 oz. Masuk minggu ke dua puasa, dah mula boleh dapat 12 oz. Ada masa sampai 15 oz. Terfikir-fikir apa faktor yang sebabkan boleh dapat banyak macam tu. Tiap-tiap hari sama je pemakanannya. Vitamin C, vitamin B Compleks, minum air hampir 4 liter (mula berbuka sampailah sahur). Masuk minggu kedua minum Epyra lepas bersahur tapi tak adalah rasa susu bertambah sangat. Sabtu lepas, sebelum tidur bersembang dengan MIL, sambil tu mulut ni mula lah nak mengunyah macam-macam. Tapi dah malam, takut menambah kalori, makan kurma 2, 3 biji. Tak sampai sejam lepas tu cik b mula bengkak. Baju dah basah. Nak tidur pun tak selesa. Terus mengepam sebab Atif dah tidur. Dia ketap mulut dia rapat-rapat. Masa tu dapat 10 oz. Okey lah kan. Lepas sahur, pam lagi sebab bengkak juga. pun dapat 10 oz!!! So, total satu malam 20 oz!!! Dari situ dah dapat agak, kurma adalah milk booster saya. Baru perasan, kenapa masa Ramadhan susu makin bertambah sebab makan kurma dengan konsisten. Masa berbuka dengan masa bersahur. Allah dah janjikan, anak yang lahir dia bawa rezekinya sendiri. Setakat ni, tak perlu nak beli milk booster yang lain. Dan satu lagi, setiap kali solat, berdoa agar susu mencukupi untuk Atif. Satu perkara yang rasanya tak pernah buat masa BF kan Hasya 4 tahun lepas. Masa tu berjaya susukan Hasya sampai umur dia setahun 4 bulan. Niat nak BF tu memang ada, tapi tak dilafazkan dan tak diminta melalui doa. Ajaibnya kuasa doa kan. Alhamdulillah.