Monday, July 21, 2014

Petua Tambahkan Susu Ibu


Dah nak menghampiri Syawal, meninggalkan Ramadhan.  Terasa-rasa Ramadhan ni agak bermakna.  Dari segi ibadahnya, pengisiannya.  Seronok sangat.  Moga-moga Ramadhan akan datang dapat buat lebih baik.  

Cerita BF pula, minggu hadapan Atif genap Atif 2 bulan dan rezeki susu memang melimpah ruah.  Ingatkan bila berpuasa, susu tak banyak.  Sebelum puasa, minggu ke tiga selepas bersalin dah mula buat stok susu.  Sekali mengepam dapat 3-5 oz.  Masa tu mengepam dalam sehari dua kali.  Bila mula berpuasa, mengepam hanya sekali, sebelum sahur.  Masa ni memang dah bengkak, Atif pula dia bangun menyusu sekali je, dalam jam 3 pagi.  daripada 6 oz, meningkat 9 oz.  Masuk minggu ke dua puasa, dah mula boleh dapat 12 oz.  Ada masa sampai 15 oz.  Terfikir-fikir apa faktor yang sebabkan boleh dapat banyak macam tu.  Tiap-tiap hari sama je pemakanannya.  Vitamin C, vitamin B Compleks, minum air hampir 4 liter (mula berbuka sampailah sahur).  Masuk minggu kedua minum Epyra lepas bersahur tapi tak adalah rasa susu bertambah sangat.  Sabtu lepas, sebelum tidur bersembang dengan MIL, sambil tu mulut ni mula lah nak mengunyah macam-macam.  Tapi dah malam, takut menambah kalori, makan kurma 2, 3 biji.  Tak sampai sejam lepas tu  cik b mula bengkak.  Baju dah basah.  Nak tidur pun tak selesa.  Terus mengepam sebab Atif dah tidur.  Dia ketap mulut dia rapat-rapat.  Masa tu dapat 10 oz.  Okey lah kan.  Lepas sahur, pam lagi sebab bengkak juga.  pun dapat 10 oz!!!  So, total satu malam 20 oz!!!  Dari situ dah dapat agak, kurma adalah milk booster saya.  Baru perasan, kenapa masa Ramadhan susu makin bertambah sebab makan kurma dengan konsisten.  Masa berbuka dengan masa bersahur.  Allah dah janjikan, anak yang lahir dia bawa rezekinya sendiri.  Setakat ni, tak perlu nak beli milk booster yang lain.  Dan satu lagi, setiap kali solat, berdoa agar susu mencukupi untuk Atif.  Satu perkara yang rasanya tak pernah buat masa BF kan Hasya 4 tahun lepas.  Masa tu berjaya susukan Hasya sampai umur dia setahun 4 bulan.  Niat nak BF tu memang ada, tapi tak dilafazkan dan tak diminta melalui doa.  Ajaibnya kuasa doa kan.  Alhamdulillah.

Thursday, July 17, 2014

Update Blog

Kurang 3 bulan lagi nak masuk kerja.  Tak tau nak bayangkan perasaan macam mana.  Happy sebab dah lama tak jumpa kawan-kawan, nak masuk bilik meeting, nak lepak-lepak kat pantry time rehat, nak tengok fail menimbun.  Harap-harap skill guna mesin fotostat, mesin fax masih boleh digunakan.  Buka website pejabat, semua password dah tak ingat.  Tapi rasa sedih nak tinggalkan Hasya dan Atif selama lebih kurang 8 jam ++ (termasuk jammed).  Tambah-tambah lagi Hasya sebab dia dah banyak mulut sangat.  Nanti dia mesti buat drama bila nak kena tinggal.

Last week pergi jumpa paed, tengok kan hidung Atif yang asyik lah berbunyi macam banyak sangat hingus atau taik hidung tapi bila disedut atau di tengok tak ada apa pun.  Paed bagitau kemungkinan injap yang menutupi saluran makan ke perut terbuka (sepatutnya ia akan tertutup), menyebabkan susu keluar balik dan mungkin termasuk ke saluran hidung dan bila susu tu keras, menyebabkan hidung Atif berbunyi.  Dia cakap macam tu sambil buat diagram lagi.  Mungkin betul juga sebab Atif selalu keluarkan balik susu.  Tapi paed bagitau lagi, masalah ni akan hilang bila dia semakin membesar.  Solution buat masa sekarang, sembur dengan air garam (yang dalam botol spray yang ada gambar ikan lumba-lumba tu) dan lepas menyusu, tegakkan kepala dalam tempoh 30-60 minit tapi kadang-kadang je kitorang buat sebab selalunya Atif lepas menyusu terus tidur dan ibu nya mempunyai tahap kemalasan yang agak tinggi.  Jadi, letak atas bouncer je, Sekurang-kurangnya kepala dia tinggi sikit kalau nak dibaringkan.  Benda ni start masa hari kedua Atif lahir dan masa jumpa paed dah 6 minggu umur Atif.  Tapi sekarang dan masuk minggu ke-7, slowly Atif dah jarang keluarkan susu balik dan hidung dia berbunyi bila pagi je itu pun kitorang confuse sama ada bunyi hidung tersumbat atau dia saja buat bunyi mendengus.  

Dah masuk minggu ke tiga Ramadhan, tahap lapar dan dahaga dah boleh buat macam biasa, sampaikan semalam masa cuti Nuzul Quran bawa adik bongsu yang belajar di UTM Jalan Semarak berbuka kat luar.  Pergi AEON Setiawangsa, tapi semua restoran full house.  Solat Maghrib dulu, lepas tu laju-laju pergi Nandos sebab adik ni peminat tegar ayam.  Seat dah dapat awal tapi pukul 9 malam baru order sampai. Relaks je, tak ada pula rasa nak marah-marah sebab kita faham, budak-budak yang kerja tu pun bukan duduk senang lenang, agaknya berbuka pun telan seteguk air je.  Selalu ambil set ayam je, tapi kali ni tambah dengan humus hidang sekali roti ala-ala roti nan tu.  MasyaAllah, sedapnya.  Next time kalau ke Restoran Nasi Arab, nak order humus ni juga.  Ada yang kata humus kat Restoran Saba sedap.

Baju raya tahun ni plannya nak pakai warna purple.  Ibu dan Ayah recycle je la baju yang ada dalam almari tu.  Baju kurung Hasya kena beli, tapi tak beli-beli pun lagi.  Tungu balik Parit Bntar lah.  Shopping kat Pasar Kemboja.  Last weekend pergi Avenue K nak beli baju raya budak-budak ni.  Memang hampa sangat sebab kebanyakan dress untuk Hasya tak banyak pilihan.  Dress nya bukan main seksi, fesyen bare back yang banyak.  Tak kan raya-raya nak pakai macam tu kan.  Habis semua kedai kami masuk, dari Avenue K ke KLCC dapat sehelai je dress umtuk Hasya, sepasang blouse dan tight, 3 helai leggings dengan 2 helai blouse.  Untuk Atif belikan dia babysuit sehelai, seluar pendek sehelai, kemeja sehelai, tshirt 2 helai.  Baru lah tau, beli baju budak lelaki lagi mahal.  Baju Hasya yang agak berhelai-helai tu RM 160 tapi baju Atif dekat RM 210!!!  Dah habis cari yang murah, yang ada less tapi nan hado.  Semuanya harga tak ada diskaun langsung.  Baju Hasya pula, siap diskaun 50% lepas tu ada pula harga 3 item for 2.  

Sebenarnya semangat nak siapkan Chapter 3 thesis (baru nak buat Chapter 3??? memang kerja last minute betul), tapi Emi lupa nak install Office sebab sebelum ni dia tolong formatkan laptop.  Dah siap bawa coklat dengan bancuh Ephyra lagi tu.  Dah tak dapat nak buat kerja, letak air Ephyra dalam fridge, kita update blog.  Tapi entry saja, tak ada gambar.  Selamat Malam!!!


Thursday, June 26, 2014

Selamat Menyambut Ramadhan


Cerita minggu ini :

1.  Semalam 25 Jun pergi cucuk adik Atif untuk satu bulan.  Awal sehari adalah dibolehkan.  Ibu pun check gula, ambil berat dan currently dalam tempoh sebulan berat dah turun dari 79 kg ke 66.4 kg.  Berat masa 1st check up mengandung 68 kg.  Hati berbunga-bunga je. Hasil makan ikan bakar, sawi masak air dan nasi penuh sepinggan tak boleh nak tambah 2x sehari. Kakak urut hari tu bagitau kalau boleh maintain makan macam ni sampai 3 bulan, confirm body meletup.

2.  Hari ini, 26 jun adik Atif cukup satu bulan dengan berat 4.6 kg.  Makin debab, makin kuat susu.  Stok susu dah mencecah 100 oz.  Alhamdulillah.

3.  Telefon rosak.  Tak boleh nak ON.  Kesudahannya masukkan sim card dalam Tablet.  Kelakar.

4.  Emi balik hari ni.  Sabtu nak balik Kajang.

5.  Selamat Berpuasa, InsyaAllah tahun ni puasa boleh genap sebulan.  Mohon maaf atas salah silap.


Kalau gojes macam ni, baru tak kelakar.  
Ok, nak pergi salun, nak pergi buat facial.  
Dah hampir setahun tak buat semua ni.
Lepas tu nak beli krim buang selulit, beli baju baru.  
Baju buruk tahap nak tunjuk depan suami pun segan tead nak masukkan dalam tong sampah.




Monday, June 2, 2014

Muhammad Atif



Entry Pendek :

Dalam mood berpantang.
Bayi lelaki yang dilahirkan pada 26 Mei 2014 (Isnin) bersamaan 26 Rejab 1435 pada jam 1.02 PM, berat 3.7 kg melalui pembedahan (kali kedua uollss due to fetal distress) pun dah diberi nama - Muhammad Atif bin Mohd Hailmi
Semoga menjadi insan yang penyayang seperti namanya.

Friday, May 23, 2014

Tenang Hati


Jumaat, 23 Mei 2014
Post-date 4 hari (baby masih suka duduk dalam perut ibu)
Writing proggress baru sampai Chapter 2

Tenang sungguh perasaan sekarang ni.  Alhamdulillah ;)



Friday, May 16, 2014

Kasih Ibu



Rasa hati seorang ibu, sayang yang amat pada anak-anaknya.  
Tapi, sesekali, Iblis datang racunkan fikiran, butakan mata hati.  
Kesilapan anak kecil, dipandang serius sedangkan apa sangatlah anak itu tahu.  
Lihat wajahnya ketika tidur, ketika minta dimanja, ketika memeluk, mencium tanpa rasa dendam, rasa sesal dan bersyukur dikurnia anak sebersih ini.
Indah sungguh ciptaan Tuhan.

Nota : Sesekali, tersa nak menulis seperti FynJamal ;)



Monday, October 21, 2013

kacau je orang tidur


New post at 3.55 am

Sakit perut!!!
bila balik kampung, semua di baham
Tak cukup lagi, sebelum balik tapau Root Beer Float Regular 1 Scoop
Kacau orang nak tidur je



bertambah susah nak tidur bila baca emel supervisor minta hantar jurnal untuk conference sebelum 7 November ni ;(

Friday, October 18, 2013

update ringkas




 Berbulan-bulan blog menyepi.  
Hanya jadi silent reader sahaja.  
Mood tak baik.  
Tugasan tak siap-siap lagi.  
November dah mula cuti sekolah.  
Entah boleh buat kerja ke tidak dengan Hasya sepanjang hari di rumah.  
Laptop pun satu hal. 
 Install MIKE 11 tak boleh.  
Install ArcGIS pun tak menjadi.  
~ PENING ~


Nota : 31 Oktober ada interview P.Eng di JKR Maju Junction >> PITAM <<



Hasya dah cukup 3 tahun pada 20 Ogos lepas.  Banyak cakap.  Kuat sentap.  Pandai jaga bila ibu tak sihat.  Boleh sebut 1-50 tapi ABC kelam kabut lagi.  Pandai baca Al-Fatihah sekarang.  Dah tau boring bila tinggal berdua dengan ibu kat rumah.  Selalu request nak tidur kat hotel.  Pandai juga complaint sekolah tak seronok.  Akan jadi BFF Ayah tak lama lagi.


Friday, July 26, 2013

Penyakit orang perempuan - Tupperware lah, apa lagi!!!

ANNOUNCEMENT!!!!

Katalog Tupperware 1 Julai - 17 Ogos 2013

w.app/text 019 4422267

Promosi hingga 30 Julai 2013
Mana-mana item/set berharga RM150 dan ke atas boleh buat installment.  
Dapatkan DISKAUN sehingga 25% (tertakluk kepada jenis barang dan harga)

























Wednesday, July 17, 2013

Aluminium Pressure Cooker




Aluminium Pressure Cooker brand PREMIER (dari katalog Caliani di Syarikat Menang)
Ada yang berminat nak beli tak?