Thursday, June 26, 2014

Selamat Menyambut Ramadhan


Cerita minggu ini :

1.  Semalam 25 Jun pergi cucuk adik Atif untuk satu bulan.  Awal sehari adalah dibolehkan.  Ibu pun check gula, ambil berat dan currently dalam tempoh sebulan berat dah turun dari 79 kg ke 66.4 kg.  Berat masa 1st check up mengandung 68 kg.  Hati berbunga-bunga je. Hasil makan ikan bakar, sawi masak air dan nasi penuh sepinggan tak boleh nak tambah 2x sehari. Kakak urut hari tu bagitau kalau boleh maintain makan macam ni sampai 3 bulan, confirm body meletup.

2.  Hari ini, 26 jun adik Atif cukup satu bulan dengan berat 4.6 kg.  Makin debab, makin kuat susu.  Stok susu dah mencecah 100 oz.  Alhamdulillah.

3.  Telefon rosak.  Tak boleh nak ON.  Kesudahannya masukkan sim card dalam Tablet.  Kelakar.

4.  Emi balik hari ni.  Sabtu nak balik Kajang.

5.  Selamat Berpuasa, InsyaAllah tahun ni puasa boleh genap sebulan.  Mohon maaf atas salah silap.


Kalau gojes macam ni, baru tak kelakar.  
Ok, nak pergi salun, nak pergi buat facial.  
Dah hampir setahun tak buat semua ni.
Lepas tu nak beli krim buang selulit, beli baju baru.  
Baju buruk tahap nak tunjuk depan suami pun segan tead nak masukkan dalam tong sampah.




Monday, June 2, 2014

Muhammad Atif



Entry Pendek :

Dalam mood berpantang.
Bayi lelaki yang dilahirkan pada 26 Mei 2014 (Isnin) bersamaan 26 Rejab 1435 pada jam 1.02 PM, berat 3.7 kg melalui pembedahan (kali kedua uollss due to fetal distress) pun dah diberi nama - Muhammad Atif bin Mohd Hailmi
Semoga menjadi insan yang penyayang seperti namanya.