Selamat Hari Raya Aidiladha.. sambut raya dengan demam panas, siap menggigil, sakit kepala, sakit tekak, batuk dengan selesema.. hambik, siap satu pakej. Start menggigil Selasa malam Rabu, tengah tidur, tiba.tiba je jadi gigil. Apahal pula kan. Teringat sebelum tu makan sayur kobis dengan ikan siakap kat Restoran Haslina Chan, Bangi. Saya memang macm ni, kalau leps berpantang, mau dekat setahun lepas tu ada beberapa jenis makanan yang saya tak boleh makan sebab kalau makan, jadi macam ni. Dulu lepas 4-5 bulan lahirkan Hasya, saya demam sampai bisa.bisa satu badan lepas makan ikan pari. Entah lah, ni ke namanya bentan ek? Mak mertua masak kuah lodeh letak kobis pun, kuahnya sikit tak berani sentuh. Takut!!
Friday, October 26, 2012
Saturday, October 20, 2012
D&C tanpa bius yang super ngeri
Baru baca tentang proses D&C dari blogger glamer Neenanuar tu. Sedih dan faham sebab pernah melaluinya dan syukur diberi peluang merasainya. Sementelah internet sedang elok, nak bercerita lah tentang pengalaman saya juga.
Kandungan kedua saya seperti yang saya rancangkan bersama Emi. Cukup umur Hasya 2 tahun, seminggu selepas tu saya buat UPT dan hasilnya positif. Gembira dan terus berangan.angan tentang bayi kedua saya. Masa tu kandungan saya 5 minggu dan jangkaan melahirkan pada 24.04.2013 sehari sebelum birthday Emi. Itu lagi menggembirakan. 1st check-up di Klinik Kesihatan Presint 9 Putrajaya pada 4.09.2012. Semuanya seperti biasa. Tak ada alahan, sama seperti mengandungkan Hasya.
5.09.2012, hari Rabu saya minum air kelapa muda siap ais. Sedapnya rasa. 6.09.2012, hari Khamis ada Jamuan Raya BPSP dan saya makan Nasi Dagang bersama ikan tongkol dan jelatah timun, nenas. Memang dah lama teringinkan Nasi Dagang ni. Suapan ke-4, baru teringat yang dalam jelatah tu ada cuka. Saya awal.awal dah asingkan nenasnya. Malam tu saya start sakit perut. Satu malam juga Emi tolong usapkan perut. Esoknya saya tak ingat saya pergi kerja ke tak tapi petang tu dah mula ada spot kaler coklat berlendir kat spender. Memang menangis gila.gila. Semua orang saya marahkan. Hasya sampai takut tengok saya. Kami ke klinik dekat rumah ni je, bila scan doktor kata sac masih ada dan dari scan tu kandungan saya baru 4w, so doktor bagitau heart beat memang tak ada dan kemungkinan sebab baru 4w, dan doktor minta refer ke pakar di Columbia Asia Cheras.
Esok pagi, 8.09.2013 hari Sabtu masa scan doktor di Columbia maklumkan perkara yang sama dan minta saya bed rest dan selepas 2 minggu datang untuk check up sekali lagi untuk dengar sama ada heart beat ada atau tidak. Doktor bagi ubat kuatkan rahim dan cuvuk di pinggang. Kos RM290.
Emi menjaga saya dengan baik sekali sepanjang tempoh bedrest. Darah tetap keluar. Sedikit tapi tetap membimbangkan sebab warnanya fresh blood. Rabu pagi 12.09.2012 masa atas katil jam 7 pagi terasa darahnkeluar banyak sangat dan terus bersiap ke Hospita Putrajaya sebab dalam hrai memang dah tau harapan untuk bayi ni semakin nipis da saya macam dah ready untuk apa saja. Mungkin selepas membaca blog Dr. Zubaidi membuatkan saya redha yang kemungkinan bayi saya tidak sihat dan tak boleh nak survive lagi. Selepas doktor scan gunakan alat scan melalui vagina tu, dia sendiri beitahu harapan 50-50 dan minta saya balik dulu dan beritahu kemungkinan janin saya akan turun dengan sendiri dan kalau itu terjadi, baru datang semula. Hati saya tenang. Saya peluk Hasya sekuat hati. Dialah sumber kekuatan saya. Banyak yang saya belajar bersama Hasya. Walaupun saya ada anak yang lain, Hasya tetap istimewa di hati saya. Saya terpaksa ke pejabat untuk uruskan dokumen pinjaman perumahan saya. Sempat ke Alamanda hiburkan Hasya. Bagi saya, tak guna saya nak berehat di rumah, baik selesaikan apa yang perlu.
Hari Khamis, petangnya janin saya keluar dengan sedikit rasa sakit. Saya renung dalam-dalam janin yang seakan daging lembik. Sedih tapi tenang. Saya tak terus ke hospital sebab hari dah malam, esok saja lah. Malam tu google tentang proses D&C sebelum buat keputusan nak buat di HPJ atau do klinik swasta. Esoknya 14.09.2012 saya ke HPJ dahulu untuk check apa yang patut. Masa ni lah doktor tu buat bukaan menggunakan mulut itik dan mengatakan memang janin saya dah tak ada. Pada masa tu juga, doktor tu terus 'cuci' menggunakan kapas yang diletakkan pada hujung gunting panjang. Hidup.hidup tanpa ubat bius. Senaknya perut Tuhansaja yang tau. Menjerit.jerit saya kat dalam bilik rawatan tu. Doktor pujuk untuk saya bertahan sebab katanya kalau nak melalui proses D&C biasa kena masuk wad. Saya tak makan pujuk. Doktor stop dan scan sekali lagi. Yang bestnya, doktor lata rahim saya dah bersih dan minta saya rehat sejam. Selepas sejam, darah dah tak keluar banyak, perut pun tak sakit. Saya dibenarkan balik dan memang tak ada rasa sakit langsung, cuma rasa ngeri yang tak boleh lupa.
Ok, sorry lah entry panjang tak ada gambar.
Ok, sorry lah entry panjang tak ada gambar.
Wednesday, October 17, 2012
tips halau lipas dan kutu
Menghantar suami ke tempat kerja dan alang.alang dah sampai Wisma Central tu, jom pekena nasi kuah campur kat Pelita Nasi Kandar. Wah.wah.wah sungguh heaven kan dapat masukkan semua yang berminyak meladung.ladung dalam perut. Bestnya kalau makan tapi tak gemuk, tak berlipat kiri dan kanan. Balik dari breakfast yang lazat singgah basuh kereta yang hampir sebulan tak bercuci. Kat dalam tu jangan cerita lah, segala jenis makanan dan minuman ada. Seronok lipas.lipas peliharaan dalam sebulan ni. Balik kg minggu depan memang nak kena sembur dengan sembur lipas lagi. Biar tebongkang semua lipas tu. Tips ni memang berkesan. Malam sebelum tidur tu, sembur segenap ruang dalam kereta termasuk bonet dengan sembur lipas. Tutup rapat.rapat pintu dan tingkap. Esok pagi, memang bergelimpangan lah lipas tu. Pergi hantar cuci kereta terus. Senang sebab sebelu ni letak ubat lipas tak berkesan pun. Teringat dulu masa kecil.kecil kepala ada kutu. Apa yang mak saya buat dia sembur kepala kami dua beradik dengan ubat nyamuk (tutup muka lah masa ni dengan kain) lepas tu balut kepala dengan kain napkin selama sejam. Dan basuh rambut macam biasa. Memang sejak tu, kutu tak pernah singgah tau. Bercampur la dengan orang ada kutu masa kat asrama pun, memang tak kena la. Satu lagi tips nakmelak kutu, basuh rambut hari.hari. Tenyata berkesan. Nanti kalau Hasya kena kutu, nak buat cara macam ni juga lah. Selamat Mencuba!
Published with Blogger-droid v2.0.4
Tuesday, October 16, 2012
dendam pencinta
Ada sesapa tengok drama kat tv9 setiap hari isnin dan selasa jam 8.30 malam tu? Rasanya da start last week gantikan drama Sirrun (owh, saya dah jatuh hati dgn lakonan Anzalna dan Zarina.. hero dia pun saya suka.. muka memang selamba tak ada perasaan). Tajuk drama baru ni Dendam Pencinta. Bukan nak ulas pun jalan veritanya, tapi nak ulas tajuk tu. Drndam tak bagus, lagi.lagi kalau berkenaan cinta. Memakan diri. Buat hati jadi sakit. Jiwa jadi merana. Otak jadi mereng. Iman jadi tipis. Dulu.dulu saya pernah gak bercinta sebelum jumpa kekasih hati, of cos la suami saya kan, tapi tak pernah la rasa dendam cuma tak nak tengok muka dia je lah. Setakat tu je pun. Nampak sangat hati saya suci kan. Tak pun, saya jenis tak kisah. Menangis mengenangkan cinta tak kesampaian adalah harus. Kalau nak tau, itu lah jambatan penguhubung sayang saya dengan suami. Kalau dah hari.hari mengadu sedih, lama.lama lain pula jadinya. Itu cerita saya. Ada hikmahnya saya bersedih pada masa itu. Kalau tak, mungkin lambat lagi lah saya bertemu jodoh dengan suami. Jodoh itu pasti, dan saya yakin suami tercipta untuk saya. Cuma cepat atau lambat saja. Feeling romantik sorang.sorang pula kan. Adios.
Sunday, October 14, 2012
ibu kejam
Hasya baru tidur. Itupun sebab menangis. Menangis sebab kena letak kat balkoni sorang-sorang. Sebab tak nak dengar kata. Puncanya, dah malam macam ni nak ajak ibu dia main belon dari buih sabun tu. Nampak macam saya yang kejam tapi kalau Hasya ada kat rumah, saya kena layan dia sorang. Tak boleh baring, tak boleh tidur kalau dia tak tidur. Time dia todur, saya kena buat kerja rumah yang lain dan saya ada perasaan penat juga. Memanglah sorang ni je anak tapi tak akan sebab anak, 100% masa dan tenaga kita nak diserahkan kat dia sorang. Dia kena belajar untuk faham yang saya juga perlu berehat. Saya juga dah tak larat nak marah atau cakap berjela sama ada dengan cara lembut atau keras. Harap-harap dia serik nak lawan cakap walaupun saya tau episod ini akan berulan dalam sehari dua lagi.
Saturday, October 13, 2012
life as a student
Life as a student so far so good atau lebih tepat lagi better! Being a Structure A student in UNITEN (im doing resarch, full time) membuatkan hidup saya tenang dan santai. Hasya memahami yang ibunya tak perlu ke tempat kerja, membuat rengekan tak nak ke school setiap pagi. Sepanjang 2 minggu ini, hanya 2 hari saja dia ke sana. Selebihnya, duduk di rumah atau ikut saya membuat urusan di luar, di mana 90% adalah bersifat peribadi, dan bukannya melibatkan pengajian.
Saya membuat jadual sendiri iaitu Isnin dan Jumaat adalah masa untuk mengemas rumah like vacuum, mop lantai, iron baju kerja Emi, pergi shopping barang dapur, pergi spa, facial dan etc. yang membuatkan hati saya lapang dan tenag. Selasa hingga Khamis adalah masa untk fokus terhadap tajuk research dan Sabtu Ahad masa untuk bersama Emi dan jalan-jalan. No more kerja rumah sampai tak ada masa nak buat bf, nak nonton movie yang Emi download tu. Satu lagi, saya kena start mengajar anak kexil saya mengenal A,B,C dan Alif, Ba,Ta juga potty train sebab saua target at least untuk buang air besar by hujung tahun si kecil dah boleh lakukan di dalam toilet.
Oh, saya juga sudah sempat nak pakai krim muka pada waktu malam, losyen di seluruh badan sebelum tidur. Kalau tak, memang tak pernah buat sebab dah terlelap dulu depan tv, bila dah naik katil memang tak kuasa nak buat apa-apa. Kadang-kadang dan agak selalu muka pun tak sempat nak cuci.
Kena hargai ini semua sebab saya yakin dalam 2 minggu lagi saya akan jadi butung hantu untuk siapkan proposal yang saya target akan bentang depan examiner dalam tepoh 3 bulan lagi, serentak dengan nak hantar report kepada IEM.
Subscribe to:
Posts (Atom)