Monday, April 30, 2012

di IKEA selama 8 jam

semalam pecah rekod.. masuk IKEA jam 1.30 petang, keluar jam 10.00 malam!!!! tolak 1 jam makan kat Kluang Station, masa dihabiskan adalah 8 jam!!! nasib baik Hasya mau tido jam 4 petang sampailah jam 9 malam.. lena betul dia.. kalau tak, asyik menangis xnak duduk dlm stroller ke, troli atau kena dukung.. memang tak dapat lah kan.. orang datang sebab nak cari barang, nanti bertukar jadi cari Hasya pulak.. hiiiii, tak sanggup tau..

actually, datang sini sebab anak buah baru pindah rumah, so semua barang rumah dari sofa, meja makan, bilik tidur adalah dari IKEA.. dapur just aksesori kecil-kecil.. total dia belanja semua tu RM6k.. saya yang tak masuk rumah baru pun habis sampai RM300++.. al-maklumkah, bajet kecil-kecilan.. nak cantikkan rumah secara berdikit-dikit.. nanti lah, ada masa, saya buat entry khas tentang deko-deko rumah ye.. deko untuk orang biasa-biasa macam keluarga saya je.. ;)

sempat bf si kecik ni kat sofa IKEA.. kikikiki.. malas nak patah balik ke bb room, lagipun dah tau perangai si tecik ni.. masuk bb room nanti, dia nak main mainan dalam tu.. bukan nak susu pun..

nota ; har ni Hasya bawa bekal simple je sebab terbangun jam 6.15 pagi.. nasib baik ikan dah bawa turun dari freezer malam tadi.. sayur mayur semua dah potong sebelum keluar ke IKEA.. so menu bf Hasya Mihun Goreng Ikan Bilis dan lunch Sup Ikan Merah (saya masukkan serai dan daun limau purut bagi wangi).. kudapan kuih bangkit, biskut Jacob's Weetameal dan pisang


Thursday, April 26, 2012

nursing bra

tadi tengah hari keluar kejap.. pergi kidmodehouse, nak beli stroller macam yang saya cerita kat SINI..
dah akhirnya saya berjumpa juga Nursing Bra yang jenis buka ikut tengah, bukan klip kat tali tu.. sebabnya, bila menyusukan hasya kat rumah MIL ke, masa kenduri ke, memang saya tak pernah pakai shawl ke cuma cover dengan baju yang agak besar (hihihi.. buleh sorok perut yg tak turun-turun sejak bersalin) atau tudung.. tapi yang masalah bila nak buka klip, jauh ke atas dan masa nak pasang semula jadi agak leceh.. pernah bebel kat Emi, kenapa tak ada orang jual jenis klip kat bawah bra tu ke, tepi ke tapi saya yang tak jumpa.. harga pun murah je RM26.00 lepas diskaun 10%.. sebelum ni beli kat Lunatots, sehelai RM60+++.. ada juga beli kat Avon sebab lace nya cantik dan harga ahli RM18 jek.. semua jenis tak ada wire tapi ada satu beli kat Lunatots yang ada wire, memang tak best langsung.. lepas buka, nak pasang balik kli bra tu tetkial-kial.. siap kena guna dua tangan.. kalau semua bra basuh, barulah dengan rasa tak best guna bra ni.. dah lah harga mahal.. yang murah juga sesuaiiiii..

 ni yang biasa kita jumpa.. jenis klip kat atas

saya baru beli jenis macam ni.. nanti saya review ok ke tak kan.. tapi kalo tak ok pun kena pakai juga, cuma tak akan rekomen la kat orang lain - UPDATE !! memang tak best lah.. masa nak buka memang senang, tapi masa nak pasang balik, still guna dua tangan.. back to usual nursing bra la nampaknya

nota : hari ni Hasya bawa bf mihun sup, lunch ayam goreng kunyit dan sup sayur.. bahan kudapan hari ini ialah kuih bangkit.. budak tecik ni memang antu kuih bangkit

Wednesday, April 25, 2012

patah hilang berganti baru

reason kenapa saya nak jual SCR1 adalah sebab saya da berkenan nak beli stroller jenis unbrella fold tu.. maka, dengan terjualnya stroller tersebut, bermulalah pencarian stroller yang diidam-idamkan.. warna yang mana satu pilihan hati??

UPDATE !!
saya beli warna Scarlet (red).. match dengan car seat Sweet Chery Hasya.. plan nak beli warna Kiwi (green) tapi semalam da habis jual.. merah pun cantik kan.. baru ada aura Man U.. 




plan nak beli ni HALFORD FLIPLITE STROLLER  ni kat kidsmodehouse di seri bangi, seksyen 8 yang sedang meraikan 1st anniversary pembukaan kedainya dengan harga RM299.  kalau tengok kat mothercare RM399.. murah kan.. macam-macam brand ada tapi cukup lah yang ini.. fit in our budget.. so, RM299 - RM130 (hasil jualan SCR1) = RM169 je nak bawa keluar cash.. berbaloi-baloi kan.. tak sabar nak pergi Genting bawa stroller baru..

nota : dalam kepala nak let go Sweet Cherry Walker dengan Play Pen Hasya.. kikikikiki

SCR1 untuk dijual -SOLD-



 -SOLD (RM130 je sebab kawan baik serumah masa mula-mula kerja)-
(tak sampai 5 minit post kat fb.. TQ Naja.. TQ Jovi sebab tolong bawakan dari KL-KK)

saya nak jual Stroller / Jogger Sweet Cherry model S200 SCRI ni.. agak lama dah beli, lebih kurang 1 tahun 8 bulan (umur Hasya)
Sebab nak jual, nak beli yang lain
ada scratch sikit pada pemegang
saya nak jual RM150.00
Harga beli rasanya dalam RM299.00
Kalau nak tengok dulu pun boleh
sekitar Kajang, Bangi, Putrajaya saya gigih lagi nak bawa/delivery atau untuk tengok dulu

 SCR1

ucapan hari lahir



setiap masa, setiap ketika
Abang bersama Sayang
kala ketawa, kala bersedih
Abang bersama Sayang
masa yang ada kita habiskan bersama
Abang sabar, Abang tabah dengan duka-duka kita
kelebihan yang Abang miliki, mengikat hati Sayang
kekurangan Abang pula, mengukuhkan lagi Cinta Sayang
kekal lah begini
jangan lah berubah
sayang, kasih, cinta
sehingga hujung nyawa

Selamat Hari Lahir
izinkan Sayang hidup dan mati sebagai isteri Abang

buat suami Mohd Hailmi A.Rahman

nota : air mata dah bergenang.. ya!! saya amat sensitif semenjak dua menja ini.. sekian ;)

Wednesday, April 18, 2012

Wordless Wednesday #6

back to 18th April 2009
Engagement Ceremony
future Son In Law bersalam dengan future Father In Law
and now..
with our tecik Hasya yang adorable
DIA adalah menantu, suami dan ayah yang paling hebat sekali
(walaupun masih belum boleh join Abah pergi surau setiap waktu Solat.. hi3)


note :
1. lagi 7 hari lagi, DIA akan berumur 30 tahun!! menyampah tau, bila tanya sekarang umur berapa, DIA jawab 29 tahun!!!
2. psssstttt, still tengah reckee tempat best untuk celebrate.. Al-Rawsya? we love Arabian Food.. Hasya laaaaagilah suka.. bila ditanya nak makan apa, nak makan nasi ayabbbb.. clever gurl!!!!

Monday, April 16, 2012

krim badan yang Hasya guna (Eczema)

jom review produk-produk yang pernah Hasya guna dari mula dia lahir hingga kini.. fyi, Hasya ni ada Eczema, cuma tak adalah sampai luka berdarah tu.. cuma kulit kaki dan perut dia amat kering..
pertama kali Hasya disahkan alergi kepada sabun-sabun yang biasa tu like Johnson's, Pureen etc adalah masa dalam 2-3 hari lepas dia lahir.. badan dia merah-merah lepas mandi, dan bila jumpa paed di Parit Buntar, doktor sarankan bertukar kepada Sebamed (body wash dan losyen) dan tak boleh letak bedak langsung, hanya sapu losyen satu badan.. harga dalam RM22++ setiap satu

lepas 3-4 bulan, tak ada kesan,paed Hasya tukarkan pula kepada Cetaphil.. masa ni satu tiub losyen RM45 dan boleh tahan satu bulan +++

jumpa pula paed di Columbia Cheras bila dah berpindah ke KL, paed tu cadangkan gunakan Ezerra.. bila pakai sample nampak ada perubahan, terus beli tiub besar.. setipa kali bertukar losyen, body wash juga akan bertukar.. masa ni, ada sepupu sarankan pakai Minyak Kelapa Dara.. so, lepas 2 tiub, saja cuba minyak pula dan maintain body wash Ezerra.. lepas botol ke-2, tak ada kesan dan kami decide bawa ke Klinik Pakar Kulit An-Nur..

bertukar pula kepada krim QV ni.. doktor pun hairan  sebab katanya semua losyen yang pernah Hasya pakai, adah paling baik.. mungkin tak ada yang serasi lagi.. dah 2 tiub pakai, Alhamdulillah, ada perkembangan sikit berbanding krim-krim yang lain.. harga RM40 rasa nya dan boleh tahan satu bulan +++... tadi pergi beli Oil Bath QV (RM 22) ni juga.. ikut kata pharmacist, this is  the best untuk mandian budak yang kulitnya amat kering.. mak mana tak nak yang terbaik kan.. so, esok harus di beri taklimat kat cikgu Taska cara nak mandikan Hasya guna oil bath ni.. cara nya, masukkan satu penutup Oil Bath dalam baldi, dan mandi gunakan air campuran ni.. tak perlu bilas dengan air lain.. dan terus lap badan bagi kering..

selain tu, Hasya juga tak makan seafood dan sekali sekala je makan ayam.. ikan pula memang tak bagi dia makan ikan yang gatal-gatal macam kembung dan ikan tongkol.. hasya juga doktor bagi ubat serbuk yang dicampur dalam air, ini adalah untuk kanak-kanak yang ada asma, tapi bagi juga pada Hasya sebab ia boleh kurangkan alergi Hasya.. so sekarang, sebolehnya rumah disapu hari-hari dan pakai pula penyapu yang guna fabrik sintetik.. maknanya, bila gunakan jenis ni, habuk-habuk kecil akan melekat pada kain tu dan juga rambut.. so, tak adalah isu habuk berterbangan lagi sebab saya juga sensitif kepada habuk.. dulu, memang jarang nak sapu rumah, tunggu lah 2-3 hari baru vacuum, itupun kalau boleh sampai rumah awal.. sebab, bila pakai penyapu biasa, berair lah hidung saya 2-3 hari.. mata semua jadi merah.. jadi, sekarang dengan senang hati saya menyapu hari-hari.. Hasya ada kat situ pun saya dah tak risau sebab habuk dah tak ada terbang-terbang.. bagus kan, inovasi membantu memudahkan kita.. ;)

beli kat Jusco Cheras Selatan.. RM49 rasanya.. kain tu, boleh basuh kalau nak, tapi setakat ni belum la pernah basuh.. kalau nak tukar pun, ada jual kain tu secara berasingan.. (dah macam orang jual penyapu pula kan)

saya sayang HRMIS

di kala ketenangan di pejabat, mari kita update HRMIS dan hantar SKT 2012 kepada PPP.. yuhuuuuu, tak pernah se-leju ini meng-update HRMIS!!! dan juga, HRMIS amat behave, tak ada sangkut langsung.. saya sayang HRMIS!!!

nota : caruman ke Tabung Haji juga telah ditambah, bestnya... tapi mulai Jun 2012.. Gaji April dan Mei kita joli habis-habisan.. ngeh..ngeh..ngeh

Monday, April 2, 2012

rasa hati


hati tak keruan.. rasa tak gembira dengan kerja.. kenapa ye?
apa pun terjadi, selesaikan dahulu kepentingan diri.. arghhhhh, lepas tamat study, tak hingin dah aku minta penempatan kat Putrajaya ni!!!!!