Thursday, July 28, 2011

early celebration..

yippieeee.. booking dah buat.. tak sabar nak tunggu petang esok.. 
shhhhyyyy.. memang terpaksa celebrate awal sebab da bulan puasa plus hubby cuti esok.. weekend dia kerja..
tahun lepas berdua, tahu ni bertiga
will update later 
(kalau sempat la sebab next week start kerja opis baru @BPSP,Putrajaya)

Tuesday, July 26, 2011

countdown.. 5 hari lagi

lagi 5 hari our annyversary yang ke-2
both dah tau nak beli presnt apa utk special day tu.. cuma celebration nye msh tercari-cari.. da bulan puasa kan, mungkin bertarawikh bersama.. tapi hasya? jemaah dirumah je la kut..

Thursday, July 21, 2011

dia dah besar

semalam hasya dah sukup 11 bulan..
dan semalam juga hasya ada perangai baru..
sebelum tido nak kena pasang lagu kat hp ibu..
tido siang camtu, tido malam pun mcm tu..
dah mula memanjat.. 2 kali terlentang sebab eksen pegang sofa ibu sebelah tangan.. nasib baik ada bantal cover kepala.. masa jatuh tu, terkebil-kebil dia pandang ibu.. ibu buat dunno je..
tak jadi nak menangis..
berat 7.7 kg.. shomell je kan anak ibu sekarang..
tak sampai sebulan je nak masuk setahun.. 
will miss every moment masa dia baby.. lepas ni dah tak panggil infant dah kan.. toddler pulak la..


budak botak ni la yg ibu akan rindu selalu.. ;)

Friday, July 8, 2011

anak ibu demam panas

ptg tadi selamat sampai rumah.. dari mana? 
hasya masuk hospital.. sekali lagi..
kali ni sebab suhu badan dia dah 2 hari naik trn (dari 4 Julai lagi).. plg tgi 40.7 deg.. dah masuk ubat kat montot, lepas 12 jam, naik semula.. makan ubat demam, ok.. lepas 6 jam, naik 39 deg.. apa lagi, takut tgh2 malam(6 Julai) naik tinggi, terus bawa ke hospital columbia asia, taiping.. (ye, saya bertugas sementara di pejabat lama)
doktor suspect ILI, H1N1.. terus buat test dan result malam tu juga dapat dan Alhamdulillah.. NEGATIF..
tapi kena tahan sebab doktor nak monitor suhu badan hasya.. 1st night. badan hasya still tak trn w/pun da msk ubat montot.. sampai jam 6 pagi, masih 38.8 deg.. pagi 7 Julai, doktor ambil darah hasya utk buat blood test dan tukar ubat.. 
baru la nampak ada perubahan.. selepas 24 jam, suhu hasya maintain 36 deg (dengan makan ubat demam 4 jam sekali).. doktor stop ubat jam 10 pagi 8 Julai.. sampai jam 3 petang,.  Alhamdulillah, hasya da SIHAT.. terus doktor bagitau boleh keluar wad.. lega sangat.. so, before balik, selesaikan bil wad selama 2 hari setengah (sebab discaj pas kol 12 t/hari) RM 582.. baki RM 800 ++ Prudential selesaikan.. (tapi ada tak puas ati certain bil yg kena caj dibayar sendiri tu, bukan patutnya spital bayar.. kecuali screen test H1N1 tu fahamla mmg kena bayar.. tapi MO consultation, pharmacy kenapa kena bayar sendiri pulak kan..)
balik, singgah The Store Kamunting, beli Hasya 3 helai baju baru.. semua kaler pink.. hi3.. reward untuk anak ibu sebab da sihat ye sayang..

note : result darah hasya tak ada masalah.. lega nya hati ibu

Saturday, July 2, 2011

apa yang saya minum?

saya pernah mengalami saat2 kerunduman susu sampai terpaksa bagi hasya susu formula.. tapi, hasya refuse untuk minum FM, dan bila dia minum FM hasya start demam, batuk tak elok2 sampai seminggu lebih.. saya memang tak cuba bagi susu soya sebab bagi saya, susu soya adalah pilihan terakhir, so saya bagi FM (lembu) laktosa free.. tapi dalam seminggu je, sebab sy telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengembalikan semula susu ibu dan alhamdulillah, saya berjaya.. walaupun hasilnya tak semewah mana, cukup lah untuk bekalan hasya di taska..
.
hasya jenis bayi yang reverse cycle, minum susu pada waktu malam sebab dia hanya direct bf sahaja..  saya telah mencuba organic soy, dan hasilnya memang best, dan rasanya pun best.. (sebenarnya, memang kalau boleh nak elak minum teh, nescafe, coffee dan yang berais sebab tau akan memberi kesan sampingan kepada production susu, tapi kenapa lah saya ni degil sangat kan..)


 galacta capsules.. RM65 rasanya.. hubby yang tolong belikan kat wangsa maju.. budak kedai tu kata, kesannya dlm masa 24 jam..tak berapa berkesan.. biasa-biasa je


1st time beli kat kedai lunatots, putrajaya.. RM 25.90 utk 15 sachet (30 gm/sachet).. sedap dan memang ada kesan (saya minum bersama set bf shaklee).. bila jumpa brand yang sama, cuma tak de gambar pengasas lunatots tu kat farmasi bawah opis sekarang ni, RM 14.90 je..terus tak beli kat lunatots tu dah.. beli kat farmasi jek.. kat tesco pun ada rasanya.. pun sama ngn harga kat farmasi tu..


1st beli kat jusco cheras selatan.. pun sedap.. 500 gm RM 15.90.. tapi, leceh sikit sebab dia dlm bentuk loose powder..

Friday, July 1, 2011

tapau yang berhemah

teringin la sangat nak ada set lunch box brand Tupperware nih.. sama ada bawa bekal dr rumah atau take away lauk kat kedai makan.. tapi masih tak ada keberanian segan sebenarnya nak hulur bekas untuk tapau.. padahal, dah dapat bantu alam sekitar kita kan dengan mengurangkan penggunaan polisteren (and so, bahaya utk kita juga kan..) dan beg plastik..

atau pun, nak kena beli dulu, pastu baru semangat nak guna kan..

lawa nya kaler pepel

ni pun lawa juga.. nanti hasya dah besar sikit, harus bawa nih ke taska ye.. cute je anak ibu nanti..