Thursday, May 10, 2012

cuti-cuti malaysia

Esok petang saya dan rakan-rakan di BPSP akan ke Gambang Resort City untuk Bengkel Perancangan Strategik dan SKT BPSP selama 3D2N.. saya semetinya bawa Emi dan Hasya bersama.. cuma, harga bilik di sana RM208/night dan saya kena tambah RM48/night (gred saya kelayakan hanya RM160/night).. tak sabar rasanya nak bawa si kecik tu main kat theme park.. cuma, jadual bengkel agak padat.. hari Sabtu 8.30 pagi-10.00 malam.. petang pula dari jam 5.00 - 7.00 petang ada riadah.. aisehhh, saya faham bos nak jimat duit dengan membawa pakej all-in, bengkel dan team building tapi bukan masa yang sesuai.. kebanyakannya bawa keluarga.. kalau dah petang Sabtu tu nak diisi juga dengan masa bersama raka pejabat, bila pula saya nak bawa keluarga habiskan masa kat keliling resort? dah la perjalanan jauh, mileage tak boleh claim (sebab pejabat sediakan kereta Projek, tapi macam mana saya nak angkut Emi dan Hasya naik sama?) buat kerja weekend pula tu.. kesanggupan nk datang tu bukan disebabkan nak patuh sangat pada bos cuma memberi sokongan atas apa yang Bahagian anjurkan tapi macam ni lah kan, bila kita memberi ruang, ada pihak yang cuba menyempitkan ruang itu.. sesak nafas dibuatnya!!!

hari ahad, bengkel tamat jam 12.00 t/hari dan lepas tu kami nak terus balik ke Perak.. hampir 500 km jarak perjalannannya.. saya cuba mendaptkan info dan kekuatan untuk menggunakan jalan shot-cut (Kuantan-Genting Highlands-Kuala Kubu Baru-Rawang (PLUS)).. dan Isnin dah nak ke Arau sebab adik saya konvo di UiTM Arau.. jauhnya perjalanan kali ini.. kalau tak ada kesempatan juga saya nak masuk theme park tu, harus lah selepas lunch (Ahad) saya masuk ke sana.. lewat sikit lah gerak ke Perak.. tak apa lah kalau bos tak boleh nak beri kelonggaran untuk kami semua ber'suka-ria' bersama keluarga, kami akan cari masa sendiri.. dan selepas itu saya akan bercuti satu minggu.. seronok sampai terus tak kisah dengan sikap Bahagian yang sekat itu dan ini padahal itu adalah kelayakan saya!!!

nota : semakin besar tempat kerja kita, semakin sukar kita nak gunakan kemuadahan yang terang-terang dah nyatakan dalam GO!! lepas ni terasa nak kerja kat pejabat kecil-kecil je.. kalau kerja kat pejabat yang berdinding kayu lagi bagus tapi bukanlah di Kalakas Saribas ye!!!

No comments: